Monday, February 3, 2014
Sunday, December 15, 2013
Monday, December 2, 2013
PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH ( PERNAS ) 2013
PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH (PERNAS) 2013.
Anjuran Bersama: MGBSIM & MUSLEH Berhad (MUSLEH)
Tema : MEMASYARAKATKAN KRS MUSLEH
Tarikh & Hari : 21 – 24 Disember 2013 ( 4 hari 3 malam ) Sabtu – Selasa
Tempat : KEDA RESORT AND HOLIDAYS, Kampung Bendang Man, 08200, Sik, Kedah, Darul Aman.
Sunday, December 1, 2013
Kursus Pra-Kapten dan Pra-Leftenan 2013 (Batch 03)

Kursus Pra-Kapten dan Pra-Leftenan telah diadakan untuk kali ke-3 dan akan dijadikan sebagai salah satu kursus tahunan sehinggalah bilangan kapten dan leftenan mencukupi untuk menggerakkan aktiviti KRS Musleh peringkat pusat dan peringkat sekolah. Kursus yang telah di jalankan di sekitar Pulau Pangkor telah memberi kepuasan kepada semua peserta dan mereka telah berjaya mengikuti setiap aktiviti dengan penuh bersemangat dari awal pendaftaran di Masjid Lumut, kemudian menjalankan akitviti di Kem Raudhah, Telok Nipah, akhirnya aktiviti dan majlis penutup di Kem Telok Segadas. Semua aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jaya dan selamat. Di antara aktiviti yang di jalankan dalam kursus ini ialah:
- Latihan pengajaran dan pembelajaran (P&P) kawad kaki.
- Latihan P&P kayak
- Latihan P&P peta dan kompas serta pandu arah.
- Latihan P&P repelling
- Latihan P&P BaSeD (Basic Self Defense)
- Latihan mencari dan menyelamat (search and rescue)
- Mencipta permainan baru (team work game)
Saturday, June 8, 2013
KURSUS KEMAHIRAN 2013
Wednesday, October 17, 2012
PERNAS KRS MUSLEH 2012
Selamat datang ke PERNAS'12 yang akan diadakan pada 17-20 Disember 2012 di Dataran JPS Kuala Kangsar Perak Darul Ridwan. PERNAS'12 terbuka untuk semua anggota KRS MUSLEH Sekolah Menengah Rangkaian Ikram-MUSLEH dan Sekolah Rakan Ikram-MUSLEH.
Semua SMI diminta untuk menghantar sekurang-kurangnya satu platun (40 orang) syabab dan fatayat.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan, persembahan, lawatan dan pameran. Maklumat lanjut akan diposkan di dalam blog ini tidak lama lagi.
Wednesday, July 25, 2012
Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Kebangsaan
Kontinjen KRS MUSLEH seramai 36 orang anggota dan 3 orang pegawai telah
menyertai Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Kebangsaan di Pusat
Kokurikulum Malangang, Kiulu, Tuaran, Sabah. Kontinjen KRS MUSLEH telah
bergabung dengan 15 kontinjen negeri/wilayah lagi yang turut sama dalam
perkhemahan ini menjadikan jumlah penyertaan
lebih 700 orang. Mereka bermula di SMI Al Amin Bangi pada 12 Julai 2012
dan berlepas ke Kota Kinabalu pada 13 Julai 2012. Program telah berlangsung sehingga 18 Julai 2012. Walaupun tidak mendapat hadiah dalam pertandingan kawad yang hanya satu2nya pertandingan antara kontinjen negeri tetapi mereka telah memberi komitmen dalam pasukan integrasi antara kontinjen dan memenangi berbagai hadiah dalam kategori putera dan puteri. Pengalaman berinteraksi dengan kaum2 lain khususnya dari Sabah dan Sarawak menjadi satu kenangan yg sukar dilupakan.
