Tuesday, March 29, 2011

KEMBARA DAKWAH KRS MUSLEH KE BUMI DI BAWAH BAYU


KEMBARA DAKWAH

Tarikh : 13 – 22 Mac 2011

Bilangan :
32 orang pelajar (10 lelaki dan 22 perempuan) lepasan SPM 2010
5 orang guru pengiring

Jumlah : 37 orang




Objektif :

1. Merapatkan ukhuwwah antara pelajar di Semenanjung dengan saudara Islam di Sabah melalui aktiviti lawatan sambil belajar dan ziarah

2. Mempelajari usaha-usaha dakwah bil hal secara teori dan praktikal khasnya yang telah lama dijalankan oleh organisasi SPI JPN dan Hidayah Centre Sabah serta IKRAM sebagai mastermindnya.

3. Memupuk dan meningkatkan tahap kepimpinan pelajar melalui pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning)

4. Meningkatkan kesedaran sosial melalui program khidmat masyarakat

5. Meningkatkan kesatuan bangsa dan negara dan 1 Malaysia melalui penerokaan budaya dan sejarah Sabah sebagai sebuah wilayah di Malaysia Timur.

Tempat :
Kg Tambulion, Kota Belud (basecamp)
Kg Lasou Podi, Kota Belud
Kg Tempasuk, Kota Belud


Aktiviti :
Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancangkan khususnya oleh pihak Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Sabah berjalan dengan lancar. Cuma beberapa masalah cuaca dan pengangkutan yang mengganggu sedikit sebanyak kelancaran program. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
  1. Mendirikan khemah
  2. Tugasan menjadi imam, bilal dan pemberi tazkirah
  3. Taklimat budaya setempat
  4. Eksplorasi Kg Dusun (sekitar Kg Tambulion)
  5. Bengkel Eksplorasi Kg Dusun
  6. Refleksi kendiri dan kumpulan (setiap malam)
  7. Ziarah ke Kg Lasou Podi
  8. Kenduri sekampung di Kg Lasou Podi
  9. Program Motivasi untuk murid SAR Kg Tambulion
  10. Program Kem Solat untuk murid SAR Kg Tambulion
  11. Eksplorasi alam “santai ditepi sungai” air dari Gunung Kinabalu
  12. Bacaan YaaSin dan Tahlil
  13. Tugasan menjadi imam, khatib, bilal hai Jumaat di Masjid Sg Sorob
  14. Sukan rakyat bersama penduduk Kg Tempasuk
  15. Kenduri sekampung di Kg Tempasuk
  16. Gotong royong membersihkan tanah perkuburan Kg Tambulion
  17. Kenduri sekampung di Kg Tambulion dan Majlis Penutup
  18. Lawatan ke Muzium Sabah
  19. Lawatan ke Pasar Kraftangan
  20. Lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  21. Lawatan ke Tanjung Aru
Hasil program : Pelajar
  1. Dapat mengaplikasikan segala teori, ilmu pengetahuan berkenaan dakwah dalam bentuk yang praktikal.
  2. Dapat memahami budaya setempat yang harus dikuasai dalam menjayakan misi dakwah terutamanya aspek bahasa setempat. Peserta begitu bersungguh untuk mempelajari bahasa Dusun namun salah seorang peserta perempuan begitu cepat menguasai bahasa ini hingga mendapat pujian Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPN Sabah iatu Saudari Nur Izzati bt Hariffin (Bangi).
  3. Dapat berinteraksi dengan kaum Dusun secara bersemuka semasa aktiviti ziarah dan kenduri sekampung terutama di Kg Lasou Podi yang rata-rata penduduknya hidup dalam keadaan sungguh dhaif. Namun sesuatu yang mengkagumkan ialah pemimpin bagi tiga agama(Islam, Kristian dan Pagan-tiada agama) diketuai oleh orang Islam (Imam Zaini).
  4. Dapat memberi khidmat bimbingan motivasi dan kem solat kepada murid SAR Kg Tambulion. Ramai ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mengikuti program ini.
  5. Mengendalikan aktiviti solat Jumaat sepenuhnya di masjid dengan bertugas sebagai khatib, imam dan bilal. Sesuatu yang membanggakan kerana pelajar kita iaitu Mohd Naufal (Irsyad Kuantan) mampu berkhutbah tanpa merujuk teks tetapi disampaikan dalam bahasa yang mudah dan merujuk ayat-ayat Al-Quran dan Hadis melalui handphone sahaja.
  6. Dapat berkongsi pengalaman tokoh-tokoh pendakwah yang berjaya menarik penduduk setempat kepada Islam. Antaranya ialah Ustaz Ramli Daud, orang Pahang yang berjaya mengislamkan hampir 70% penduduk kampung tempat tinggal beliau di Kg Tempasuk daripada hanya beliau seorang saja yang beragama Islam ketika itu. Kami berpeluang berinteraksi sendiri dengan penduduk-penduduk yang dulunya beragama Kristian dan Pagan.
  7. Dapat berkongsi pengalaman bersama pendakwah-pendakwah muda dalam Hidayah Centre yang merupakan hasil program bersepadu Hidayah Training Centre serta perkhidmatan yang disediakan oleh Hidayah Centre.
  8. Dapat mendekati masyarakat setempat melalui Program Kenduri Sekampung yang menjadi media antara penduduk Islam dan bukan Islam serta Pagan. Program sebegini dilihat mampu memberi sumbangan kepada mendekati masyarakat secara hikmah.
  9. Dapat mempraktikkan asas Dakwah Fardhiah (DF) bersama pelajar-pelajar bukan Melayu di Universiti Malaysia Sabah sedikit sebanyak mencabar kemampuan peserta dalam kemahiran DF.
  10. Dapat berkenalan dengan penggerak dakwah di Sabah di kalangan ikhwah dan akhawat IKRAM Sabah dalam majlis penutup bersama mereka sehari sebelum berangkat pulang.
PEGAWAI PENGIRING
1. Mejar KRS Abd Rahaim Md Isa - Jurulatih Kebangsaan KRS MUSLEH
2. Mejar KRS Soleh Senafi - Jurulatih Kebangsaan KRS MUSLEH
3. Pn Zaiton Abd Latif - AJK Tarbiah MUSLEH
4. Ustzh Rosmawati Abd Wahab - AJK Tarbiah MUSLEH
5. Mlmh Noor Akidah Jahaya - Guru SMIAA Gombak

PEGAWAI PELAWAT
Ustaz Megat Mohd Amin Megat Mohd Nor
Pengerusi MUSLEH Bhd
Pengerusi JK Tarbiah MUSLEH
Penaung KRS MUSLEH

PERHUBUNGAN
1. Ustaz Saiful Zaman bin Sanggul - Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
2. Ustaz Musli - Unit Kepimpinan Dakwah, SPI JPN Sabah
3. Ustaz Jossi -Guru Besar SAR Kg Tambulion, Kota Belud, Sabah

Disediakan oleh :
Abd Rahaim bin Md Isa
Pengarah KEMBARA 2011
Ketua Rombongan KEMBARA ke Sabah

No comments: