Friday, March 25, 2016

KURSUS KENAIKAN PANGKAT PENGURSAN, LEFTENAN MUDA, STAF SARJAN DAN SARJAN

Laporan Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan
12 – 17 Mac 2016
D’Amir Chalet, Kg Baru, Sitiawan, Perak

Sekolah Rendah Islam Hira’ telah menghantar kontingen seramai 20 orang syabab dan 17 orang fatayat. Para peserta perlu lulus 5 ujian untuk mendapatkan pentauliahan Sarjan TKRSM. Pada hari pertama perkhemahan, peserta perlu mendirikan khemah dan hanya SRI Hira’ sahaja dalam kalangan Sekolah Rendah Islam Musleh yang menepati piawaian khemah yang ditetapkan oleh Ikram Musleh iaitu khemah ‘A frame’. Aktiviti wajib dilaksanakan iaitu solat 5 waktu berjemaah dan bacaan al-ma’thurat. Perhimpunan pertama diisi dengan taklimat oleh Kem Komanden seterusnya perlantikan penghulu dan penghuluwati. Peserta dari SRI Hira’, Afif Farhan telah dilantik menjadi penghulu, mewakili 406 orang peserta TKRSM.



Hari ke-2 (Ahad) :
Para peserta kursus menjalani latihan kawad kaki, ikatan, BaSeD dan pertolongan cemas. Ujian pertama di jalankan di Dewan Cina, Kg Baru selepas solat fardhu berjemaah. Peserta perlu menduduki ujian bertulis selama 1 jam. Kemaslahatan timbul setelah ada isu fatayat Sri Hira’ yang mempunyai penyakit diabetis. Namun, peserta yang bernama Amni telah membawa surat pengesahan doktor dan Muallimah Zeha selaku guru pengiring telah member penerangan kepada pihak penganjur dan Amni dibenarkan untuk menjalani kursus kenaikan pangkat tersebut.


Hari ke-3 (Isnin)  :
Ujian Kawad : Setiap peserta diuji secara individu melalui memberi arahan, pergerakan dalam kawad, ke kanan lurus, hormat ke kanan hormat, selaku terima sijil dan tukar langkah.

Ujian Ikatan : Para juri akan mengadili seorang demi seorang mengikut sekolah masing-masing. Sebanyak 10 jenis ikatan telah diuji termasuk ikatan balak.

Hari ke-4 (Selasa) :
Ujian BaSeD : Setiap Sekolah telah dibahagikan kepada 2 kumpulan syabab dan 2 kumpulan fatayat. Mereka perlu mempamerkan sebanyak 8 jenis gerakan seni mempertahankan diri dan beberapa seni yang perlu dipersembahkan bersama dengan pasangan masing-masing.

Ujian Pertolongan Cemas : Setiap peserta perlu mempamerkan kemahiran mereka dalam pertolongan cemas bersama pasangan dengan menggunakan kain anduh. Pasangan adalah merupakan model yang dijadikan sebagai mangsa yang mana anggota mereka akan dibalut bersama kain anduh antaranya ialah di kepala, tangan, siku, lutut dan kaki.

Berlaku masalah kesihatan kepada dua orang syabab SRI Hira’ iaitu Tengku Muhammad Danish dan Alif Danial. Mereka telah dibawa ke Hospital Sri Manjung oleh pihak penganjur diiringi guru pengiring, Muallim Wan Mustaqim.
Hari ke-5 (Rabu) :
Aktiviti Sukan Air : Setelah melalui kesemua 5 ujian, para peserta diberi peluang melakukan aktiviti berakit dan berkayak. Setiap aktiviti dilakukan secara serentak dan berasingan. Pada pukul 5 petang, bakal-bakal sarjan melakukan persiapan di dalam Dewan Cina, Kg Baru untuk Majlis Pentaulihan Sarjan serta berlatih kawad selaku terima sijil.
Pentauliahan : Seramai 406 orang peserta dari seluruh Sekolah-sekolah Ikram-Musleh telah berjaya dan lulus dalam kursus kenaikan pangkat sarjan bagi tahun 2016. Sijil pentauliahan telah disampaikan oleh Mejar Abdul Rahaim bin Md Isa dan Mejar Harun bin Yakub.  

Hari ke-6 (Khamis) :
Sesi mengemas tapak perkhemahan dijalankan secara gotong-royong dan dibantu oleh guru pengiring.

Sekalung penghargaan dengan ucapan Jazakumullah dan terima kasih tidak terhingga  kepada semua Jurulatih KRS Musleh dan Pembantu  serta semua yang terlibat sepanjang Kursus Kenaikan pangkat bagi sesi 2016. Semoga kita semua jumpa lagi.

No comments: