Tuesday, February 17, 2009

KURSUS JURULATIH BASED KEBANGSAAN

Tahniah dan syabas. Alhamdulillah pada 13 - 15 Februari 2009 baru-baru ini seramai 11 orang telah ditauliahkan sebagai gurulatih dan jurulatih BaSeD dengan dianugerahkan bengkung oleh Penasihat & Choreographer BaSeD, Cikgu Mohd Khairi b Ab. Rahman, PPN. Kursus tersebut telah diadakan di Pusat Latihan Bina Jago, Jalan Meru Klang. Cikgu Khairi bersama beberapa orang gurulatih BaSed yang telah mengendalikan kursus ini.

Ketika kursus ini dijalankan, terdapat kumpulan pesilat berbangsa Cina daripada Persatuan Buddish Klang turut mengadakan latihan bersama(tetapi bukan latihan BaSeD). Mereka akan mengadakan latihan untuk persembahan seni silat melayu di pertunjukkan seni mempertahankan diri di Jepun pada bulan Mei nanti. Sekiranya ada rezeki, BaSeD juga akan keperingkat antara bangsa. INSYA ALLAH.

Dalam kursus BaSeD ini Seramai 6 orang telah ditauliahkan sebagai Gurulatih BaSeD, iaitu Tuan Abd Rahaim, Tuan Azrul, Tuan Saiful, Tuan Zaini, Tuan Soleh dan Tuan Shahrinizam. Seramai 4 orang telah ditauliahkan sebagai Jurulatih Tahap 3, 3 orang Jurulatih Tahap 2 dan 4 orang Jurulatih Tahap 1.

Sukatan pentauliahan ini dan perkembangan lain yang berlaku dalam BaSeD akan di terangkan melalui kursus sedikit masa nanti. Kursus yang diadakan baru-baru ini adalah terdiri daripada tenaga penggerak BaSed yang telah dipilih bagi menjadi jurulatih dalam kumpulan jurulatih BaSeD diperingkat kebangsaan. Ini juga bagi memudahkan lagi pihak sekreteriat KRSM melaksanakan proses latihan BaSeD di Sekolah-sekolah Islam Malaysia. Pelaksanaan kursus ini juga adalah proses awal bagi menaik tarafkan BaSeD agar terus praktikal dan berada diperingkat antara bangsa, Insyaallah.

1 comment:

Segak,Berdisiplin & Bermatlamat said...

sila layari laman rasmi KRSM SMAH,Ipoh di krsm-team.blogspot.com
;)