Saturday, February 29, 2020

IPSISC CAMP'19- Sorotan dan Kenangan

Perkhemahan dan Lawatan sambil Belajar
(21-26 Nov 2019)
1st IPSIS Camp 2019
1st Islamic Private School International Scout Camp

TEKAN LINK di bawah untuk LIHAT VIDEO
https://youtu.be/tZFG-CcXe5I

Pelbagai peristiwa dan kenangan yang tercipta daripada jaulah ini. Sewajibnya ukhuwwah dan ikatan semakin erat terbina kukuh.

Disertakan buletin sebagai santapan minda yang semestinya akan terus terakam rapi di dalam lubuk fikiran:










Moga ketemu di lain lembaran. Salam ukhuwwah daripada kami untuk semua.
:point_down::point_down::point_down::point_down::point_down::point_down::point_down::point_down::point_down::point_down::point_down::point_down::point_down::point_down::point_down:



Thursday, December 19, 2019

PERKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS) TKRS/KRS MUSLEH 2019

     Pada 14-17 Disember 2019, telah berlangsung Perkhemahan Nasional (PERNAS) TKRS/KRS Musleh yang bertempat di Pusat Kecemerlangan Pembangunan Insan, YPJ, Kem Sekakap Mersing, Johor. Alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan lancar selama 4 hari meski cuaca hujan lebat setiap hari.

Hari Pertama - Ketibaan, Pendaftaran , Taklimat, Quran Hour & Tarannum Murrotul.


Hari Kedua - Kawad Pembukaan, Orienteering, Obrace, Metra, Masakan Kreatif, Gajet, Bicara Tokoh & Persembahan SMI.




Hari Ketiga - Perhimpunan Pagi, Kawad Kaki, BaSed, Penyampaian Hadiah tempat 2&3.





Hari Keempat - Majlis Penutup.






Ikuti Kami di: FacebookInstagram dan Youtube



Sunday, October 6, 2019

1st Islamic Private School International Scout Camp (IPSIS Camp)



Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Bersua kembali dalam program seterusnya di tahun 2019 ini iaitu:

Perkhemahan dan Lawatan sambil Belajar
(21-26 Nov 2019)
1st IPSIS Camp 2019
1st Islamic Private School International Scout Camp



PROSES PENDAFTARAN

Sila patuhi arahan pendaftaran di bawah:

1.  Download BORANG PENDAFTARAN ini dan ISIKAN (10 orang sahaja):
Jika lebih 10 orang, sila isikan Borang kedua dan seterusnya.

IPSISC19: BORANG PENDAFTARAN


2. Download SURAT PELEPASAN ini dan ISIKAN:

IPSISC'19: SURAT PELEPASAN TANGGUNGJAWAB



3. Seterusnya, pendaftaran menggunakan link berikut:

LINK DAFTAR IPSISC 2019
UPLOAD:
a. BORANG PEDAFTARAN

b. SURAT PELEPASAN TANGGUNGJAWAB (sekali upload untuk 10 set sahaja)
c. Slip bayaran - untuk 10 orang (maksimum) 
RM150/orang SEBELUM/PADA 15/10/2019
RM350/orang SEBELUM/PADA 31/10/2019 

RM500/orang SEBELUM/PADA 15/10/2019

4. Download sebagai simpanan:



JIKA ADA SEBARANG PERMASALAHAN, HUBUNGI:
KAPTEN KRSM UMAR AL-MUKHTAR
(0195417821)

SEGERA!!
TARIKH TUTUP: 15/10/2019





Sunday, June 9, 2019

Pertandingan Mencipta Logo KESUNAS SMI 2019



PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KESUNAS SMI 2019

Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Nasional (KESUNAS) SMI 2019 , menjemput semua pelajar dan alumni IKRAM Musleh untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo yang menjadi identiti serta tanda pengenalan untuk diguna pakai dalam segala aktiviti yang melibatkan KESUNAS SMI tahun 2019 dan seterusnya.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar dan alumni IKRAM Musleh
  2. Tiada had dalam bilangan penyertaan bagi setiap peserta, walau bagaimanapun, hanya satu logo yang akan dipilih sebagai pemenang.
  3. Bukti penghantaran bukan bererti bukti penerimaan.
  4. Semua penyertaan yang diterima oleh Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Nasional (KESUNAS) SMI 2019 adalah hak milik Unit Kokurikulum IKRAM Musleh. Unit Kokurikulum berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak.


SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO
  1. Ciptaan dan reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
  2.  Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ditiru dari mana-mana karya tempatan mahupun dari luar negara.
  3.  Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan ukuran 29cm x 29cm berlatar belakang berwarna putih dalam computer grafik dan juga disediakan dalam bentuk ‘soft copy’ dan ianya hendaklah disimpan menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan ‘software’ terkini yang bersesuaian.
  4. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan yang ringkas dan rasional ke atas setiap reka bentuk seperti logo, simbol dan warna yang digunakan.
  5. Reka cipta hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi lima(5) warna.



BORANG PENYERTAAN
  1. Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk ‘soft copy’ melalui email (‘soft copy’ dalam format .ai dan jpeg.)
  2. Isi kandungan emel tersebut perlu mengandungi:

    •  Nama
    • Sekolah / Alumni Sekolah
    • No. Kad Pengenalan
    • Alamat
    • Alamat Emel
    • No. Telefon
    • Kepilan (attachment) :
      • Logo beserta penerangan
      • Borang penyertaan yang telah ditandatangan
  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 23 Jun 2019.
  •  Setiap penyertaan hendaklah dihantar emel berikut:
    • Emel : krsmedia17@gmail.com
    • No. tel : 013-5199518
·         Maklumat lanjut lawati blog KRS Musleh.
·         Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.


PANEL PENILAI
  • Penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh panel penilai. Panel penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
  •  Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Unit Kokurikulum IKRAM Musleh.
  • Bagi penyertaan yang dihantar, para peserta hendahklah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur.
  • Penganjur berhak mengguna semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.


HADIAH PERTANDINGAN

Hanya SATU (1) reka bentuk logo saja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM200.00 beserta sijil kemenangan. Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan pada majlis penutup KESUNAS SMI 2019.


.................................................................................................

Ikuti kami:-
Facebook: https://www.facebook.com/kesunas19/
Twitter: kesunas19
Instagram: kesunas19