Monday, January 10, 2022

50KM KRS RUNNING CHALLENGE (50KM KRC) MELABUH TIRAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah pada 9 Januari 2022, 50KM KRC telah melabuh tirai dengan acara pengumuman cabutan bertuah. Turut diumukan juga senarai pemenang mengikut kategori.

Berikut adalah pemenang untuk cabutan bertuah yang merupakan pakej penginapan dan penerbangan ke Pulau Langkawi (3 hari 2 malam) untuk dua orang dan juga pakej penginapan di D'Amir Chalet & Fishing Corner (3 hari 2 malam) untuk dua orang:




Dan berikut adalah paparan slaid senarai pemenang setiap kategori:



Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan peserta yang menyertai 50KM KRC 2021. Semoga bertemu pada masa akan datang.

Monday, January 3, 2022

MISI BANTUAN BANJIR

TAHUN BARU DI MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE BUKIT CHANGGANG, RTB BUKIT CHANGGANG DAN LABOHAN DAGANG, SEPANG

Sebahagian sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan banjir

Alhamdulillah seramai 21 orang sukarelawan yang terdiri daripada sukarelawan KRS Musleh, Persatuan Khidmat Rakan Setia Malaysia dan Majlis Jurulatih KRS Musleh telah bergabung tenaga dalam Misi Bantuan Pasca Banjir di Sepang, Selangor pada 1 hingga 3 Januari 2022.

Taklimat kepada pasukan PKRSM

Pengarah Pasukan Sukarelawan Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh), Mejar KRSM Soleh bin Senafi memaklumkan bahawa misi utama pasukan adalah bertujuan untuk menggerakkan barisan jurulatih dari seluruh negara dalam melakukan kerja - kerja amal dan juga menyantuni masyarakat yang terlibat. Antara kerja yang dilakukan ialah pembersihan beberapa buah rumah penduduk yang dilanda banjir luar biasa. Kerj-kerja pembersihan ini dapat dilakukan dengan sempurna hasil dari kerjasama dengan sukarelawan i-Bantu IKRAM Kuala Langat dan Sepang.





 
 

 

Turut juga dijalankan dalam misi ini adalah penyampaian barangan sumbangan rakyat Malaysia yang dibuat melalui MyCARE. Barang-barang tersebut telah dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda para sukarelawan. Antara barang yang disumbangkan adalah set dapur, tikar, bantal, toto, periuk nasi elektrik dan cerek elektrik. Dalam pemberian sumbangan ini, pihak KRS MUSLEH telah dibantu oleh sukarelawan i-Bantu Kuala Langat dan Pulau Pinang. Lebih dari 60 buah rumah telah mendapat sumbangan sekitar Labohan Dagang dan Bukit Changgang.

  

Ketua Misi Bantuan Pasca Banjir KRSM-PKRSM, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa berkata, pasukan sukarelawan KRSM - PKRSM juga turut menyampaikan bantuan dalam bentuk wang tunai yang disampaikan kepada beberapa wakil keluarga yang terjejas. "Sumbangan wang tunai yang kami sampaikan ini adalah hasil dari kutipan sumbangan orang ramai yang telah menyumbang melalui TABUNG KEMANUSIAAN PKRSM yang kami lancarkan pada 31 Disember 2021 yang lalu. Tabung ini akan terus kami buka untuk orang ramai yang sudi menyumbang", katanya.


Bagi yang berhajat untuk menyumbang, sumbangan untuk TABUNG KEMANUSIAAN PKRSM ini boleh dibuat melalui akaun MAYBANK PERSATUAN KHIDMAT RAKAN SETIA MALAYSIA, nombor akaun 5644 2752 8075 dengan menulis rujukan Tabung Kemanusiaan.