Tuesday, November 23, 2021

SURAT KEBENARAN PENGLIBATAN PEGAWAI MENYERTAI 50KM KRS RUNNING CHALLENGE

     Berikut dilampirkan surat kebenaran penglibatan pegawai pendidikan / guru pasukan beruniform sekolah-sekolah KPM untuk program 50KM KRS RUNNING CHALLENGE.





SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN 50KM KRS RUNNING CHALLENGE

KONSEP  LARIAN

Larian 50 KM KRS RUNNING CHALLENGE ini ialah larian maya yang boleh dibuat secara bertahap atau sekaligus dalam masa yang ditetapkan sama ada secara individu atau berkumpulan di tempat masing - masing.

SYARAT - SYARAT LARIAN

1. Semua larian hendaklah direkod menggunakan aplikasi STRAVA. Bagi peserta yang belum mempunyai aplikasi tersebut hendaklah muat turun ke dalam telefon bimbit masing masing. Hanya PAUTAN  STRAVA (link) bagi setiap larian yang dibuat sahaja yang perlu dihantar, bukan TANGKAPAN SKRIN (Screen Shot)

2. Masa maksimum yang ditetapkan ialah selama 10 hari (Dalam tempoh 20 - 29 Disember 2021 sahaja)

3. Peserta yang tidak dapat menghabiskan jarak larian dalam tempoh yang ditetapkan dikira sebagai tidak menghabiskan larian (DNF = Did Not Finished) dan dikategorikan sebagai TIDAK BERJAYA.

5. Peserta yang membuat larian sama ada lebih awal atau lebih lewat (di luar) dari tempoh yang ditetapkan juga akan dikira sebagai Tidak Memulakan Larian ( DNS = Did Not Started) dan dikategorikan sebagai TIDAK BERJAYA.

6. Pemenang dikira berdasarkan jumlah masa terpantas yang diambil untuk keseluruhan jarak 50KM bagi setiap kategori.

7. Larian menggunakan treadmill adalah TIDAK DIBENARKAN.

8. Jarak minimum larian yang diterima bagi setiap Link yang dihantar adalah 3KM. Jarak yang kurang tidak akan dikira atau dimasukkan ke dalam sistem pengiraan.

9. Semua rekod yang dihantar melalui Strava tidak boleh di edit sama sekali. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan dengan serta merta jika didapati berbuat demikian.

10. Hanya rekod larian sendiri sahaja yang dihantar, bukan menghantar / menggunakan rekod larian orang lain. Pembatalan. penyertaan juga akan dibuat jika didapati peserta melakukan perkara tersebut


SYARAT PENYERTAAN BERKUMPULAN

1. Bagi kategori berkumpulan, satu kumpulan WAJIB terdiri dari 3 ORANG yang sama jantina.  Jarak 50KM perlu dihabiskan dalam tempoh yang sama dan boleh berkongsi pembahagian jarak tersebut sesama ahli dalam kumpulan mengikut strategi kumpulan masing – masing.

2. Sila cipta satu nama kumpulan bagi memudahkan pihak penganjur membuat kiraan KM dan jumlah masa bagi setiap ahli dalam kumpulan tersebut. Pastikan juga nama ini adalah sama dengan ahli kumpulan masing masing semasa membuat pendaftaran.

3. DIGALAKKAN setiap kumpulan terdiri dari pegawai dalam pasukan beruniform yang sama.

4. Nama kumpulan yang dicipta hendaklah tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan politik serta tidak menggambarkan sebarang nama berbentuk ekstrimis.

5. Penganjur berhak minta peserta untuk mengubah jika terdapat nama yang sama dengan kumpulan lain.

Monday, November 15, 2021

50KM KRS RUNNING CHALLENGE

"ANDA BERUSIA 25 TAHUN KEATAS YANG SUKA LARIAN?"

