Monday, December 2, 2013

PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH ( PERNAS ) 2013


PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH (PERNAS) 2013.

Anjuran Bersama: MGBSIM & MUSLEH Berhad (MUSLEH)

Tema : MEMASYARAKATKAN KRS MUSLEH
Tarikh & Hari : 21 – 24 Disember 2013 ( 4 hari 3 malam ) Sabtu – Selasa
Tempat : KEDA RESORT AND HOLIDAYS, Kampung Bendang Man, 08200, Sik, Kedah, Darul Aman.

Sunday, December 1, 2013

Kursus Pra-Kapten dan Pra-Leftenan 2013 (Batch 03)

Kursus Pra-Kapten dan Pra-Leftenan telah diadakan untuk kali ke-3 dan akan dijadikan sebagai salah satu kursus tahunan sehinggalah bilangan kapten dan leftenan mencukupi untuk menggerakkan aktiviti KRS Musleh peringkat pusat dan peringkat sekolah. Kursus yang telah di jalankan di sekitar Pulau Pangkor telah memberi kepuasan kepada semua peserta dan mereka telah berjaya mengikuti setiap aktiviti dengan penuh bersemangat dari awal pendaftaran di Masjid Lumut, kemudian menjalankan akitviti di Kem Raudhah, Telok Nipah, akhirnya aktiviti dan majlis penutup di Kem Telok Segadas. Semua aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jaya dan selamat.
Di antara aktiviti yang di jalankan dalam kursus ini ialah:
  • Latihan pengajaran dan pembelajaran (P&P) kawad kaki.
  • Latihan P&P kayak
  • Latihan P&P peta dan kompas serta pandu arah.
  • Latihan P&P repelling
  • Latihan P&P BaSeD (Basic Self Defense)
  • Latihan mencari dan menyelamat (search and rescue)
  • Mencipta permainan baru (team work game)

Saturday, June 8, 2013

KURSUS KEMAHIRAN 2013

2 - 5 Jun 2013
Pusat Pendidikan Al-Islah, Sg Petani.
Kursus Kemahiran Kawad, Based & Ilmu Perkhemahan
Kursus Pegawai Waran
Kursus Pegawai Pengurusan














Wednesday, October 17, 2012

PERNAS KRS MUSLEH 2012


Selamat datang ke PERNAS'12 yang akan diadakan pada 17-20 Disember 2012 di Dataran JPS Kuala Kangsar Perak Darul Ridwan. PERNAS'12 terbuka untuk semua anggota KRS MUSLEH Sekolah Menengah Rangkaian Ikram-MUSLEH dan Sekolah Rakan Ikram-MUSLEH.

Semua SMI diminta untuk menghantar sekurang-kurangnya satu platun (40 orang) syabab dan fatayat.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan, persembahan, lawatan dan pameran. Maklumat lanjut akan diposkan di dalam blog ini tidak lama lagi.

Wednesday, July 25, 2012

Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Kebangsaan

Kontinjen KRS MUSLEH seramai 36 orang anggota dan 3 orang pegawai telah menyertai Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Kebangsaan di Pusat Kokurikulum Malangang, Kiulu, Tuaran, Sabah. Kontinjen KRS MUSLEH telah bergabung dengan 15 kontinjen negeri/wilayah lagi yang turut sama dalam perkhemahan ini menjadikan jumlah penyertaan lebih 700 orang. Mereka bermula di SMI Al Amin Bangi pada 12 Julai 2012 dan berlepas ke Kota Kinabalu pada 13 Julai 2012. 

Program telah berlangsung sehingga 18 Julai 2012. Walaupun tidak mendapat hadiah dalam pertandingan kawad yang hanya satu2nya pertandingan antara kontinjen negeri tetapi mereka telah memberi komitmen dalam pasukan integrasi antara kontinjen dan memenangi berbagai hadiah dalam kategori putera dan puteri. Pengalaman berinteraksi dengan kaum2 lain khususnya dari Sabah dan Sarawak menjadi satu kenangan yg sukar dilupakan. 

Lebih mengembirakan apabila dalam ucapan aluan Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan JPN Sabah dalam majlis perasmian penutup, beliau melahirkan rasa gembira kerana Perkhemahan Perdana KRS kali ini dapat dilaksanakan buat kali pertama di Malaysia Timur dan lebih bermakna dengan penyertaan KRS MUSLEH, dan beliau meminta semua hadirin memberikan satu tepukan gemuruh untuk KRS MUSLEH. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah JPN Sabah, selaku Pengarah KRS Sabah dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah KRS Malaysia KPM, Penolong Pengarah KRS Malaysia serta tetamu jemputan.

Tahniah kpd wakil2 anggota KRS MUSLEH drpd SMART Tok Bedu, SMI Islah Sg Petani, SMAlHidayah Ipoh, SMI Hira' Jeram, SMIAAmin Gombak. SMIAAmin Bangi, MTAsSaidiyah Seremban, SMI Hidayah Johor, SMI Irsyad Kuantan, SMIAAmin Kemaman dan SMI Aman Kota Bharu. Terima kasih juga kpd Tuan Abd Rahaim Md Isa, Tuan Shahrinizam B. Mohd Amin dan Puan Sholihah Md Nor (SMIAman KB) yg turut serta menjayakan program ini.

Pertandingan antara kontinjen hanya kawad kaki, yang lain adalah pertandingan antara platun integrasi negeri2 spt ikatan, gajet, kembara, permainan tradisional, orienteering, ikhtiar hidup. Selain itu ialah lawatan ke muzium sabah, 1 borneo dan pasar kraftangan di Kota Kinabalu. 

Banyak pengalaman yang dapat diambil utk dibawa balik. Sebahagiannya utk diaplikasi, diubahsuai dan sebahagiannya perlu dibuat perubahan bagi memantapkan kredibiliti KRS sebagai wadah pembentukan peribadi dan kepimpinan pelajar.

Gambar kenangan


Saturday, June 2, 2012

LAPORAN KURSUS KEMAHIRAN, PEGAWAI WARAN DAN PEGAWAI PENGURUSAN KRS MUSLEH 2012


KURSUS KEMAHIRAN KAWAD/BASED/TALI TEMALI         : 28 – 31 MEI 2012
KURSUS PEGAWAI WARAN                                                  : 27 – 31 MEI 2012
KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN                                      : 28 – 31 MEI 2012

TEMPAT : PUSAT PENDIDIKAN AL ISLAH SG PETANI DAN LATA CHELAK BALING KEDAH

A.      KURSUS KEMAHIRAN KAWAD

Kursus selama 4 hari ini telah dihadiri seramai 40 orang anggota dan pegawai kadet pelbagai pangkat. Ketua jurulatih kawad iaitu Tuan Mejar KRS Saiful Jamsyir dibantu oleh beberapa orang jurulatih telah menggunakan sepenuhnya tempoh latihan untuk memantapkan kemahiran kawad kaki. Latihan dijalankan mengikut modul yang telah ditetapkan. Di antara modul latihan ialah :

Mengikut sukatan Tahap 1 SMI
Fokus :
a.       Mengetahui arahan
b.      Boleh membuat pergerakan individu dan pasukan
Mengikut sukatan Kenaikan Pangkat Sarjan SMI.
Fokus :
1.       Memberi hukuman dan membuat pergerakan individu
2.       Memberi hukuman kepada satu pasukan (seksyen dan platun)
Mengikut sukatan Kenaikan Pangkat Pegawai Waran.
Fokus :
1.       Boleh mengajar dan mampu membetulkan kesalahan
2.       Menjadi pembantu jurulatih

Peserta diuji bukan setakat ujian pergerakan dan memberi arahan tetapi juga ujian mengajar kawad (micro teaching). Selepas ujian akhir dijalankan, para peserta dianugerahkan sijil kemahiran kawad kaki mengikut pencapaian iaitu lulus, kepujian dan cemerlang.



B.      KURSUS KEMAHIRAN BASIC SELF DEFENCE (BaSeD)

Kursus kali ini telah disertai oleh seramai 69 orang peserta yang terdiri daripada anggota dan pegawai pelbagai pangkat. Para peserta sungguh bertuah kerana dapat belajar sendiri daripada Perunding dan Koreografer BaSeD iaitu Cikgu Mohd Khairi b Ab Rahman, PPN bekas pesilat Negara yang suatu ketika dahulu pernah bergelar Juara Silat Sedunia di Holland, 1990. Ketua Jurulatih kursus BaSeD ialah Tuan Mejar KRS Zaini Abd Rahman, Gurulatih BaSeD KRS MUSLEH. Latihan juga dibantu oleh jurulatih-jurulatih BaSeD yang terdiri daripada pegawai-pegawai KRS MUSLEH sendiri.

