Friday, October 20, 2017

MUSLEH NATIONAL STUDENT TRADITIONAL ARCHERY CHAMPIONSHIP 2017 (MuNSTAC'17)

ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM MUSLEH DAN KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH
TARIKH: 18 OKTOBER 2017
HARI : RABU
MASA 7.30 PAGI – 2.00 PETANG

LAPORAN AKTIVITI:
Sebagaimana yang telah dirancang, MUSLEH NATIONAL STUDENT TRADITIONAL ARCHERY CHAMPIONSHIP 2017 (MuNSTAC'17) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kejohanan yang melibatkan peserta peringkat remaja seantero Malaysia ini telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru, Ipoh. 

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya buat Pengerusi KRS MUSLEH, Mejar KRS MUSLEH Abd Rahaim Bin Md Isa yang menjadi tulang belakang atas kejayaan kejohanan ini. Jutaan terima kasih turut diucapkan kepada pengasas memanah tradisional, Sheikh Fuad Bin Sheikh Mahmud  yang telah sudi merasmikan majlis penutup kejohanan. Tidak lupa juga kepada seluruh ahli jawatan pelaksana yang terdiri daripada ahli Persatuan Memanah Tradisional MUSLEH (METRA) dan sukarelawan yang turut mengerahkan tenaga dan menyumbangkan masa bagi menjayakan kejohanan ini.

Kejohanan ini merupakan acara julung kalinya diadakan di bawah unit KRS MUSLEH dan ianya bertujuan membuka ruang kepada pelajar-pelajar sama ada di rangkaian sekolah MUSLEH atau bukan rangkaian MUSLEH untuk merasai pengalaman pertandingan sukan memanah tradisional.

Penyertaan bagi kejohanan ini terbuka kepada sekolah rendah, menengah, kelab dan persendirian dan jumlah penyertaan keseluruhan adalah 171 orang peserta terdiri daripada kategori rendah dan menengah.







Barisan Sekretariat KRS MUSLEH, Jurulatih Utama MeTra & Ahli Kehormat MeTra


WATIKAH PERLANTIKAN SEBAGAI JURULATIH UTAMA:
1. Kamaruzaman bin Che Ya
2. Muhammad Rubaie bin Abd Rahaim
3. Mohamad Faizul bi Md Taib
4. Amirul Faizal bin Shaarani (tak hadir)







WATIKAH PERLANTIKAN AHLI KEHORMAT MeTra:

SHEIKH FUAD BIN SHEIKH MAHMUD

MUHAMAD FAIZ BIN KASSIM

No comments: