Showing posts with label pengakap. Show all posts
Showing posts with label pengakap. Show all posts

Thursday, February 17, 2022

Lawatan Muhibbah KRS Musleh ke Persekutuan Pengakap Malaysia



Lawatan muhibbah ke Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), KL. Foto bersama CEO PPM, Timbalan Ketua Persekutuan Pengakap Malaysia dan Pengarah Persekutuan Pengakap Malaysia.

    Pada 16 Februari 2022, Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) yang diwakili oleh sekretariat KRSM iaitu Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa (Pengerusi KRSM), Mejar KRSM Zaini Abdul Rahman, Kapten KRSM Rofazlin Jusoh dan wakil KRSMedia Leftenan Muda KRSM Mohammad Athif Zainal Arifin telah mengadakan lawatan Muhibbah ke Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Pengerusi KRSMedia menunjukkan buku 10 tahun KRSM kepada CEO PPM  yang telah diterbitkan

    Misi untuk membuka laluan kerjasama strategik demi kepentingan anak murid melalui kolabrasi nasional dan antarabangsa. Sesuatu yang amat mengejutkan ialah sejak dulu hingga kini, belum ada pasukan uniform lain yang datang untuk mengadakan hubungan dua hala melainkan KRS Musleh. Pengakap dan KRS dilihat sebagai "musuh tradisi" antara pasukan beruniform di Malaysia. Dengan lawatan ini, sedikit sebanyak dapat meleraikan persepsi negatif dari pandangan mereka. Alhamdulillah.

 

    Banyak perkara-perkara baru yang dapat dipelajari daripada kedua-dua pihak. Doakan semoga perhubungan ini akan berterusan dan menjadi noktah bidayah kepada kerjasama startegik pada masa depan. 

Pengerusi KRSM menyampaikan cenderahati kepada CEO PPM

Monday, November 15, 2021

50KM KRS RUNNING CHALLENGE

"ANDA BERUSIA 25 TAHUN KEATAS YANG SUKA LARIAN?"

"ANDA PENDIDIK ATAU ANGGOTA BADAN BERUNIFORM YANG MINAT LARIAN?"

 "ANDA BOSAN LARIAN TREK PENDEK?"

"ANDA MINAT BERLARI TREK PANJANG TAPI TAK MAMPU BUAT SECARA INDIVIDU?"


-BACA POSTING NI SAMPAI HABIS!-

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog kami. Berita menarik buat peminat acara larian trek panjang! Kali ini istimewa buat pasukan badan beruniform. Samada anda Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Malaysia, ST John Ambulance, Kadet Bomba, mana-mana Persatuan Seni Bela Diri atau apa sahaja badan beruniform di Malaysia larian ini TERBUKA UNTUK ANDA!

    Sekretariat KRS Musleh dengan kerjasama PERSATUAN KHIDMAT RAKAN SETIA MALAYSIA (PKRSM) menganjurkan 50KM KRS RUNNING CHALLENGE buat anda yang bergelar pegawai di dalam mana-mana badan beruniform di seluruh negara. Larian ini boleh dibuat secara individu ataupun secara berkumpulan (wajib 3 orang satu kumpulan).

    Syarat larian adalah perlu habiskan dalam tempoh 10 hari samada secara individu ataupun berkumpulan. Jika secara berkumpulan, anda boleh bahagikan diantara ahli untuk tamatkan 50km/kumpulan.

    Hadiah menarik buat peserta paling pantas tamatkan larian akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah KESELURUHAN RM6,800. 

    Apa lagi yang menarik selain hadiah? Larian ini dapat sokongan dari KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Bahagian Sukan, Kesenian dan Kokurikulum). Menarik kan?! Nantikan tarikh pendaftaran pada 1 Disember 2021 ini. Tapi sekarang ni nak buat apa selain tunggu tarikh pendaftaran? Sebarkan dan ajak kawan-kawan satu pasukan untuk sertai.

    

    Berikut adalah maklumat-maklumat mengenai larian ini.

Poster Utama

       Berikut adalah poster carta size sebagai rujukan untuk pemilihan saiz baju:

Size Chart

    Bukan setakat hadiah buat pemenang yang menghantar rekord larian paling pantas sahaja disediakan, terdapat juga hadiah cabutan bertuah yang menarik seperti percutian 2 hari 1 malam (untuk dua orang) dan hadiah-hadiah lain yang menarik berjumlah keseluruhan RM10,000.

Cabutan Bertuah

    

    UNTUK BERDAFTAR SILA KLIK DISINI (akan dibuka pada 1 Disember 2021). Sebarang pertanyaan sila hubungi Kapten Rofazlin bin Jusoh (011-32065873)

Ayuh sertai dan ajak pasukan anda!


IMBAS QR CODE UNTUK MAKLUMAT LAIN ATAU KLIK PAUTAN:

https://mylink.la/sekrkrsmusleh/