Monday, October 20, 2008

TAHNIAH KEPADA KONTINJEN KRSM KE JOTA/JOTI

KAWAN-KAWAN. Alhamdulillah, JOTA JOTI dah selesai. Banyak perkara yang kita belajar, banyak perkara yang kita dapat, banyak perkara yang kita pelajari. Apa pun kita tidak berteori semata-mata dalam dakwah. Kita mula memahami medan sebenar dakwah ini. Pelajar kita perlu kepada pendedahan yang meluas dalam dakwah. Antara perkara yang ingin dikongsi bersama:-

1 Kepelbagaian xtvt semasa jambori - tidak fokus kepada kemahiran sahaja.
2 Pelbagaikan medan komunikasi untuk berdakwah.
3 Memahami ragam manusia (mad'u) di luar daripada kepompong kita.
4 Menyedari bahawa dakwah MESTI BERTERUSAN WALAU DI MANA DAN BAGAIMANA KEADAAN PUN.

Medan yang terbuka dan peluang kepada KRSM :

1 Mengisi program tazkirah subuh dan magrib
2 Memenangi pertandingan 'paint ball' - tempat pertama lelaki
3 berinteraksi dengan non muslim

Tahniah kontinjen KRSM.

Thursday, October 16, 2008

KURSUS PEMANTAPAN & KEJURULATIHAN Basic Self Defence(BaSeD)

Insya Allah pada 17 - 20 November, pihak sekretariat akan menganjurkan Kursus Pemantapan dan Kejurulatihan BaSeD di Kompleks Rakan Muda, Sementa, Klang. Penyertaan adalah terbuka kepada:

a. pegawai - pemantapan BaSeD Level 1 & pendedahan Level 2
b. kadet - pemantapan BaSeD Level 1 & 2

Kemahiran BaSeD adalah merupakan niche utama KRS MUSLEH. Oleh itu marilah kita bersama-sama memantapkan kemahiran ini, insya allah.

TAKLIMAT PELAKSANAAN KRS/TKRS MUSLEH 2009

Insya Allah pada 17 November 2008, taklimat pelaksanaan KRS/TKRS MUSLEH akan diadakan di Kompleks Rakan Muda, Sementa, Kelang. Kepada PK KO-KU/HEM/HEP/PSP dan/atau pegawai penyelaras KRS/TKRS MUSLEH sekolah dijemput hadir. (Surat jemputan akan menyusul.)

PERKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS) 08

Insya Allah pada 16 - 19 Disember 2008, pihak sekretariat KRS MUSLEH akan menganjurkan Perkhemahan Nasional (PERNAS)08 di Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Penyertaan dianggarkan 400 orang yang terdiri daripada sekolah-sekolah rangkaian MUSLEH, sekolah pilihan RAPI dan sekitar Negeri Sembilan. Antara aktiviti dan pertandingan yang akan diadakan ialah:
I. Kem kraf
2. Reka cipta
3. Kebudayaan
4. Rentas halangan
5. Ikhtiar hidup
6. Pengucapan awam
7. Ziarah
8. Khidmat masyarakat
9. Ceramah
10. BaSeD
a. Ukhuwah fillah
b. Adat pepatih minangkabau
c. Ternakan tenusu
d. Penanaman padi
makluman lanjut sila dapatkan daripada pihak sekolah atau terus hubungi pihak sekretariat melalui email krsmusleh@yahoo.com.

penyertaan diberi keutamaan kepada pelajar tingkatan 4 & 5.

JAMBOREE DI UDARA PENGAKAP ANTARABANGSA (JOTA) KE 51

Alhamdulillah, pada 17 - 19 Oktober 2008 seramai 17 kadet dan 6 orang pegawai KRS MUSLEH akan menghadiri Jamboree Di Udara Pengakap Antarabangsa (JOTA) ke 51 di Kem Pengakap Labu, Negeri 9. Semoga penyertaan ini akan memberi pengalaman yang berharga kepada para peserta. Terima kasih kepada Unit Ko-Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan kerana sudi menjemput kita sebagai peserta.

Tuesday, October 7, 2008

RENUNGAN

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. · Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."