Monday, September 27, 2010

AKTIVITI KRS MUSLEH OKTOBER - DISEMBER 2010

Pihak sekretariat telah merancang akan mengadakan beberapa aktiviti sepanjang bulan Oktober - Disember 2010. Diantaranya ialah:


a. Kursus Kemahiran Menembak di Lapang Sasar Kepala Batas, Alor Setar bersama dengan Pelatih Kolej Tentera Udara pada 7 & 8 Oktober 2010. Pegawai terpilih sahaja.


b. Bengkel Pemurnian Sukatan KRSM (Sekolah Menengah) di Pusat Pendidikan Al-Irsyad, Balok, Pahang pada 15 - 17 Oktober 2010. Peserta yang terlibat ialah semua ahli sekretariat krs musleh.


c. Kursus Kenaikan Pangkat Leftenan Muda dan Amali Khas SPIM di Laman Nur Bistari, Ulu Yam, Selangor pada 22 - 26 November 2010. Peserta yang terlibat ialah:
1. semua pegawai yang belum ditauliahkan
2. peserta Syahadah Perguruan Islam Musleh (SPIM)


e. Kursus Pembangunan Jurulatih BaSeD (Level 3) di Pusat Latihan BaSeD, Meru, Kelang pada 4 - 8 Disember 2010. Semua jurulatih BaSeD peringkat kebangsaan yang telah ditauliahkan terlibat dalam kursus ini.


f. Kursus Kemahiran Air (Bronze Medal) & Radio Amatur di Pusat Latihan Belia dan Sukan, Alor Setar pada 13 - 17 Disember 2010. Minimum seorang wakil dari setiap sekolah di kalangan pegawai dan semua jurulatih kebangsaan yang terpilih.


g. Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH di Udara (PENARA 10) di Lembah Kelang pada 27 - 30 Disember 2010. Terbuka kepada semua pelajar SMI (tingkatan 1 - 5) minimum 30 orang satu sekolah (15 lelaki 15 perempuan)


h. Tinjauan Program KEMBARA 2011.
1. tinjauan ke Sabah, 4 - 6 Oktober 2010
2. tinjauan ke Sarawak, 23 - 26 Oktober 2010

Doakan semoga semua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik, insya allah.

5 comments:

Anonymous said...

salam.
tumpang tanya, kenapa nama jambori kali ni perkhemahan nasional di udara ye?

pak usu said...

kalau nak tau kena hadir leeee...

Anonymous said...

aktivitinya di atas udara ke? 'ala kulli haal, nama yg sgt menarik. jumpa di klang insya'Allah. hidup krs!

Anonymous said...

salam, nak bertanya.
Kategori ape yg dipertandingkan dalam PERNARA kali ni?
Lg 1, update tntg PERNARA x de lagi ke?
TQ

saiya said...

PENARA best!!!