Lebih mengembirakan apabila dalam ucapan aluan Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan JPN Sabah dalam majlis perasmian penutup, beliau melahirkan rasa gembira kerana Perkhemahan Perdana KRS kali ini dapat dilaksanakan buat kali pertama di Malaysia Timur dan lebih bermakna dengan penyertaan KRS MUSLEH, dan beliau meminta semua hadirin memberikan satu tepukan gemuruh untuk KRS MUSLEH. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah JPN Sabah, selaku Pengarah KRS Sabah dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah KRS Malaysia KPM, Penolong Pengarah KRS Malaysia serta tetamu jemputan.
Tahniah kpd wakil2 anggota KRS MUSLEH drpd SMART Tok Bedu, SMI Islah Sg Petani, SMAlHidayah Ipoh, SMI Hira' Jeram, SMIAAmin Gombak. SMIAAmin Bangi, MTAsSaidiyah Seremban, SMI Hidayah Johor, SMI Irsyad Kuantan, SMIAAmin Kemaman dan SMI Aman Kota Bharu. Terima kasih juga kpd Tuan Abd Rahaim Md Isa, Tuan Shahrinizam B. Mohd Amin dan Puan Sholihah Md Nor (SMIAman KB) yg turut serta menjayakan program ini.
Pertandingan antara kontinjen hanya kawad kaki, yang lain adalah pertandingan antara platun integrasi negeri2 spt ikatan, gajet, kembara, permainan tradisional, orienteering, ikhtiar hidup. Selain itu ialah lawatan ke muzium sabah, 1 borneo dan pasar kraftangan di Kota Kinabalu.
Banyak pengalaman yang dapat diambil utk dibawa balik. Sebahagiannya utk diaplikasi, diubahsuai dan sebahagiannya perlu dibuat perubahan bagi memantapkan kredibiliti KRS sebagai wadah pembentukan peribadi dan kepimpinan pelajar.
Gambar kenangan
Saturday, June 2, 2012
LAPORAN KURSUS KEMAHIRAN, PEGAWAI WARAN DAN PEGAWAI PENGURUSAN KRS MUSLEH 2012
KURSUS KEMAHIRAN
KAWAD/BASED/TALI TEMALI : 28 – 31 MEI
2012
KURSUS PEGAWAI
WARAN :
27 – 31 MEI 2012
KURSUS PEGAWAI
PENGURUSAN :
28 – 31 MEI 2012
Kursus selama 4 hari ini telah
dihadiri seramai 40 orang anggota dan pegawai kadet pelbagai pangkat. Ketua
jurulatih kawad iaitu Tuan Mejar KRS Saiful Jamsyir dibantu oleh beberapa orang
jurulatih telah menggunakan sepenuhnya tempoh latihan untuk memantapkan
kemahiran kawad kaki. Latihan dijalankan mengikut modul yang telah ditetapkan. Di
antara modul latihan ialah :
Mengikut sukatan Tahap 1
SMI
Fokus :
a.
Mengetahui
arahan
b.
Boleh
membuat pergerakan individu dan pasukan
|
Mengikut sukatan Kenaikan
Pangkat Sarjan SMI.
Fokus :
1.
Memberi hukuman dan membuat pergerakan individu
2.
Memberi hukuman kepada satu pasukan (seksyen dan
platun)
|
Mengikut sukatan Kenaikan
Pangkat Pegawai Waran.
Fokus :
1.
Boleh mengajar dan mampu membetulkan kesalahan
2.
Menjadi pembantu jurulatih
|
Peserta diuji bukan setakat
ujian pergerakan dan memberi arahan tetapi juga ujian mengajar kawad (micro teaching). Selepas ujian akhir dijalankan,
para peserta dianugerahkan sijil kemahiran kawad kaki mengikut pencapaian iaitu
lulus, kepujian dan cemerlang.
