Wednesday, July 8, 2015

KURSUS KENAIKAN PANGKAT KRS PRA KAPTEN DAN LEFTENAN

Sila Klik di sini untuk tindakan selanjutnya.
Kursus Kenaikan Pangkat.


KURSUS KENAIKAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH
PRA LEFTENAN & KAPTEN

1.0   PENDAHULUAN
                                                                               
Modul Kursus Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah MUSLEH bagi Pra Leftenan dan Kapten disusun untuk memastikan para guru mendapat kadar pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dan selaras dengan KRS Malaysia. Dengan itu para guru dapat melaksanakan tugas mengikut tatacara pengurusan yang ditetapkan dalam KRS Malaysia dan KRS MUSLEH. Dari segi kemahiran, tahap kefahaman dan penguasaan dapat diukur dan dimantapkan pada tahap yang sewajarnya. Dari segi nasionalnya kita dapat mengumpulkan para penggerak KRSM bagi merapatkan ukhuwwah dan meningkatkan semangat berpasukan yang utuh. Di samping itu aspek pentaksiran dapat dimantapkan secara praktikal dan lebih fokus. Ini membantu pihak sekolah merancang program-program yang boleh membawa kepada pencapaian objektif sekolah secara khususnya dan MUSLEH secara umumnya.

2.0   OBJEKTIF

  1. Mengumpulkan para penggerak KRSM dan meningkatkan ukhuwwah.
  2. Menyelaraskan kefahaman tentang modul pelaksanaan dan penilaian.
  3. Memberi pengalaman yang praktikal tentang pentaksiran bidang kemampuan.
  4. Mengukur tahap kefahaman dan kemahiran peserta dalam sukatan yang telah ditetapkan.
  5. Menyediakan para peserta agar mampu bersaing dan berkemampuan melaksanakan tugas di sekolah dan penglibatan di peringkat daerah, negeri dan seterusnya.
  6. Membina penghayatan terhadap amalan kerohanian.
  7. Menerapkan kemahiran pengurusan organisasi secara praktikal.

3.0   TARIKH & MASA

PRA KAPTEN:    16 – 21 September 2015.
Lapor:   16 September 2015
8.00 – 9.30 am
Masjid Lumut

PRA LEFTENAN: 17 – 21 September 2015.
                              Lapor:   17 September 2015
                                             8.00 – 930 am
                                             Masjid Lumut

               Waktu tamat program: 2.00 petang (di Lumut)

4.0   TEMPAT

               Pulau Pangkor, Perak

5.0   PESERTA

  1. Leftenan Muda KRSM                    : 20 orang peserta
  2. Leftenan KRSM                                : 5 orang peserta


A.  SYARAT PENYERTAAN

1.                PRA Leftenan & Kapten KRSM

a.                Telah ditauliahkan Leftenan Muda atau Leftenan KRSM peringkat kebangsaan

b.               Tidak mengidap penyakit berjangkit dan merbahaya

No comments: