KEMBARA EDUTRIP SIRI 1
ACEH: SEJARAH JIHAD DAN PENDIDIKAN
Seri Kembangan, 6 Jun 2017
(Selasa) – Alhamdulillah, Kembara Edutrip Siri 1 ke Aceh anjuran KRS Musleh
dan Unit KoKurikulum IKRAM Musleh pada 30 Mei hingga 3 Jun 2017 berjaya
dilaksanakan di bawah bimbingan PM Dr.Hafidzi b. Mohd Noor. Seramai 22 orang
termasuk wakil Sekretariat KRS Musleh, Kapten KRSM Rofazlin b. Jusoh
sebagai ketua rombongan menziarahi beberapa tempat bersejarah umat Islam berjuang
berjihad menentang penjajah (Belanda dan Portugis). Antara tempat yang dilawati
adalah Inong Balee, Indrapatra Indrapuri, Masjid Tuhaa, Tanoh Abee, Makam Sultan
Iskandar Muda, Kuburan Massal, Aceh Tsunami Museum dan Kapal PLTD Agong I. Tiga
orang serikandi Islam yang terkenal di Aceh adalah Laksamana Tengku Keumala
Hayati, Tengku Fakinah dan Cut Nyak Dien. PM Dr Hafidzi banyak menekankan
kesedaran umat Islam di Aceh yang sebenarnya jihad adalah sewajibnya melalui
pendidikan. Jihad tanpa pendidikan tidak ke mana.
Di Aceh, kami disantuni oleh Ust.Irawan Abdullah yang merupakan Wakil Rakyat kawasan Aceh Besar dan Ust.Fakhrurazi Saad. Kami berbuka puasa di Masjid Oman dan Masjid Agung Al-Makmur. Di masjid itu, para pemuda datang awal mengimarahkan masjid dengan tilawah Al-Qur’an dll. Suasana Ramadhan begitu dirasai kerana kawasan perniagaan memulakan jualan selepas waktu ‘Asar. Waktu berpuasa pula agak panjang (lebih kurang 14 jam). Walaupun dalam keadaan sebegitu, rombongan trip ini begitu bersemangat dan teruja apabila diberikan maklumat berkenaan tempat bersejarah yang diziarahi. Moga Kembara Edutrip kali ini memberikan banyak pengajaran dan pengetahuan berkaitan umat Islam di Aceh.
Gambar seterusnya di Trip 1: Aceh
No comments:
Post a Comment