"ANDA PENDIDIK ATAU ANGGOTA BADAN BERUNIFORM YANG MINAT LARIAN?"

 "ANDA BOSAN LARIAN TREK PENDEK?"

"ANDA MINAT BERLARI TREK PANJANG TAPI TAK MAMPU BUAT SECARA INDIVIDU?"


-BACA POSTING NI SAMPAI HABIS!-

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog kami. Berita menarik buat peminat acara larian trek panjang! Kali ini istimewa buat pasukan badan beruniform. Samada anda Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Malaysia, ST John Ambulance, Kadet Bomba, mana-mana Persatuan Seni Bela Diri atau apa sahaja badan beruniform di Malaysia larian ini TERBUKA UNTUK ANDA!

    Sekretariat KRS Musleh dengan kerjasama PERSATUAN KHIDMAT RAKAN SETIA MALAYSIA (PKRSM) menganjurkan 50KM KRS RUNNING CHALLENGE buat anda yang bergelar pegawai di dalam mana-mana badan beruniform di seluruh negara. Larian ini boleh dibuat secara individu ataupun secara berkumpulan (wajib 3 orang satu kumpulan).

    Syarat larian adalah perlu habiskan dalam tempoh 10 hari samada secara individu ataupun berkumpulan. Jika secara berkumpulan, anda boleh bahagikan diantara ahli untuk tamatkan 50km/kumpulan.

    Hadiah menarik buat peserta paling pantas tamatkan larian akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah KESELURUHAN RM6,800. 

    Apa lagi yang menarik selain hadiah? Larian ini dapat sokongan dari KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Bahagian Sukan, Kesenian dan Kokurikulum). Menarik kan?! Nantikan tarikh pendaftaran pada 1 Disember 2021 ini. Tapi sekarang ni nak buat apa selain tunggu tarikh pendaftaran? Sebarkan dan ajak kawan-kawan satu pasukan untuk sertai.

    

    Berikut adalah maklumat-maklumat mengenai larian ini.

Poster Utama

       Berikut adalah poster carta size sebagai rujukan untuk pemilihan saiz baju:

Size Chart

    Bukan setakat hadiah buat pemenang yang menghantar rekord larian paling pantas sahaja disediakan, terdapat juga hadiah cabutan bertuah yang menarik seperti percutian 2 hari 1 malam (untuk dua orang) dan hadiah-hadiah lain yang menarik berjumlah keseluruhan RM10,000.

Cabutan Bertuah

    

    UNTUK BERDAFTAR SILA KLIK DISINI (akan dibuka pada 1 Disember 2021). Sebarang pertanyaan sila hubungi Kapten Rofazlin bin Jusoh (011-32065873)

Ayuh sertai dan ajak pasukan anda!


IMBAS QR CODE UNTUK MAKLUMAT LAIN ATAU KLIK PAUTAN:

https://mylink.la/sekrkrsmusleh/

Tuesday, November 2, 2021

TAHNIAH PEMENANG R-MISTAC 2021

      Alhamdulillah R-Mistac 2021 telah tamat dengan jayanya pada 30 Oktober 2021 jam 8 malam. Dan keputusan rasmi telah dikeluarkan.

    Ditayangkan nama-nama pemenang Pertandingan R-Mistac 2021 yang telah berlangsung secara maya dengan penglibatan dari empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.


Video juga boleh ditonton disini

    Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat. Semoga kita terus berentap dan bersaing dalam acara memanah tradisional ini pada masa akan datang.     Berikut beberapa foto sepanjang pertandingan dijalankan yang telah dikongsikan oleh peserta R-Mistac 2021










    Turut boleh ditonton montaj pembukaan dan perasmian R-Mistac 2021 disini. Juga boleh tonton kembali video Majlis Pembukaan dan Perasmian R-MIstac 2021di Youtube Channel KRSMedia. Ketahui aktiviti-aktiviti MeTra akan datang di FACEBOOK PAGE rasmi.