B. KURSUS KEMAHIRAN BASIC SELF DEFENCE (BaSeD)
Kursus kali ini telah disertai
oleh seramai 69 orang peserta yang terdiri daripada anggota dan pegawai
pelbagai pangkat. Para peserta sungguh bertuah kerana dapat belajar sendiri
daripada Perunding dan Koreografer BaSeD iaitu Cikgu Mohd Khairi b Ab Rahman,
PPN bekas pesilat Negara yang suatu ketika dahulu pernah bergelar Juara Silat
Sedunia di Holland, 1990. Ketua Jurulatih kursus BaSeD ialah Tuan Mejar KRS
Zaini Abd Rahman, Gurulatih BaSeD KRS MUSLEH. Latihan juga dibantu oleh
jurulatih-jurulatih BaSeD yang terdiri daripada pegawai-pegawai KRS MUSLEH
sendiri.
Kursus dijalankan mengikut
tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. Modul Tahap 3 menggunakan tongkat
rotan. Latihan agak keras kerana dijalankan siang dan malam serta diakhiri
dengan ujian kemahiran pergerakan dan ujian mengajar (micro teaching). Peserta yang berjaya melepasi ujian-ujian yang
ditetapkan dianugerahkan sijil dengan pencapaian lulus, kepujian dan cemerlang.
BaSeD
|
Mengikut
sukatan BaSeD Tahap 1
Fokus :
1. Mengetahui konsep dan pelaksanaan
sukatan BaSeD
2. Mengetahui dan menguasai senaman,
pergerakan asas, elakguna dan gerak Tahap 1
3. Penilaian – Ujian Tahap 1
|
Mengikut
sukatan BaSeD Tahap 2
Fokus :
1. Lulus ujian Tahap 1
2. Mengetahui dan menguasai pergerakan asas,
elakguna dan gerak Tahap 2
3. Boleh mengajar dan membetulkan kesalahan
4. Penilaian – Ujian Tahap 2
|
Mengikut
sukatan BaSeD Tahap 3
Fokus :
1. Lulus ujian Tahap 2
2. Mengetahui dan menguasai pergerakan
asas, elakguna dan gerak Tahap 3
3. Boleh mengajar dan membetulkan kesalahan
4. Penilaian - Ujian Tahap 3
|
C. KURSUS KEMAHIRAN TALI TEMALI
Kursus yang dihadiri oleh
seramai 35 orang peserta ini berjalan dengan lancar. Isimewanya kali ini kerana
para peserta bukan hanya melakukan aktiviti di sekolah tetapi telah dibawa ke
Lata Chelak Baling untuk berinteraksi dengan alam. Penggunaan kemahiran ikatan
dibuat dalam suasana yang sebenar.
TALI TEMALI
|
Mengikut
sukatan Modul 1 SMI
Fokus :
1. Simpulan dan ikatan
2. Menghasilkan gajet
a. Tripod
b. Rak dapur
c. Ampaian
d. Menara kawalan
3. Penilaian
|
Mengikut
sukatan Modul Tahap 2 SMI
Fokus :
1. Simpulan dan ikatan
2. 3 jenis jambatan
3. Flying fox aras rendah
4. Penilaian
|
Mengikut
sukatan Modul Tahap 3 SMI
Fokus :
1. Simpulan dan ikatan
2. Boleh melakukan Ascending &
Discending
3. Aplikasi A&D
4. Boleh membantu melatih untuk Modul 1 dan
2
5. Penilaian
|
Bagi aktiviti aras tinggi,
peserta dapat mendalami kemahiran tali temali daripada jurulatih BOMBA yang dedikasi.
Walaupun sekadar menggunakan bangunan setinggi 3 tingkat untuk aktiviti ini
namun cukup menguja keberanian para peserta. Ujian akhir ialah ujian mengajar
(pengajaran mikro). Kursus ini diketuai oleh Tuan Mejar KRSM Soleh b Senafi
dibantu oleh Puan Mejar KRSM Wardah bt Saari.
D. KURSUS PEGAWAI WARAN
Seramai 20 orang Staf Sarjan
KRS MUSLEH telah terpilih untuk mengikuti kursus ini. Mereka telah mengikuti
kursus ini selama 5 hari di mana 2 hari berkursus di sekolah dan 3 hari lagi
berkursus di luar iaitu Lata Chelak Baling. Modul kursus memberi penekanan
kepada kemahiran pengurusan organisasi dan ujian kemahiran mengajar bagi beberapa kemahiran utama seperti kawad kaki
dan BaSeD.
