Showing posts with label PERNAS. Show all posts
Showing posts with label PERNAS. Show all posts

Thursday, December 19, 2019

PERKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS) TKRS/KRS MUSLEH 2019

     Pada 14-17 Disember 2019, telah berlangsung Perkhemahan Nasional (PERNAS) TKRS/KRS Musleh yang bertempat di Pusat Kecemerlangan Pembangunan Insan, YPJ, Kem Sekakap Mersing, Johor. Alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan lancar selama 4 hari meski cuaca hujan lebat setiap hari.

Hari Pertama - Ketibaan, Pendaftaran , Taklimat, Quran Hour & Tarannum Murrotul.


Hari Kedua - Kawad Pembukaan, Orienteering, Obrace, Metra, Masakan Kreatif, Gajet, Bicara Tokoh & Persembahan SMI.




Hari Ketiga - Perhimpunan Pagi, Kawad Kaki, BaSed, Penyampaian Hadiah tempat 2&3.





Hari Keempat - Majlis Penutup.






Ikuti Kami di: FacebookInstagram dan Youtube



Tuesday, December 27, 2016

LAPORAN PERKHEMAHAN NASIONAL 2016 (PERNAS ’16)

HULU SELANGOR, 15 Disember 2016 - Perkhemahan Nasional 2016 (PERNAS ’16) anjuran Sekretariat Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh) di Kem PLKN Pelangi Hill Resort Kerling, Hulu Selangor, Selangor telah melabuhkan tirainya setelah lima hari empat malam berkampung di sini bermula dari hari Ahad, 11 Disember 2016 yang lalu. PERNAS ’16 disertai oleh anggota Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh dan Kadet Remaja Sekolah Musleh daripada sekolah- sekolah Rangkaian IKRAM-MUSLEH dan Rakan IKRAM-MUSLEH di peringkat Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) dengan penyertaan 9 negeri dari 20 buah SRI dan 16 buah SMI, seramai 1331 orang termasuk 1153 anggota, 114 orang guru pengiring, 44 orang pihak urusetia dan 20 orang pembantu urusetia.

PERNAS ’16 merupakan program berkala yang dianjurkan oleh Sekretariat KRS Musleh dua tahun sekali dan pada kali ini adalah tahun ketiga sepanjang penganjurannya. Objektif PERNAS ’16 diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwwah antara anggota-anggota KRSM, mengadakan aktiviti perkhemahan dan pertandingan kemahiran serta menyuburkan ciri-ciri keperibadian Muslim dan kerja berpasukan. Selain itu, antara objektifnya juga adalah mengadakan pengisian kebudayaan, iman dan taqwa serta memberi peluang menambah kredit dalam markah kokurikulum.

Pengisian PERNAS ’16 dilengkapi dengan aktiviti pembangunan modal insan yang seimbang bagi memenuhi keperluan aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial para peserta yang menyertainya. Tema yang diperkenalkan pada kali ini adalah Ukhuwwah, Iman dan Taqwa Teras Kekuatan Generasi Rabbani menjadi pemangkin kepada para peserta dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana PERNAS ’16 dalam mewujudkan suasana tersebut dalam menjalankan setiap aktiviti yang telah disusun dengan terancang sepanjang PERNAS ’16 berlangsung. Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan adalah Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Seni Bela Diri Basic Self-Defends (BaSed), dan Pertandingan OBSRACE.

PERNAS’16 menjanjikan kelainan kepada para peserta yang menyertainya pada kali ini. Hal ini kerana Pertandingan Rekacipta, Pertandingan Masakan Kreatif dan Pertandingan Orienteering menggunakan format pemarkahan dan syarat pertandingan yang berbeza bagi mencapai objektif PERNAS ’16 berbanding penganjurannya dua tahun yang lalu. Selain itu, PERNAS ’16 juga bertindak sebagai pencetus acara Memanah Tradisional (METRA) yang dipertandingkan di perkhemahan peringkat kebangsaan buat pertama kalinya dalam sejarah penganjurannya.

Pada hari kedua, para peserta turut diberikan perkongsian dan pendedahan kepada perkembangan isu-isu semasa yang berlaku di dunia global berkaitan etnik Rohingya yang tertindas di Bumi Arakan dan Mangsa Gempa Bumi Acheh yang disampaikan oleh dua orang aktivis Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) iaitu Puan Norsham binti Abu Bakar (WBTG) dan Encik Husaini (Aktivis MyCARE). Pada sesi tersebut juga, pihak penganjur telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya dan Mangsa Gempa Bumi Acheh. Para peserta juga dididik dan diberi peluang untuk menyalurkan sumbangan kecil mengikut kemampuan bagi membantu mereka yang amat-amat memerlukan dan hasil sumbangan pada malam tersebut telah disampaikan kepada Puan Norsyam dan Encik Husaini selaku wakil daripada MyCARE. Kutipan sumbangan diteruskan lagi sehingga berakhirnya PERNAS ’16 dan mencatatkan dapatan sebanyak RM 2,263.35 lagi termasuk jumlah kutipan wang hasil jualan kraftangan peserta PERNAS ’16 yang terlibat di dalam Pertandingan Rekacipta peringkat SRI dan SMI. Hasil kutipan tersebut diserahkan kepada Kapten KRSM Rofazlin bin Jusoh selaku Komandan Kem PERNAS ’16 merangkap wakil MyCARE Johor.

Slot Bicara Remaja turut disampaikan oleh Mejar KRSM Soleh bin Senafi dan Kapten KRSM Rofazlin bin Jusoh pada hari ketiga PERNAS ’16 berlangsung berkisar tentang pengajaran daripada jaulah KRSM selama 5 hari ke bumi Acheh yang kenali sebagai “Tanah Rencong” dan juga “Serambi Mekah”, bagi menyuntik semangat ukhuwwahfillah dalam kalangan peserta yang menghadapi pelbagai cabaran antaranya cuaca hujan lebat dan panas terik yang silih berganti sepanjang lima hari menjalani aktiviti PERNAS ’16. Selain itu, para peserta juga untuk menghabiskan bacaan surah-surah pilihan antaranya surah Al-A’raaf, Al-Anfal dan surah At-Taubah sepanjang PERNAS ’16  berlangsung sebagai amanah fardhiah harian.

Upacara Majlis Perasmian Penutup PERNAS ’16 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Noorulanuar bin Baharudin, Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Turut sama menghadiri majlis tersebut sebagai tetamu kehormat adalah Komander Ajit Singh a/l Sarjit Singh TLDM merangkap Komandan Kem PLKN Pelangi Hill Resort Kerling; Ustaz Megat Mohd. Amin bin Megat Mohd. Noor selaku Penaung KRS Musleh, Ustaz Shamsul Maarif bin Hj. Ismail selaku Penasihat KRSM 1 dan Mejar KRS Abd Rahaim bin Md. Isa selaku Pengerusi KRS Musleh merangkap Pengarah PERNAS ’16.

Di dalam ucapan perasmian, Yang Berbahagia Encik Noorulanuar bin Baharudin ada menyatakan bahawa aktiviti tarbiah dan pembangunan kepimpinan yang dijalankan di sekolah dan di dalam program PERNAS ini adalah wadah-wadah yang diwujudkan untuk memastikan ciri-ciri unggul iaitu ukhuwwah, iman dan taqwa ini dapat disuburkan secara terancang dan bersepadu. Di samping itu, segala aktivisme yang berjalan di dalam Tunas KRS dan KRS Musleh ini merupakan acuan-acuan yang disediakan untuk menghasilkan anggota-anggota yang berkeperibadian mulia dan bercirikan kepimpinan yang diperlukan pada masa hadapan. Selain itu, manfaat yang diperolehi oleh anak-anak ialah markah kokurikulum di peringkat kebangsaan, yang akan membantu mereka bersaing dalam pemilihan tempat di IPTA dan IPTS dalam dan luar negara. Setelah mendengar ucapan daripada beliau, acara diteruskan lagi oleh persembahan khas BaSed KRS Musleh oleh gabungan peserta, urusetia dan pembantu urusetia serta persembahan jemputan daripada Gerak Pencak Gayarasa (GPG) yang diketuai oleh Cikgu Khairi bin Abd Rahman. Pada sesi akhir majlis tersebut, Yang Berbahagia Encik Noorulanuar bin Baharudin telah menyampaikan sijil pencapaian kepada johan-johan bagi setiap kategori pertandingan yang telah dianjurkan di PERNAS ’16.

Mejar KRS Abd Rahaim bin Md Isa – Pengerusi KRS Musleh

Sunday, November 6, 2016

PERKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS) KRS MUSLEH 2016



PERKHEMAHAN NASIONAL 2016 (PERNAS '16)

Tema : UKHUWAH, IMAN & TAQWA TERAS KEKUATAN GENERASI RABBANI

Tarikh & Hari : 11 – 15 Disember 2016 (Ahad – Khamis)

Tempat : Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Lot 1675, Jln Kolam Air Panas, Taman Lembah Damai, 44100, Kerling Hulu Selangor, Selangor

Monday, December 2, 2013

PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH ( PERNAS ) 2013


PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH (PERNAS) 2013.

Anjuran Bersama: MGBSIM & MUSLEH Berhad (MUSLEH)

Tema : MEMASYARAKATKAN KRS MUSLEH
Tarikh & Hari : 21 – 24 Disember 2013 ( 4 hari 3 malam ) Sabtu – Selasa
Tempat : KEDA RESORT AND HOLIDAYS, Kampung Bendang Man, 08200, Sik, Kedah, Darul Aman.

Wednesday, October 17, 2012

PERNAS KRS MUSLEH 2012


Selamat datang ke PERNAS'12 yang akan diadakan pada 17-20 Disember 2012 di Dataran JPS Kuala Kangsar Perak Darul Ridwan. PERNAS'12 terbuka untuk semua anggota KRS MUSLEH Sekolah Menengah Rangkaian Ikram-MUSLEH dan Sekolah Rakan Ikram-MUSLEH.

Semua SMI diminta untuk menghantar sekurang-kurangnya satu platun (40 orang) syabab dan fatayat.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan, persembahan, lawatan dan pameran. Maklumat lanjut akan diposkan di dalam blog ini tidak lama lagi.

Monday, December 22, 2008

PERNAS 2008


Seramai 149 orang anggota KRS MUSLEH telah berkampung di Kem Rimba Ilmu Juasseh Negeri Sembilan pada 16-19 Disember 2008. Aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan ialah seperti khidmat masyarakat bersama warga emas di Kampung Terusan, membersih tanah perkuburan, merentas halangan, lawatan ke Ladang Ternak Lembu Tenusu, pertandingan rekacipta, BaSeD, pengkalan, kemkraf, pidato dalam bahasa Inggeris/Arab dan masak survival.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmG_dD30lqBgZlaj4WpgPvz2qNhlCZls8Q0IdvajEX2dvXSnN41_hAY13TgYcGaXuLPH_X-zK7x51RjVaHcHUSl-P4ma2wlPf1zC_aWLQRQdu5sOVe4k4fD2pKY8B77_Nzy144rgX9Bh9h/s1600/pernas+2033.jpg
Sebanyak lima (5)negeri yang diwakili oleh SMI yang berkenaan. SMI Al Hidayah Ipoh dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan (Lelaki)PERNAS 2008 dan SMI Al Amin Kemaman sebagai Juara Keseluruhan (Perempuan). Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Penaung KRS MUSLEH, Ust Megat Mohd Amin. Sekalung penghargaan kepada para pegawai KRS Negeri Sembilan yang telah membantu menjayakan PERNAS pada kali ini, khususnya Tuan Mejar KRS Tuah dan Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Thursday, October 16, 2008

PERKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS) 08

Insya Allah pada 16 - 19 Disember 2008, pihak sekretariat KRS MUSLEH akan menganjurkan Perkhemahan Nasional (PERNAS)08 di Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Penyertaan dianggarkan 400 orang yang terdiri daripada sekolah-sekolah rangkaian MUSLEH, sekolah pilihan RAPI dan sekitar Negeri Sembilan. Antara aktiviti dan pertandingan yang akan diadakan ialah:
I. Kem kraf
2. Reka cipta
3. Kebudayaan
4. Rentas halangan
5. Ikhtiar hidup
6. Pengucapan awam
7. Ziarah
8. Khidmat masyarakat
9. Ceramah
10. BaSeD
a. Ukhuwah fillah
b. Adat pepatih minangkabau
c. Ternakan tenusu
d. Penanaman padi
makluman lanjut sila dapatkan daripada pihak sekolah atau terus hubungi pihak sekretariat melalui email krsmusleh@yahoo.com.

penyertaan diberi keutamaan kepada pelajar tingkatan 4 & 5.

Thursday, August 28, 2008

PERKHEMAHAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Insya Allah pada pada 16 - 20 Disember 2008 KRS MUSLEH akan menganjurkan Perkhemahan Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan, tempat yang khusus akan dimaklumkan kemudian. Penyertaan hanya untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Pelajar lain insya Allah tahun depan. Kena beri keutamaan kepada yang tua dulu. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Minta para pegawai, leftenan, leftenan muda, staf sarjan dan sarjan membuat persiapan yang sewajarnya.