Kursus dijalankan mengikut tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. Modul Tahap 3 menggunakan tongkat rotan. Latihan agak keras kerana dijalankan siang dan malam serta diakhiri dengan ujian kemahiran pergerakan dan ujian mengajar (micro teaching). Peserta yang berjaya melepasi ujian-ujian yang ditetapkan dianugerahkan sijil dengan pencapaian lulus, kepujian dan cemerlang.

BaSeD
Mengikut sukatan BaSeD Tahap 1
Fokus :
1.       Mengetahui konsep dan pelaksanaan sukatan BaSeD
2.       Mengetahui dan menguasai senaman, pergerakan asas, elakguna dan gerak Tahap 1
3.       Penilaian – Ujian Tahap 1
Mengikut sukatan BaSeD Tahap 2
Fokus :
1.       Lulus ujian Tahap 1
2.       Mengetahui dan menguasai pergerakan asas, elakguna dan gerak Tahap 2
3.       Boleh mengajar dan membetulkan kesalahan
4.       Penilaian – Ujian Tahap 2
Mengikut sukatan BaSeD Tahap 3
Fokus :
1.       Lulus ujian Tahap 2
2.       Mengetahui dan menguasai pergerakan asas, elakguna dan gerak Tahap 3
3.       Boleh mengajar dan membetulkan kesalahan
4.       Penilaian - Ujian Tahap 3



C.      KURSUS KEMAHIRAN TALI TEMALI

Kursus yang dihadiri oleh seramai 35 orang peserta ini berjalan dengan lancar. Isimewanya kali ini kerana para peserta bukan hanya melakukan aktiviti di sekolah tetapi telah dibawa ke Lata Chelak Baling untuk berinteraksi dengan alam. Penggunaan kemahiran ikatan dibuat dalam suasana yang sebenar.

TALI TEMALI
Mengikut sukatan Modul 1 SMI
Fokus :
1.       Simpulan dan ikatan
2.       Menghasilkan gajet
a.       Tripod
b.      Rak dapur
c.       Ampaian
d.      Menara kawalan
3.       Penilaian
Mengikut sukatan Modul Tahap 2 SMI
Fokus :
1.       Simpulan dan ikatan
2.       3 jenis jambatan
3.       Flying fox aras rendah
4.       Penilaian

Mengikut sukatan Modul Tahap 3 SMI
Fokus :
1.       Simpulan dan ikatan
2.       Boleh melakukan Ascending & Discending
3.       Aplikasi A&D
4.       Boleh membantu melatih untuk Modul 1 dan 2
5.       Penilaian


Bagi aktiviti aras tinggi, peserta dapat mendalami kemahiran tali temali daripada jurulatih BOMBA yang dedikasi. Walaupun sekadar menggunakan bangunan setinggi 3 tingkat untuk aktiviti ini namun cukup menguja keberanian para peserta. Ujian akhir ialah ujian mengajar (pengajaran mikro). Kursus ini diketuai oleh Tuan Mejar KRSM Soleh b Senafi dibantu oleh Puan Mejar KRSM Wardah bt Saari.



D.      KURSUS PEGAWAI WARAN

Seramai 20 orang Staf Sarjan KRS MUSLEH telah terpilih untuk mengikuti kursus ini. Mereka telah mengikuti kursus ini selama 5 hari di mana 2 hari berkursus di sekolah dan 3 hari lagi berkursus di luar iaitu Lata Chelak Baling. Modul kursus memberi penekanan kepada kemahiran pengurusan organisasi dan ujian kemahiran mengajar bagi  beberapa kemahiran utama seperti kawad kaki dan BaSeD.

Antara aktiviti yang paling menarik dan mencabar ialah XPDC dari Sekolah Al Islah Sg Petani ke Lata Chelak melalui beberapa tugasan seperti mengkaji maklumat tanaman herba di pasar pagi, berdakwah kepada non-Muslim, menaiki bas dan teksi sebelum sampai ke destinasi. Di sana mereka dikehendaki menjalani aktiviti solo camping, public speaking dan sebagainya.

Kursus ini diketuai oleh Tuan Mejar KRSM Harun b Yaakob dibantu oleh Sekretariat KRS MUSLEH.



E.       KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN

Peserta kursus seramai 12 orang terdiri daripada Guru Besar, Pengetua dan Penolong Kanan Ko Kurikulum/Tarbiah berjaya melalui tempoh kursus selama 4 hari dengan 2 hari aktiviti dalaman dan 2 hari lagi untuk aktiviti luaran. Kursus dikendalikan sendiri oleh Sekretariat KRS MUSLEH yang diketuai oleh Tuan Mejar KRSM Abd Rahaim b Md Isa.

Menjadi seorang komandan bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, bukan sekadar hanya memakai pakaian khas nombor 2 sahaja tetapi dibahu mereka terletaknya kunci kelancaran dan kejayaan pelaksanaan aktiviti KRS MUSLEH di sekolah masing-masing. Selain daripada teori, mereka juga didedahkan dengan suasana perkhemahan dan memasak di hutan.



PENUTUP

Ucapan Penutup telah disampaikan oleh Tuan Shahrinizam b Mohd Amin selaku Penasihat KRS MUSLEH merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM). Majlis pentauliahan pangkat dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Abd Rahaim Md Isa, Pengerusi JK Induk KRS MUSLEH merangkap Pengerusi KRS MUSLEH. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Hasan Al Banna, Pusat Pendidikan Al Islah Sg Petani.

Tarbiah merupakan unsur utama di dalam apajua aktivisme KRS MUSLEH. Maka para pegawai di sekolah haruslah memainkan peranan yang penting di dalam merancang dan menyusun aktiviti. KRS MUSLEH bukan hanya pasukan berpakaian seragam dan melakukan aktiviti bersifat fizikal semata-mata tetapi di dalam setiap kemahiran itu adanya unsur-unsur tarbawi yang perlu disepadukan secara terancang dan berkesan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan JK Pengendali kursus ini yang terdiri daripada pegawai latihan pelbagai pangkat dibantu oleh bekas anggota KRSM yang kini menyambung pelajaran di IPTA.

Saturday, May 5, 2012

KURSUS- KURSUS CUTI MEI 2012


KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN, ILMU KEMAHIRAN DAN PEGAWAI WARAN
KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH
 
 
Assalamualaikum wbr, ikhwah/wat Lembaga/Pengetua dan Guru Besar yang dimuliakan,
 
InsyaALLAH cuti bulan Mei nanti akan diadakan beberapa kursus yang berkaitan dengan pengurusan, guru dan pelajar. Cuma yang berbeza pada tahun ini, kursus akan diadakan mengikut tahap. Khusus untuk kursus kemahiran sahaja, satu placement test akan diadakan pada hari pertama kursus bagi meletakkan para peserta mengikut tahap kemahiran masing-masing.
 
Pada tahun ini, kursus kemahiran yang akan diadakan ialah seperti berikut ;
 
A) Kursus Pegawai Pengurusan Tunas KRS/KRS MUSLEH
 
    Tarikh   : 28hb - 31hb Mei 2012 (4 H 3 MLM)
    Tempat :  Pusat Pendidikan Al Islah Sg Petani dan Lata Celak Baling Kedah
 
    Sasaran : 
    1. Pengetua/Guru Besar SRI-SMI dan Sekolah Rakan Musleh 
    2. PK KoKurikulum/Tarbiah/Pemb.Sahsiah (TKRSM/KRSM dibawah t/jwabnya)
 
B) Kursus Kemahiran 
 
1. Kawad Tahap 1,2 dan 3
2. BaSeD Tahap 1,2 dan 3
3. Tali Temali Aras Rendah dan Aras Tinggi 
 
    Tarikh  : 28hb - 31hb Mei 2012 (4 H 3 MLM)
    Tempat : Pusat Pendidikan Al Islah Sg Petani dan Lata Celak Baling Kedah (Tali temali)
 
Sasaran :
  1. Guru yang mengajar kemahiran2 berkenaan.
  2. Terbuka kepada semua pegawai berpangkat dan tidak berpangkat.
  3. Pelajar yang berpangkat Lans Kopral ke atas dan sehat tubuh badan.
  4. Guru dan pelajar yang telah mengikuti kursus Kawad/BaSeD sebelum ini.
  5. Guru yang telah mengikuti Kursus Fast Track Mac 2012.
  6. Bagi kursus Tali Temali, peserta mestilah tidak gayat di aras tinggi.
 
