Sunday, November 6, 2016

PERKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS) KRS MUSLEH 2016








OBJEKTIF

2.1.  Merapatkan ukhuwwah antara anggota-anggota KRS
2.2.  Mengadakan aktiviti perkhemahan dan pertandingan kemahiran.
2.3.  Menyuburkan ciri-ciri keperibadian Muslim dan kerja berpasukan.
2.4.  Mengadakan pengisian kebudayaan, Iman dan Taqwa.
2.5.  Memberi peluang menambah mata dalam markah ko-kurikulum.

Tema : UKHUWAH, IMAN & TAQWA TERAS KEKUATAN GENERASI RABBANI

Tarikh & Hari      

11 – 15 Disember 2016 (Ahad – Khamis)

Tempat

Kem PLKN Pelangi Hill Resort,

Lot 1675, Jln Kolam Air Panas, Taman Lembah Damai, 44100, Kerling Hulu Selangor, Selangor

  1. PENYERTAAN terbuka kepada kategori berikut :

    1. Anggota KRS/TKRS MUSLEH di semua SRI-SMI di bawah IKRAM-MUSLEH. Sekurang-kurangnya setiap sekolah menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 20 syabab dan 20 fatayat. Keutamaan peserta diberi kepada anggota Tingkatan 5/Tahun 6 diikuti dengan anggota di tingkatan/tahun yang lain.

    1. Anggota KRS/TKRS MUSLEH sekolah-sekolah RAKAN IKRAM-MUSLEH yang menjadi ahli KRS MUSLEH. Sekurang-kurangnya setiap sekolah menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 16 syabab dan 16 fatayat. Keutamaan peserta diberi kepada anggota Tingkatan 5/Tahun 6 diikuti dengan anggota di tingkatan/tahun yang lain.

    1. Anggota KRS di SMK/SBP/SBPI di bawah KPM dan Sekolah Agama Negeri dengan setiap satu kontinjen terdiri daripada 16 syabab dan 16 fatayat. Keutamaan peserta diberi kepada anggota Tingkatan 5 diikuti dengan anggota di tingkatan yang lain. Jumlah kontinjen dalam kategori ini dihadkan kepada 6 kontinjen sahaja dengan kaedah penyertaan First Come First Serve”.* Walaubagaimanapun sebarang penambahan peserta dibenarkan tetapi sebelum tarikh tutup pendaftaran dengan kelulusan pihak penganjur.
    2. PENDAFTARAN & PEMBAYARAN

A.     Sila e-mailkan Borang Penyertaan sebelum atau pada 15 November 2016 mengikut format yang disediakan kepada abdrahaim68@gmail.com
B.      Pembayaran dengan cek hendaklah dilunaskan sebelum 30 November 2016
C.       Pembayaran atas nama PENDIDIKAN IKRAM MUSLEH BERHAD. No. Akaun (Maybank : 562263517751). Slip bank wajib di fakskan ke : +603-8944 1448 dan salinannya dibawa bersama semasa pendaftaran.
D.     Sila tulis nama sekolah di atas slip bank.
E.      Pembayaran secara TUNAI  sahaja pada hari pendaftaran (11/12/2016)

KELENGKAPAN 
A.     Semua sekolah yang menyertai PERNAS’16 bertanggungjawab menyediakan sendiri kelengkapan khemah dan memasak.
B.     Setiap sekolah hendaklah menyediakan 4 jenis bendera iaitu bendera Malaysia, negeri dan sekolah serta bendera KRS. Saiz tiang bendera sekurang-kurangnya 6 kaki panjang sebanyak 5 batang. 
PAKAIAN 
A.     Semua peserta/anggota/pegawai KRS diwajibkan membawa pakaian No.4 dan pakaian aktiviti. Pakaian No.3 untuk TKRS adalah wajib manakala untuk KRS digalakkan. Baju-T TKRS/KRS adalah digalakkan dibawa lebih daripada satu. Walaubagaimanapun baju T sekolah masing-masing boleh juga dipakai asalkan seragam.
B.     Semua peserta digalakkan membuat tanda pada pakaian yang dibawa untuk mengelakkan pertukaran.
C.      Bagi anggota fatayat, tudung perlu disediakan sekurang-kurangnya 3 helai iaitu tudung KRS, tudung hitam dan tudung putih.
D.     Senarai keperluan secara terperinci adalah seperti berikut :

A.     INDIVIDU (ANGGOTA & PEGAWAI)

SYABAB/PUTERA
1.       Pakaian  no 4
2.       Pakaian no 3 (digalakkan)
3.       Pakaian solat
4.       Kasut sukan
5.       T-shirt KRS
6.       Seluar sukan berwarna gelap
7.       Barret KRS
8.       Kelengkapan mandi
9.       Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya
10.   Ubat-ubatan peribadi

