KURSUS KENAIKAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEHThursday, March 23, 2017
KURSUS KENAIKAN PANGKAT PENGURUSAN, LEFTENAN MUDA, STAF SARJAN DAN SARJAN 2017
KURSUS KENAIKAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEHFriday, March 25, 2016
KURSUS KENAIKAN PANGKAT PENGURSAN, LEFTENAN MUDA, STAF SARJAN DAN SARJAN
Thursday, September 24, 2015
KURSUS PRA KAPTEN & PRA LEFTENAN 2015
17 - 21 SEPTEMBER 2015
RAUDAH CAMP & TELUK SEGADAS, PULAU PANGKOR, PERAK
Wednesday, July 8, 2015
KURSUS KENAIKAN PANGKAT KRS PRA KAPTEN DAN LEFTENAN
Kursus Kenaikan Pangkat.

KURSUS
KENAIKAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEHSunday, December 1, 2013
Kursus Pra-Kapten dan Pra-Leftenan 2013 (Batch 03)

Kursus Pra-Kapten dan Pra-Leftenan telah diadakan untuk kali ke-3 dan akan dijadikan sebagai salah satu kursus tahunan sehinggalah bilangan kapten dan leftenan mencukupi untuk menggerakkan aktiviti KRS Musleh peringkat pusat dan peringkat sekolah. Kursus yang telah di jalankan di sekitar Pulau Pangkor telah memberi kepuasan kepada semua peserta dan mereka telah berjaya mengikuti setiap aktiviti dengan penuh bersemangat dari awal pendaftaran di Masjid Lumut, kemudian menjalankan akitviti di Kem Raudhah, Telok Nipah, akhirnya aktiviti dan majlis penutup di Kem Telok Segadas. Semua aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jaya dan selamat. Di antara aktiviti yang di jalankan dalam kursus ini ialah:
- Latihan pengajaran dan pembelajaran (P&P) kawad kaki.
- Latihan P&P kayak
- Latihan P&P peta dan kompas serta pandu arah.
- Latihan P&P repelling
- Latihan P&P BaSeD (Basic Self Defense)
- Latihan mencari dan menyelamat (search and rescue)
- Mencipta permainan baru (team work game)
Saturday, June 2, 2012
LAPORAN KURSUS KEMAHIRAN, PEGAWAI WARAN DAN PEGAWAI PENGURUSAN KRS MUSLEH 2012
Mengikut sukatan Tahap 1
SMI
Fokus :
a.
Mengetahui
arahan
b.
Boleh
membuat pergerakan individu dan pasukan
|
Mengikut sukatan Kenaikan
Pangkat Sarjan SMI.
Fokus :
1.
Memberi hukuman dan membuat pergerakan individu
2.
Memberi hukuman kepada satu pasukan (seksyen dan
platun)
|
Mengikut sukatan Kenaikan
Pangkat Pegawai Waran.
Fokus :
1.
Boleh mengajar dan mampu membetulkan kesalahan
2.
Menjadi pembantu jurulatih
|
BaSeD
|
Mengikut
sukatan BaSeD Tahap 1
Fokus :
1. Mengetahui konsep dan pelaksanaan
sukatan BaSeD
2. Mengetahui dan menguasai senaman,
pergerakan asas, elakguna dan gerak Tahap 1
3. Penilaian – Ujian Tahap 1
|
Mengikut
sukatan BaSeD Tahap 2
Fokus :
1. Lulus ujian Tahap 1
2. Mengetahui dan menguasai pergerakan asas,
elakguna dan gerak Tahap 2
3. Boleh mengajar dan membetulkan kesalahan
4. Penilaian – Ujian Tahap 2
|
Mengikut
sukatan BaSeD Tahap 3
Fokus :
1. Lulus ujian Tahap 2
2. Mengetahui dan menguasai pergerakan
asas, elakguna dan gerak Tahap 3
3. Boleh mengajar dan membetulkan kesalahan
4. Penilaian - Ujian Tahap 3
|
TALI TEMALI
|
Mengikut
sukatan Modul 1 SMI
Fokus :
1. Simpulan dan ikatan
2. Menghasilkan gajet
a. Tripod
b. Rak dapur
c. Ampaian
d. Menara kawalan
3. Penilaian
|
Mengikut
sukatan Modul Tahap 2 SMI
Fokus :
1. Simpulan dan ikatan
2. 3 jenis jambatan
3. Flying fox aras rendah
4. Penilaian
|
Mengikut
sukatan Modul Tahap 3 SMI
Fokus :
1. Simpulan dan ikatan
2. Boleh melakukan Ascending &
Discending
3. Aplikasi A&D
4. Boleh membantu melatih untuk Modul 1 dan
2
5. Penilaian
|
Tuesday, March 27, 2012
Kursus Kenaikan Pangkat 2012