Antara aktiviti yang paling
menarik dan mencabar ialah XPDC dari Sekolah Al Islah Sg Petani ke Lata Chelak
melalui beberapa tugasan seperti mengkaji maklumat tanaman herba di pasar pagi,
berdakwah kepada non-Muslim, menaiki bas dan teksi sebelum sampai ke destinasi.
Di sana mereka dikehendaki menjalani aktiviti solo camping, public speaking
dan sebagainya.
Kursus ini diketuai oleh Tuan
Mejar KRSM Harun b Yaakob dibantu oleh Sekretariat KRS MUSLEH.
E. KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN
Peserta kursus seramai 12
orang terdiri daripada Guru Besar, Pengetua dan Penolong Kanan Ko
Kurikulum/Tarbiah berjaya melalui tempoh kursus selama 4 hari dengan 2 hari
aktiviti dalaman dan 2 hari lagi untuk aktiviti luaran. Kursus dikendalikan
sendiri oleh Sekretariat KRS MUSLEH yang diketuai oleh Tuan Mejar KRSM Abd
Rahaim b Md Isa.
Menjadi seorang komandan
bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, bukan sekadar hanya memakai pakaian
khas nombor 2 sahaja tetapi dibahu mereka terletaknya kunci kelancaran dan
kejayaan pelaksanaan aktiviti KRS MUSLEH di sekolah masing-masing. Selain daripada
teori, mereka juga didedahkan dengan suasana perkhemahan dan memasak di hutan.
PENUTUP
Ucapan Penutup telah disampaikan oleh Tuan Shahrinizam b Mohd Amin selaku Penasihat KRS MUSLEH merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM). Majlis pentauliahan pangkat dan penyampaian sijil telah
disempurnakan oleh Tuan Abd Rahaim Md Isa, Pengerusi JK Induk KRS MUSLEH merangkap
Pengerusi KRS MUSLEH. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Hasan Al Banna,
Pusat Pendidikan Al Islah Sg Petani.
Tarbiah merupakan unsur utama
di dalam apajua aktivisme KRS MUSLEH. Maka para pegawai di sekolah haruslah
memainkan peranan yang penting di dalam merancang dan menyusun aktiviti. KRS
MUSLEH bukan hanya pasukan berpakaian seragam dan melakukan aktiviti bersifat
fizikal semata-mata tetapi di dalam setiap kemahiran itu adanya unsur-unsur
tarbawi yang perlu disepadukan secara terancang dan berkesan.
Tahniah dan syabas diucapkan
kepada barisan JK Pengendali kursus ini yang terdiri daripada pegawai latihan
pelbagai pangkat dibantu oleh bekas anggota KRSM yang kini menyambung pelajaran
di IPTA.
Saturday, May 5, 2012
KURSUS- KURSUS CUTI MEI 2012
KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN, ILMU KEMAHIRAN DAN PEGAWAI WARAN
KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH
Assalamualaikum wbr, ikhwah/wat Lembaga/Pengetua dan Guru Besar yang dimuliakan,
InsyaALLAH cuti bulan Mei nanti akan diadakan beberapa kursus yang berkaitan dengan pengurusan, guru dan pelajar. Cuma yang berbeza pada tahun ini, kursus akan diadakan mengikut tahap. Khusus untuk kursus kemahiran sahaja, satu placement test akan diadakan pada hari pertama kursus bagi meletakkan para peserta mengikut tahap kemahiran masing-masing.
