Friday, December 31, 2010

PERKHEMAHAN NASIONAL DI UDARA (PENARA) KRS MUSLEH 2010


Nur Laman Bestari, Hulu Yam, 27-30 Disember 2010.

Seramai 163 orang anggota, 11 org guru pengiring dan 20 orang pegawai telah sama-sama menjayakan Perkhemahan Nasional Di Udara (PENARA) KRS MUSLEH 2010. Peserta-peserta adalah dari beberapa buah sekolah yang mewakili negeri-negeri iaitu Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, Johor, dan Pahang. Program dimulakan dengan acara mendirikan pengkalan dan memasak. Aktiviti kerohanian spt solat berjemaah, membaca Al-Quran , tazkirah, membaca al-mathurat dan qiamullail menjadi teras kepada semua program KRS MUSLEH berjalan dengan lancar semasa PENARA kali ini.

Friday, December 17, 2010

KURSUS MENYELAMAT DI AIR

13 - 17 Disember 2010, seramai 16 orang pegawai lelaki dan 8 orang pegawai perempuan kadet Remaja Sekolah MUSLEH telah menghadiri kursus menyelamat di Air yang diadakan di Kompleks Akuatik Alor Setar Kedah. Para peserta menginap di Kompleks Belia & Sukan Negeri Alor Setar. Jarak dari tempat penginapan ke Kompleks Akuatik lebih kurang 10 kilometer. Pada hari pertama para peserta telah mengikuti latihan bermula dari pukul 2.30 - 6.00 petang. Manakala pada hari kedua hingga hari ke empat latihan bermula pada pukul 830 - 1030 pagi kemudian rehat 30 minit sambung semula dari 1100 - 1230 tengahari. Selepas rehat, makan dan solat peserta menyambung semula latihan pada pukul 2.30 - 5.30 petang. Para peserta telah dilatih oleh 4 orang jurulatih dari persatuan jurulatih rekreasi Malaysia, yang diketuai oleh En. Zuki dan dibantu En. Zul, En. Termizi dan En. Sani. Antara latihan yang telah diikuti oleh para peserta ialah bermula dengan membetulkan renangan mengikut teknik yang betul dan seterusnya jurulatih menerangkan beberapa asas menyelamat dan ujian yang perlu dilalui oleh para peserta. Antara ujian yang perlu dilalui ialah:
a. renang 400 meter dengan masa 12 minit
b. menarik mangsa 50 meter dengan masa 3 minit
c. apongan diri selama 1 minit
d. menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tali
e. menyelamatkan mangsa dengan menyelam sejauh 25 meter
f. menyelamatkan mangsa dengan menggunakan pelampong
g. menyelamatkan mangsa dengan menggunakan sebarang alat
Alhamdulillah para peserta telah mengikuti latihan dan ujian dengan penuh semangat dan motivasi yang tinggi. Selain daripada itu para peserta juga telah mengikut latihan CPR yang telah dilatih oleh MA dari Hospital Pendang dan Radio Amatur yang telah diterangkan oleh En. BUY (nama callsign) dan En. Khairul (pengerusi MARES) dari Johor Baharu. Program ini telah ditutup dengan rasminya oleh wakil pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Pihak sekretariat berharap para peserta dapat memanfaatkan segala teknik yang telah dipelajari dan mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah menghadiri kursus ini.

Tuesday, December 7, 2010

PEMBINAAN MODUL BASED TAHAP 3


4 - 8 Disember 2010, 6 orang gurulatih utama dan 9 orang jurulatih Based peringkat kebangsaan telah berkumpul di sekolah Rendah Islam Hira' Batu Belah, Kelang untuk membina modul BaSeD tahap 3. Pembinaan modul ini dibimbing sepenuhnya oleh cikgu Khairi Abd. Rahman. Modul ini menekankan penggunaan tongkat dalam mempertahankan diri. Diharapkan dengan pembinaan modul BaSeD ini akan memberi motivasi kepada anggota KRS MUSLEH untuk memantapkan kemahiran BaSeD tahap satu dan dua.

Monday, December 6, 2010

LAWATAN KERJA WAKIL SEKRETRIAT KRS MUSLEH

30 Zulhijjah 1431 bersamaan 6 Disember 2010, 3 orang wakil sekretariat KRS MUSLEH, telah mengadakan lawatan kerja ke Unit Pakaian Uniform, Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kehadiran kami disambut oleh ketua unit, En. Mohd Rashid b. Mean, K.M.N.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk menyerahkan buku rujukan TKRS dan perbincangan program-program terdekat serta perancangan 2011. Beliau amat mengalu-alukan perancangan program yang dirancang oleh KRS MUSLEH dan sedia memberi sokongan serta kerjasama untuk menjayakannya. Kami juga berkesempatan mendapat nasihat supaya melaksanakan segala aktiviti ko-kurikulum di sekolah bagi membantu meritokrasi kemasukan pelajar ke IPT.

Pihak KRS MUSLEH mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan selama ini.

Sunday, December 5, 2010

PERLU BANTUAN SEGERA !!!


Bekas anggota KRS MUSLEH (Staf Sarjan KRSM Zubair-Hidayah JB) dan Amir Latihan Kader Duat 1 yang banyak terlibat dalam membawa panji KRS MUSLEH di persada antarabangsa dan peringkat nasional telah ditimpa musibah kemalangan di lebuhraya Utara-Selatan, 5 km dari R&R Tapah pada 24/11/2010 sekitar jam 7.00 mlm, selepas menjadi ahli panel Forum Nadwah Kepimpinan Pelajar 2010 di Islah Sg Petani.

Akibat kemalangan tersebut, kereta yang dipandunya mengalami kerosakan teruk (total lost). Kereta tersebut dipinjamkan oleh saudara Sufian (Shah Alam). Beliau bersama 2 orang sahabatnya, Abd Rahman (Al Amin Bangi) dan Rashid (Al Amin Gombak) yang merupakan bekas petugas di pejabat METC. Namun kita bersyukur kerana mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Tapah.

Dengan itu pihak Sekretariat KRS MUSLEH memohon simpati semua anggota untuk menghulurkan sumbangan ikhlas melalui akaun Pengerusi KRS MUSLEH (Bank Muamalat : No: 14030057307728, Abd Rahaim bin Md Isa). Kami memohon supaya sumbangan dapat disampaikan sebelum Konvensyen Tahunan MUSLEH (18/12/2010). Pada hari KTM juga kami akan lancarkan satu Tabung Sumbangan Musibah berkaitan beliau. Jumlah sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun dan kutipan tabung akan diserahkan kepada beliau untuk membantu beliau dan meringankan beban saudara Sufian pada hari KTM tersebut.