FATAYAT/PUTERI
1.       Pakaian no 4
2.       Pakaian no 3 (digalakkan)
3.       Pakaian solat
4.       Tudung KRS, hitam dan putih
5.       Kelengkapan mandi
6.       Kasut sukan
7.       T-shirt KRS
8.       Seluar sukan berwarna gelap
9.       Barret KRS
10.   Kelengkapan mandi
11.   Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya
12.   Ubat-ubatan peribadi

Perhatian: Sila rujuk skima pemakaian KRS / TKRS bagi mengetahui standard pemakaian yang betul

B.     PERALATAN INDIVIDU (Anggota)

1.         Tali nilon ( 4 meter )
2.         Kain pembalut segitiga
3.         Lampu suluh
4.         Alat tulis
5.         Al-ma’thurat dan Al-Quran

C.      MAKANAN

1.       Dibenarkan membawa kelengkapan secara berpasukan bagi menjimatkan kos
2.       Beras
3.       Lauk segera (cth: sardin dan makanan keluaran Brahim atau yang seumpamanya). Bahan masakan lain juga dibenarkan tetapi hendaklah terkawal.
4.       Peralatan memasak (penggunaan dapur gas sahaja)
5.       Makanan ringan
6.       Makanan segera seperti Maggi tidak dibenarkan
7.       Air minuman atau mineral

D.     KHEMAH

1.       Pihak sekolah menyediakan sendiri khemah bagi pasukan masing-masing.
2.       Khemah adalah dinasihatkan bersaiz sederhana
3.       Mengikut bilangan peserta
4.       Jenis khemah yang dibenarkan adalah khemah jenis “A” atau khemah pasang siap (igloo)
5.       Penempatan khemah peserta akan disusun mengikut ketetapan urusetia.
6.       Peserta tidak dibenarkan menukar kawasan penempatan tanpa kebenaran urusetia.

E.      PERALATAN DARI SETIAP SEKOLAH

1.     Belerang - secukupnya mengikut keperluan
2.     Kotak ubat
3.     Tali rafia
4.     Kompas orientering (SMI sahaja) – 4 unit
5.     Bow dan anak panah

F.      PERALATAN TAMBAHAN

1.       Baju kalis hujan (individu)
2.       Kamera dan telefon bimbit dibenarkan tetapi di bawah tanggungjawab sekolah/pelajar masing-masing.


Aktiviti-aktiviti PERNAS 2016

1.      Pertandingan antara sekolah/negeri
a.       BaSeD SRI/SMI (11 org Syabab / 11 org Fatayat)
b.       Kawad Kaki SRI/SMI (16 org Syabab / 16 org Fatayat)
                              i.      SRI – Statik & Dinamik
                            ii.      SMI – Statik, Dinamik & Formasi
c.       Orienteering (Berganti2) SMI sahaja (5 org Syabab / 5 org Fatayat)
d.       Memanah Tradisional (MeTra) SRI/SMI (3 org Syabab / 3 org Fatayat / 1 peg L/1 peg P)
                              i.      SRI – Bow dengan atau tanpa arrow rest & Anak panah fibreglass/buluh/kayu/karbon
Jarak Syabab – 15m, 20m
Jarak Fatayat – 10m, 15m
                            ii.      SMI – Bow tanpa arrow rest & Anak panah buluh/kayu sahaja
Jarak Syabab – 15m, 20m, 30m
Jarak Fatayat – 10m, 15m, 20m
e.       Rekacipta/Keusahawanan SRI/SMI (5 org Syabab / 5 org Fatayat)
                             i.      SRI - Produk berasaskan jahitan menghasilkan pelbagai produk menggunakan kain dan kapas(dibekalkan). Peralatan menjahit disediakan sendiri.
                          ii.      SMI - Produk berasaskan bahan terbuang (3R) yang dibawa sendiri – botol 500ml, tin, buluh kayu.
2.      Pertandingan campuran sekolah
a.       Obsrace SRI/SMI (10 org Syabab / 10 org Fatayat) – Bantu mula, ikatan, pengetahuan am, ikhtiar hidup, mendirikan khemah survival (khas SMI)
3.      Aktiviti berpengkalan dan Pertandingan
a.      Masakan Kreatif (5 org Syabab / 5 org Fatayat)
                             i.      SMI - berasaskan ubian, bijirin, kekacang, ulam2an, minuman.
                          ii.      SRI - berasaskan ubian, bijirin dan tepung gandum.
4.       Persembahan sekolah berdasarkan tema – 2 persembahan berdasarkan tema (5-7 min)
5.       Pertunjukan penutup - BaSeD Tahap 3 (12 org Syabab)
6.      Bersama MyCAREKembara Prihatin Ummah ke Acheh, WBTG & MOU
7.       Qiam Perdana

8.       Pelancaran bendera KRS MUSLEH











No comments: