Showing posts with label Coretan Nukilan Pegawai. Show all posts
Showing posts with label Coretan Nukilan Pegawai. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

KURSUS KEMAHIRAN BaSeD 2010

Oleh: Mejar(KRS) Azrul Fazli Bin Abdul Azis


-->
Assalamualaikum W.B.T.
Pertamanya saya merakamkan tahniah buat semua yang telah terlibat dengan majlis pelancaran IKRAM baru-baru ini. Terutama barisan anggota KRSM dan Sakateriat yang segak tampil dengan penuh yakin dan bergaya.

Alhamdulillah, kursus kemahiran BaSeD telah selamat dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram. Saya merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua rakan-rakan perjuangan yang berkorban tenaga dan masa bagi menjayakan kursus yang dilakukan serentak ini. Semoga jasa dan pengorbanan kalian dibalas dengan limpahan kerahmatan dari Allah S.W.T. Tahniah juga buat semua peserta peserta kursus yang hadir terutama peserta BaSeD yang cukup bersemangat. Seramai 35 orang peserta BaSed pelajar dan 28 peserta BaSed yang terdiri dari kalangan mualim dan mualimah telah mengikuti kursus kali ini.

Wednesday, January 13, 2010

KITA HANYA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN






Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana sepanjang perjalanan PRINT 09 baru-baru ini berada dalam peliharaan Allah s.w.t. Apa yang dirisaukan oleh kebanyakan peserta dan ibu bapa serta urusetia ialah keselamatan peserta terutamanya yang melibatkan aktiviti di air. Urusetia telah membuat beberapa langkah keselamatan untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini.

Tuesday, September 15, 2009

MENCARI LAILATUL QADAR


"Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)

Wednesday, September 2, 2009

RAMADHAN


Salam semua saudara saudara ku

apa khabar ramadhan kita?
apa khabar iman kita?
apa khabar taqwa kita?
bagaimanakah perjalanan ramadhan kita pada tahun ini? adakah sama pada tahun lepas?

11 hari sudah berlalu...bagaimana perlumbaan dalam mengerjakan ibadah? bagaimana kita melayan tetamu Allah yang bernama ramdhan ini?

Di manakah kedudukan puasa kita?



TUJUH KALIMAH YANG PERLU DIAMALKAN SEPANJANG KEHIDUPAN

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya

MARI MENILAI FASA PERTAMA RAMADHAN KITA


Ramai dari kita selalu mendengar akan ceramah dan kata kata para penceramah bahawa kita perlu buat itu dan ini pada masa bulan ramadhan. Dari tahun ketahun, itulah yg kita dengar. Itu pun jika kita mahu mendengarnya. Jika kita memekakkan telinga maka kita tidak akan mendengarnya.
Selepas mendengar, ada proses kedua iaitu meningkatkan diri kita kepada peringkat satu level diatas level mndengar. Mahukah kita memasang niat utk melakukannya. Niat setiap perbuatan adalah kerana Allah. Tetapi niat yang saya maksudkan adalah sama ada kita memasang niat utk melakukannya. Jika kita tidak memasang niat utk melakukannya maka peringkat diri kita tersadai diperingkat sekadar mendengar. Org kata, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Cuma saya tidak pasti ada organ direct dari telinga kanan ke telinga kira. Saya rasa ianya masuk dari dua dua teliga lepas tu ianya tersekat ditengah tengah dan ianya tidak masuk ke kepala.Niat utk melakukannya adalah peringkat kedua.

Sunday, August 23, 2009



Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

Seribu senyuman belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut
Ramadhan . Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

KAMI dari JK Sekretariat & Jurulatih KRS MUSLEH menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

Sekian, terima kasih, wassalam

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

TAZKIRAH RAMADHAN



Drpd Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadhan, terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai" - Riwayat Ahmad

"Wahai orang beriman di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa" Al Baqarah: 183

Festival Ramadhan telah datang, marilah kita semua merebut apa sahaja segala yang ada dalam Ramadhan ini.
Semoga diakhir Ramadhan kita akan jadi orang2 yang bertambah Taqwanya.

RasulullaRasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 19, 2009

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR... hayatilah dengan hati nuranimu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji

Saturday, August 15, 2009

SALAM RAMADHAN 1430 H

Insya Allah tidak berapa lama lagi kita akan berjumpa dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadhan. Apa yang diharapkan semua ahli anggota KRS MUSLEH telah membuat persediaan untuk menyambut bulan tersebut. Antara persediaan yang perlu dibuat ialah:

a. Persediaan rohani
b. Persediaan mental
c. Persediaan fizikal
d. Persediaan emosi

Wednesday, July 29, 2009

PENDEKATAN TERBAIK BERSAMA GENERASI MUDA

Generasi muda adalah merupakan aset terpenting dalam sesebuah negara. Untuk memastikan kesinambungan kejayaan sesebuah negara, kita harus lihat generasi muda masa kini. Masing-masing sibuk merancang dan menganjurkan program khusus untuk generasi muda. Tetapi kadang-kadang ia hanyalah sekadar program dan tiada program susulan selepas itu. Walau bagaimanapun tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha untuk membina mereka untuk menjadi warga negara yang bermanfaat dan bukannya bermasalah. Berikut ingin saya berkongsi bersama beberapa pendekatan yang telah digariskan oleh Allah dan rasul dalam pembinaan insan:

1. Melalui qudwah murabbi.
2. Melalui mauizah (nasihat murabbi)
3. Melalui latihan dan amalan.
4. Melalui perbincangan dengan pelajar-pelajar.
5. Melalui pergaulan.
6. Melalui contoh kejadian.
7. Melalui proses targhib dan tarhib – berita gembira dan ancaman.
8. Melalui tadrij (proses beransur-ansur).

Adalah diharapkan dalam menjalani sesuatu aktiviti, pendekatan yang sesuai hendaklah digunakan. Dalam hal ini, pendekatan tersebut tidak harus jumud (beku) bahkan bersifat anjal (flexible). Ia banyak bergantung kepada insiatif, kreativiti dan kebijaksanaan kita sebagai guru yang memimpin sesuatu program atau aktiviti. Apa yang penting selepas sesuatu program atau aktiviti, jangan lupa adakan program muhasabah yang bertujuan untuk mengambil pengajaran untuk dijadikan panduan hidup di atas muka bumi Allah yang fana ini.

Tuesday, July 21, 2009

Aktiviti Malam

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog KRSMusleh,

Pada kali ini, tergerak hati saya nak menulis tentang aktiviti malam terutamanya semasa perkhemahan. Mungkin kita pernah mengendalikan berbagai aktiviti tersebut; diantara aktiviti yang biasa dibuat ialah Qiamulail, games - seperti Burung Hantu, Cereka (berjalan berpandukan tali), Hut-hut (berjalan malam berpandukan suara) dan ada juga aktiviti yang berbentuk teamwork.

Monday, June 22, 2009

KHAS UNTUK JURULATIH KRSM










Kursus KRSM sentiasa ada
Tidak mengira waktu dan masa
Demi Agama Bangsa dan Negara
berusaha berkorban jiwa dan raga

Siap siagalah peqawai kita
ke selatan timur dan utara
Tinggal anak, isteri dan rumah tangga
semuanya menjadi amalan biasa.

Dahulu sibuk dengan syabab dan fatayat
Tidak kira laut, bukit, gunung di panjat
kini bertukar sudah naik darjat
Segak no 2 bahu berpangkat.
Terus berjuang dengan bersemangat,

Jasa kalian dikenang selalu
Semoga Allah membalas dengan ketenangan
Serta kerahmatan yang berpanjangan
Teruskan usahamu
Tiada erti mengalah dalam berjuang...





















Hasil Nukilan:

Mejar (KRSM) Kamaruzaman Che Ya

Monday, June 15, 2009

MENGAPA BERKAWAD...

Oleh:Mejar(KRS) Azrul Fazli B Abdul Azis

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Bersua kita kembali. Semesta baru telah menjelma, Cepat sungguh masa berlalu. Hari ini sudah dipertengahan 2009. Bagaimana perjuangan dan usaha kita untuk mencapai apa yang kita impikan. Bagaimana pula tingkat ketakwaan kita pada Allah S.W.T pencipta alam. Walau apapun saya ucapkan selamat belajar kepada warga pelajar dan selamat mendidik kepada semua warga pendidik. kali ini saya ingin menarik perhatian berkaitan dengan ilmu kawad. Dalam sukatan KRS semestinya kawad telah mendapat tempat penting sebagai ilmu utama yang diajar dan dilatih. Malah, kadangkala seolah-olah kawad sahajalah ilmu yang ada sedangkan sukatan ilmu KRS ini terlalu luas merangkumi pelbagai ilmu hidup termasukklah didikan jiwa dan kerohanian agar anggota KRS lengkap ilmunya bagi menyelusuri cabaran hidup di dunia dan mengenali penciptanya.

Wednesday, May 27, 2009

kenapa Tidak Boleh?

oleh: Mejar (KRS) Azrul Fazli B Abdul Azis
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bersua kita kembali. Kursus kenaikan pangkat semakin hampir bagi musim 2009 ini. pastinya ada dua suasana. Pertama nya, tentulah semangat yang membara bagi mereka yang berminat dan bercita-cita tinggi terutama bakal-bakal Sarjan KRS dan Staf Sarjan KRS. Bagi peserta Leftenan muda entahlah... tetapi saya yakin ada antaranya yang cukup bersemangat bagi mengikuti kursus ini.

Monday, May 18, 2009

DISEBALIK TABIK HORMAT ITU...

Oleh: Mejar (KRS) Azrul Fazli B Abdul Azis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertamanya saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua warga guru disekolah-sekolah Islam semalaysia dan kepada semua guru di Malaysia. Terima kasih Cikgu, kerana telah mendambakan diri seikhlasnya bagi mendidik anak bangsa. terutama sekali kepada semua Cikgu yang bersama didalam menjayakan misi dan Visi Kadet Remaja sekolah ini.Terima kasih kerana sudi mengunjungi bloq KRSM yang tidak seberapa ini. kali ini saya ingin menarik perhatian pembaca berkaitan dengan memberi tabik hormat. Penulisan ini sebenarnya telah saya keluarkan didalam bloq saya http://www.hidayahtraining.bloqspot.com. tidaklah hebat sangat , namun sekadar ingin berkongsi bersama saya masukkan pula di ruangan ini.

Saturday, April 25, 2009

MENJELANG KURSUS PENTAULIAHAN

Assalamualaikum W.B.T
Salam perjuangan. Semoga kerahmatan berpanjangan Allah limpahkan buat kita semua. Semoga juga Allah terus menetapkan kecekalan hati-hati kita di dalalam membawa wadah pentarbiahan praktikal ini.
Saya merasakan hari-hari ini semestinya anggota-anggota Koperal disemua sekolah samaada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah terutamanya sedang sibuk menjalani latihan bagi menghadiri kursus pemeringkatan Sarjan dan Staf Sarjan yang akan diadakan pada awal bulan Jun nanti. Saya juga ada dihubungi oleh beberapa orang Staf Sarjan dan guru bertanyakan perkara berkaitan dengan latihan yang perlu dilakukan. 

Tuesday, April 21, 2009

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Tuesday, October 7, 2008

RENUNGAN

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. · Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Thursday, September 25, 2008

PANDUAN MENYAMBUT HARI RAYA


1. Pada pagi 1 Syawal, sesudah kita menunaikan solat subuh dan sesudah kita mandi sunat hari raya, lalu pergilah ke masjid atau tanah lapang dengan memperbanyakkan ucapan takbir dan tahmid.

2. Berhiaslah dengan memakai pakaian yang sebaik-baiknya (tidak semestinya baru) dan bau-bauan yang diharuskan.

3. Disunatkan juga makan sedikit terlebih dahulu sebelum pergi solat Hari Raya Aidil Fitri tetapi bagi solat Hari Raya Aidil Fitri disunatkan makan selepas solat.

4. Menggunakan jalan yang berlainan ketika pergi dan balik daripada solat hari raya.

5. Setelah tiba di masjid, disunatkan solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak perlu solat tersebut. Bertakbirlah sehingga waktu solat.

6. Disunatkan membaca takbir di luar solat dari terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga berdiri menunaikan solat sunat hari raya.

7. Setelah selesai solat sunat hari raya, bermaaf-maafanlah dengan orang ramai yang datang ke masjid dan berziarahlah ke rumah saudara-mara, sahabat handai, guru-guru dan jiran tetangga. JANGAN LUPA BERMAAF-MAAFAN DENGAN IBU DAN BAPA KITA.

8. Berpada-pada dengan makanan dan minuman, jangan berlebihan

9. KURANGKAN BERHARI RAYA DENGAN TV, banyak cerita yang akan membuatkan kita berhari raya dengan mereka.

10. Jangan lupa, bahawa kita berhari raya adalah kerana untuk menggambarkan kegembiraan kita telah melalui madrasah ramadhan dengan jayanya.


INGAT PUASA 6 DAN MEMBACA AL-QURAN PERLU DITERUSKAN. INI TANDANYA KITA KOMITED DENGAN AMALAN ISLAM BUKAN HANYA DI BULAN RAMADHAN SAHAJA


WASSALAM