 C) Kursus Pegawai Waran
 
   Tarikh  : 27hb - 31hb Mei 2012 (5 H 4 MLM)
   Tempat : Pusat Pendidikan Al Islah Sg Petani dan Lata Celak Baling Kedah
 
Sasaran :
  1. Telah ditauliahkan sebagai Staf Sarjan KRS MUSLEH tahun 2011 dan ke bawah.
  2. Bagi Staf Sarjan yang baru ditauliahkan pada Mac 2012, penyertaan dibuka hanya untuk pelajar yang
      memegang jawatan sebagai Ketua/Timb Syabab (Amir) dan Ketua/Timb Fatayat sahaja.
 
AMBIL PERHATIAN 
 
1. MASA PENDAFTARAN IALAH PADA JAM 8.30 PG - 9.30 PG
          a. Pegawai Waran  27 Mei 2012.
          b. Kursus Kemahiran & Pegawai Pengurusan  28 Mei 2012. 
2. SEORANG PESERTA HANYA BOLEH MENGIKUTI SATU KURSUS SAHAJA.
3. SARAPAN TIDAK DISEDIAKAN.(pada hari pendaftaran)
4. SEMUA PESERTA DIKEHENDAKI MEMBAWA T-SHIRT KRS MUSLEH DAN SERAGAM NO.3@NO.4 BAGI PELAJAR/GURU.
7. SEMUA PEGAWAI PENGURUSAN DIKEHENDAKI MEMBAWA T-SHIRT KRS MUSLEH DAN SERAGAM NO.2.
8. KHUSUS BAGI PESERTA KURSUS BASED, DIKEHENDAKI MEMBAWA SELUAR SILAT BERWARNA HITAM. JIKA TIDAK ADA, SELUAR ADA DIJUAL DENGAN HARGA RM40 SEHELAI. PESERTA DIGALAKKAN MEMBUAT TEMPAHAN AWAL SEBELUM 14 HB MEI 2012 KPD TUAN MEJAR KRS ZAINI ABD RAHMAN(0132023159).
9. KHUSUS BAGI PESERTA KURSUS TALI TEMALI, DIKEHENDAKI MEMBAWA TALI NYLON BERUKURAN 4 METER PANJANG. 
10. PESERTA DIGALAKKAN MEMBAWA KASUT SUKAN, LAPIK TIDUR (gulung: warna biru) @ beg tidur (sleeping bag), BANTAL
11. KHUSUS BAGI PESERTA KURSUS KAWAD, DIKEHENDAKI MEMAKAI KASUT KAWAD.
 
Sekian dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.
 
SEKRETARIAT KRS MUSLEH

* Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha KRS MUSLEH, Mejar KRS Shahrinizam (0134818252) atau emailkan kpd sma_71@yahoo.com. 

Tuesday, March 27, 2012

Kursus Kenaikan Pangkat 2012


Assalamu'alaikum.......

Alhamdulillah, Kursus Kenaikan Pangkat KRS MUSLEH pada tahun 2012 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kursus untuk kenaikan pangkat sarjan tunas, sarjan dan staf sarjan serta leftenan Muda untuk guru-guru sekolah rangkaian MUSLEH dan guru-guru sekolah rakan MUSLEH.

Tarikh Kursus: 11 - 15 Mac 2012
Tempat: Amir Chalet, Kg Baru, Lumut, Perak

Pada tahun ini peserta kursus telah bertambah dengan penambahan yang luar biasa menjadikan jumlah peserta untuk 4 kategori (sarjan tunas, sarjan, staf sarjan, dan leftenan muda) seramai 572 orang. Jika ditambah dengan guru pengiring dan urusetia program dianggarkan lebih dari 600 orang berkumpul di tempat program. Oleh kerana penambahan yang luar biasa, pihak penganjur telah menambah tempat aktiviti seperti di Kem PLKN dan sekolah kebangsaan.

Alhamdulillah....... Walaupun bilangan peserta yang ramai dan tidak seimbang dengan bilangan urusetia namun jutaan syukur kehadrat Allah yang telah memudahkan perjalanan kursus ini dengan dibantu oleh semua pegawai-pegawai yang berdedikasi sebagai urusetia serta bekas-bekas anggota/pelajar dari sekolah-sekolah rangkaian MUSLEH.

Semoga kita semua, guru dan pelajar sekolah-sekolah Musleh dan sekolah-sekolah rakan Musleh dapat berganding bahu melatih dan membina kepimpinan pelajar melalui pengalaman bersama KRS MUSLEH dan seterusnya menjadikan KRS MUSLEH sebagai wadah tarbiyyah dan dakwah kepada masyarakat.

Wassalamu'alaikum .....