Pada tahun ini, kursus kemahiran yang akan diadakan ialah seperti berikut ;
A) Kursus Pegawai Pengurusan Tunas KRS/KRS MUSLEH
Tarikh : 28hb - 31hb Mei 2012 (4 H 3 MLM)
Tempat : Pusat Pendidikan Al Islah Sg Petani dan Lata Celak Baling Kedah
Sasaran :
1. Pengetua/Guru Besar SRI-SMI dan Sekolah Rakan Musleh
2. PK KoKurikulum/Tarbiah/Pemb.Sahsiah (TKRSM/KRSM dibawah t/jwabnya)
B) Kursus Kemahiran
1. Kawad Tahap 1,2 dan 3
2. BaSeD Tahap 1,2 dan 3
3. Tali Temali Aras Rendah dan Aras Tinggi
Tarikh : 28hb - 31hb Mei 2012 (4 H 3 MLM)
Tempat : Pusat Pendidikan Al Islah Sg Petani dan Lata Celak Baling Kedah (Tali temali)
Sasaran :
1. Guru yang mengajar kemahiran2 berkenaan.
2. Terbuka kepada semua pegawai berpangkat dan tidak berpangkat.
3. Pelajar yang berpangkat Lans Kopral ke atas dan sehat tubuh badan.
4. Guru dan pelajar yang telah mengikuti kursus Kawad/BaSeD sebelum ini.
5. Guru yang telah mengikuti Kursus Fast Track Mac 2012.
6. Bagi kursus Tali Temali, peserta mestilah tidak gayat di aras tinggi.
C) Kursus Pegawai Waran
Tarikh : 27hb - 31hb Mei 2012 (5 H 4 MLM)
Tempat : Pusat Pendidikan Al Islah Sg Petani dan Lata Celak Baling Kedah
Sasaran :
1. Telah ditauliahkan sebagai Staf Sarjan KRS MUSLEH tahun 2011 dan ke bawah.
2. Bagi Staf Sarjan yang baru ditauliahkan pada Mac 2012, penyertaan dibuka hanya untuk pelajar yang
memegang jawatan sebagai Ketua/Timb Syabab (Amir) dan Ketua/Timb Fatayat sahaja.
AMBIL PERHATIAN :
1. MASA PENDAFTARAN IALAH PADA JAM 8.30 PG - 9.30 PG.
a. Pegawai Waran 27 Mei 2012.
b. Kursus Kemahiran & Pegawai Pengurusan 28 Mei 2012.
2. SEORANG PESERTA HANYA BOLEH MENGIKUTI SATU KURSUS SAHAJA.
3. SARAPAN TIDAK DISEDIAKAN.(pada hari pendaftaran)
4. SEMUA PESERTA DIKEHENDAKI MEMBAWA T-SHIRT KRS MUSLEH DAN SERAGAM NO.3@NO.4 BAGI PELAJAR/GURU.
7. SEMUA PEGAWAI PENGURUSAN DIKEHENDAKI MEMBAWA T-SHIRT KRS MUSLEH DAN SERAGAM NO.2.
8. KHUSUS BAGI PESERTA KURSUS BASED, DIKEHENDAKI MEMBAWA SELUAR SILAT BERWARNA HITAM. JIKA TIDAK ADA, SELUAR ADA DIJUAL DENGAN HARGA RM40 SEHELAI. PESERTA DIGALAKKAN MEMBUAT TEMPAHAN AWAL SEBELUM 14 HB MEI 2012 KPD TUAN MEJAR KRS ZAINI ABD RAHMAN(0132023159).
9. KHUSUS BAGI PESERTA KURSUS TALI TEMALI, DIKEHENDAKI MEMBAWA TALI NYLON BERUKURAN 4 METER PANJANG.
10. PESERTA DIGALAKKAN MEMBAWA KASUT SUKAN, LAPIK TIDUR (gulung: warna biru) @ beg tidur (sleeping bag), BANTAL
11. KHUSUS BAGI PESERTA KURSUS KAWAD, DIKEHENDAKI MEMAKAI KASUT KAWAD.
Sekian dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.
SEKRETARIAT KRS MUSLEH
* Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha KRS MUSLEH, Mejar KRS Shahrinizam (0134818252) atau emailkan kpd sma_71@yahoo.com.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















