Showing posts with label PRINT. Show all posts
Showing posts with label PRINT. Show all posts

Saturday, September 30, 2017

MESYUARAT AJK INDUK PRINT '17



KUALA KUBU BHARU, 30 September - Seramai 32 Pegawai KRS MUSLEH telah menghadiri Mesyuarat JK Induk Perkhemahan International KRS MUSLEH (PRINT '17) kali ketiga di Kem Bina Semangat, Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu. Selain dari membuat perbincangan mengikut bahagian tugas masing-masing, semua pegawai turut membuat lawatan tapak sambil diberi penerangan perancangan kawasan aktiviti oleh Mejar KRSM Zaini, Mejar KRSM Soleh dan Mejar KRSM Abd Rahaim. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Mejar KRSM Abd Rahaim, Pengerusi KRS MUSLEH.

Wednesday, November 12, 2014

AJK PRINT 2014

Sebahagian dari Ajk PRINT 2014 bergambar kenangan selepas mesyuarat di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru.

LOKASI PRINT 2014


Friday, February 10, 2012

PRINT'11 DITUTUP GILANG-GEMILANG



KUALA PILAH – Buat kali keduanya Perkhemahaan Internasional 2011 (PRINT ’11) telah diadakan oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH dengan penyertaan peserta Malaysia, Indonesia dan Thailand yang berlangsung pada 21 hingga 24 Disember 2011 di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

SRI-SMI MUSLEH yang mewakili 13 buah SRI dan 13 buah SMI mempunyai seramai 720 orang peserta mewakili Malaysia ke PRINT '11 ini. Kali ini penyertaan jemputan antarabangsa sungguh memberangsangkan dengan kehadiran wakil 6 buah sekolah di bawah Jaringan Sekolah Bestari As-Salam, Thailand dan 13 buah sekolah di bawah Jaringan Sekolah Islam Terpadu Indonesia (JSIT).

Buat kali pertama menyertai pasukan uniform Luk Se (Anak Harimau) dari Jaringan Sekolah Bestari As-Salam Thailand telah menghantar seramai 51 orang pelajar dengan enam orang guru pengiringnya berbanding hanya 7 orang pelajar pada PRINT '09. Begitu juga daripada negara Indonesia seramai 133 orang pelajar dan 35 orang guru pengiring serta pegawai berbanding hanya 80 orang pelajar pada PRINT '09. Sekalung tahniah diucapkan kepada jemputan antarabangsa atas komitmen dalam PRINT '11 kali ini.

Antara acara yang disusun ialah pertandingan antara sekolah iaitu Kem Kraf, Basic Self Defence (BaSeD) dan Bantu Mula. Acara Persembahan Kebudayaan cukup menghiburkan lebih-lebih lagi oleh jemputan antarabangsa. Acara Obrace (Merentas Halangan) menggabungkan tiga buah negara sebagai salah satu aktivti integrasi internasional. Selain itu aktiviti berpengkalan iaitu Melawat Taman Ular, Taman Herba dan Mengenali Pokok-pokok Hutan turut diadakan.

Ziarah sekampung mengeratkan ikatan ukhuwwah di antara para peserta dan guru. Senaman pagi pula telah dikendalikan oleh Pramuka JSIT yang terkenal dengan Senam Nusantara dan Luk Se Thailand dengan senaman Muay Thai. Malam kemuncak ialah Malam Kebudayaan yang dijayakan bersama oleh Muadz dan UNIC disusuli dengan Qiam Perdana pada sebelah awal paginya.

Seramai 246 orang pelajar Syabab dan Fatayat SMI termasuk jemputan antarabangsa berjaya dalam pendakian Gunung Angsi walaupun cuaca agak kurang baik sepanjang program perkhemahan ini namun cukup mengujakan. Uniknya, keseluruhan acara program ini dijalankan secara berasingan antara lelaki dan perempuan kecuali majlis penutup sahaja diadakan bersama.

PRINT '11 kali ini mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pihak Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Hospital Kuala Pilah. Kehadiran Dr Wan Ariffin Wan Hussin selaku wakil Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian turut sama memeriahkan majlis penutup ini.

Program ini turut dilawati oleh pegawai KRS Negeri Sembilan, Pengerusi MGBSIM, Ketua Pegawai Eksekutif As-Saidiyyah dan Ustaz Sheikh Mohsin Sheikh Ahmad, Pengetua Maahad Tahfiz As-Saidiyyah (MTAS).

Majlis Perasmian Penutup PRINT '11 telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad. Prof Dr Omar Yaakob juga turut hadir memberikan semangat bagi pihak Jawatankuasa Pendidikan IKRAM dan Ust Megat Mohd Amin selaku Penaung KRS MUSLEH. Dalam ucapan penutup tersebut, Dr Parid sangat mengharapkan agar generasi muda ini akan mampu membawa perubahan kepada dunia seluruhnya melalui usaha-usaha pendidikan di seluruh pelusuk negara dan dunia.

Ucapan penutup juga turut disampaikan oleh Pengerusi KRS MUSLEH dan wakil Jaringan Sekolah Bestari As-Salam Thailand, Ust Mohd Rosid Mohamed serta Dr Sukro Abd Wahab, Ketua Umum Jaringan Sekolah Islam Terpadu. Turut hadir juga ialah YDP IKRAM Selangor, Pengerusi JK Pendidikan Selangor, Ahli Lembaga Pengarah MUSLEH, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, JK Induk KRS MUSLEH, Pengetua dan Guru Besar SRI-SMI MUSLEH.

Sekalung tahniah, sejambak doa buat semua yang telah menjayakan PRINT'11. Setinggi penghargaan perlu diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pengarah, Lembaga Pengelola dan Pengurusan Maahad Tahfiz As-Saidiyyah yang menjadi tuan rumah kepada tetamu luar negara dan juga Jawatankuasa Pelaksana PRINT '11 sebelum bergerak ke tapak Ulu Bendul. Semoga perkhemahan ini diberkati dan selamat bertemu lagi dalam PRINT '13, insya Allah dengan perhimpunan yang lebih besar.

Monday, August 22, 2011

LAWATAN TAPAK PERKHEMAHAN INTERNASIONAL 2011 (PRINT '11)



Perkhemahan Nasional 2011, Insya Allah akan diadakan pada 21 - 24 Disember 2011. Lokasi yang dikenal pasti untuk perkhemahan kali ini ialah di Kem Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Alhamdulillah pada 11 Ogos yang lalu 5 orang sekretariat KRS MUSLEH diketuai Tuan Abdul Rahaim telah berkunjung ke tapak perkhemahan tersebut.



Thursday, December 24, 2009

PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH - PRINT 2009





HULU YAM (Selangor), 22 Disember - Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah-Musleh 2009 (PRINT ’ 09) di The Woods Resort dekat sini berjaya menghimpunkan 1200 orang pelajar dari negara-negara serantau. Perkhemahan yang berlangsung dari 21 hingga 24 Disember ini bertujuan merapatkan ukhuwah dan membina kemahiran serta ketahanan jati diri pelajar dalam usaha membangunkan modal insan yang seimbang dan berperibadi mulia seperti dituntut oleh agama Islam, demikian menurut satu siaran media yang dikeluarkan oleh Musleh.

Sunday, October 25, 2009

PERKEMBANGAN PRINT'09

Alhamdulillah persediaan sedang berjalan di mana baru-baru ini JK Pelaksana PRINT'09 telah mengadakan mesyuarat kali kedua yang turut dihadiri oleh kedua-dua Penasihat KRS MUSLEH iaitu Pengerusi JK Tarbiah MUSLEH dan Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) di The Woods Ulu Yam. Semua sekolah SRI-SMI MUSLEH sudah mula membuat pendaftaran peserta. Sekolah-sekolah di bawah Rangkaian Pendidikan Islam (RAPI) dan Internasional Centre for Excellence Education (ICEE) juga dijemput untuk menjayakan program kali ini. Mudah2an segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan mendapat pertolongan Allah SWT. Semua sekolah yang belum menghantar senarai peserta dikehendaki mengambil tindakan segera sebelum 15 November 2009. Senarai tersebut hendaklah diemail ke krsmusleh@yahoo.com dan satu senarai ke pejabat MUSLEH bersama bank in slip pembayaran yuran. Marilah kita jayakan program yang gilang gemilang ini. Maklumat lanjut perkembangan PRINT'09 akan dipaparkan di dalam blog PRINT'09 (sedang dikemaskini).
~ Satu Rumpun Satu Matlamat ~

Thursday, August 20, 2009

PENDAFTARAN PRINT '09

Assalamualaikum wbr, alhamdulillah JK Induk dan JK Pelaksana PRINT '09 telah mengadakan mesyuarat sebagai persediaan untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan. Program ini melibatkan penyertaan dari unit pakaian seragam sekolah-sekolah luar negara. Blog PRINT'09 akan dibuka tidak lama lagi untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang pendaftaran pasukan, keperluan, pertandingan dan lain-lain lagi. Sementara itu beberapa maklumat awal diperturunkan di sini untuk tindakan awal:

Monday, July 20, 2009

MESYUARAT PRINT 09


Assalamualaikum W.B.T
Bermula 19 hb Julai hingga 20 hb Julai 2009, Telah berlangsungnya beberapa mesyuarat penting di Pejabat MUSLEH Taman Melawati Kuala Lumpur. Mesyuarat pada 19 hb melibatkan AJK Induk PRINT '09 dan disambung pula dengan mesyuarat Sekretariat KRS MUSLEH yang berakhir pada jam 6.30 Petang. Pada 20 hb Julai pula telah berlangsung pula mesyuarat AJK Pelaksana PRINT'09. Moderator juga ada bersama.

Ketika post ini ditulis mesyuarat ini seda
ng berlangsung. Serba sedikit maklumat setakat ini jam 9:45 pg berkaitan PRINT'09 ini ialah, nama penuh bagi perkhemahan ini adalah PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH, Walaupun dinamakan Nasional, namun penglibatan adalah daripada rakan-rakan di negara-negara lain sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini. Temanya ialah SATU RUMPUN SATU MATLAMAT. Lokasi PRINT'09 adalah kekal di WOODs RESORT ULU YAM, Selangor. Maklumat lain akan dimaklumkan kemudian.

Monday, May 18, 2009

LAWATAN TAPAK PRINT '09


Assalamualaikum W.B.T

Pertama sekali saya mengucapkan jutaan kemaafan kerana bloq ini dah lama tak di kemas kini. buat pengetahuan semua bloq KRSM ini sedang di baik pulih. Baru siap 60%. insyaallah akan ada beberapa perubahan nanti.

Baru-baru ini pihak sakateriat KRSM, Tuan Rahaim, Tuan Azrul,Tuan Zolkifli dan Tuan Nizam telah melakukan tinjauan ketapak cadangan untuk mengadakan perkhemahan Internasional KRSM 2009 " PRINT '09 ". perkhemahan ini dicadangkan akan dilaksanakan pada bulan Disember nanti yang akan melibatkan beberapa negara luar seperti Indonesia dan Thailand.