Assalamu'alaikum.......
Alhamdulillah, Kursus Kenaikan Pangkat KRS MUSLEH pada tahun 2012 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kursus untuk kenaikan pangkat sarjan tunas, sarjan dan staf sarjan serta leftenan Muda untuk guru-guru sekolah rangkaian MUSLEH dan guru-guru sekolah rakan MUSLEH.
Tarikh Kursus: 11 - 15 Mac 2012
Tempat: Amir Chalet, Kg Baru, Lumut, Perak


Alhamdulillah....... Walaupun bilangan peserta yang ramai dan tidak seimbang dengan bilangan urusetia namun jutaan syukur kehadrat Allah yang telah memudahkan perjalanan kursus ini dengan dibantu oleh semua pegawai-pegawai yang berdedikasi sebagai urusetia serta bekas-bekas anggota/pelajar dari sekolah-sekolah rangkaian MUSLEH.
Semoga kita semua, guru dan pelajar sekolah-sekolah Musleh dan sekolah-sekolah rakan Musleh dapat berganding bahu melatih dan membina kepimpinan pelajar melalui pengalaman bersama KRS MUSLEH dan seterusnya menjadikan KRS MUSLEH sebagai wadah tarbiyyah dan dakwah kepada masyarakat.
Wassalamu'alaikum .....
Friday, February 10, 2012
KURSUS PRA LEFTENAN DAN PRA KAPTEN KRS MUSLEH
PANGKOR – Kursus Pra Leftenan dan Pra Kapten Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH 2011 telah diadakan pada 25-30 November 2011 yang lalu di Raudhah Camp Teluk Nipah dan Teluk Segadas Pulau Pangkor, Perak. Kursus ini telah dikendalikan oleh tiga jurulatih KRS MUSLEH Kebangsaan, Mejar KRS Abd Rahaim Md Isa, Mejar KRS Soleh Senafi dan Mejar KRS Zaini Abdul Rahman.
Objektif kursus adalah untuk mengumpulkan tenaga jurulatih KRS MUSLEH seluruh Malaysia dan memantapkan latihan pengurusan program dan kaedah P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) dalam kemahiran KRS MUSLEH. Selain itu, ia bertujuan memantapkan kefahaman tentang konsep penyerapan nilai tarbiah dalam aktiviti KRS MUSLEH di samping memantapkan kemahiran pengurusan organisasi di dalam pelaksanaan KRS MUSLEH dan melahirkan tenaga bakal jurulatih peringkat kebangsaan.
Kursus Pra Kapten disertai lima orang peserta (2 lelaki dan 3 wanita) melibatkan kemahiran mengurus dan kaedah P&P kemahiran dalam kursus sementara Kursus Pra Leftenan disertai 15 orang peserta (6 lelaki dan 9 wanita) melibatkan kemahiran praktikal kemahiran dalam KRS MUSLEH di samping perkhemahan kembara selama tiga hari.
Dalam kursus ini, semua peserta pra kapten mengambil tugas sebagai kem komandan bergilir setiap hari dan semua peserta pra leftenan mengambil tugas sebagai pasukan pengurusan setiap hari.
Antara kaedah P&P yang dilatih di kalangan peserta ialah kawad, pandu arah – kompas dan peta, berkayak, alam sekitar, BaSeD (Basic Self Defence), refleksi kumpulan, program malam – Solo Camp 12 jam, XPDC Pandu Arah dari Teluk Nipah ke Bukit 1145, seterusnya Pasir Bogak, Bukit 905 dan Teluk Segadas selama 8 jam.
Peserta juga diberi latihan Water Confident dan XPDC berkayak mengelilingi Pulau Mentangor dan Pulau Giam. Satu kayak terbalik dilambung ombak menunjukkan aplikasi kaedah menyelamat di air formasi T dan H teruji. Peserta turut berlatih mengendalikan High Rope – Repelling 50 kaki, pengurusan pengkalan - perhimpunan, memasak dan hirasah (kawalan), kebudayaan seperti nasyid jihad, melaksanakan wajibat (tugasan) tilawah satu juzuk dan hafazan surah dan ayat pilihan, kerohanian – qiam, tazkirah subuh dan maghrib dan pentaksiran konstruk kemampuan yang diaplikasi secara menyeluruh.
Menariknya, setelah selesai pendaftaran, peserta dikehendaki menguruskan pasukan menaiki bot dari Jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor dan menaiki van dari Jeti Pangkor ke Raudhah Camps Teluk Nipah, dan dikehendaki melapor kepada Kem Komandan yang telah dilantik di kalangan Pra Kapten.
Pasukan peserta Pra Kapten diberi ruang secukupnya untuk merancang dan melaksanakan aktiviti kepada peserta Pra Leftenan sepanjang 5 hari. Semua peserta Pra Kapten diberi peluang menjadi Kem Komandan secara bergilir setiap hari dengan pemantauan dan bimbingan mentor yang terdiri daripada jurulatih kebangsaan.
Setiap aktiviti akan dimulakan dengan taklimat dan penyampaian P&P berkaitan kemahiran yang akan dilalui. Aktiviti malam pertama yang sungguh mengujakan adalahSolo Camp mulai jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi keesokannya dalam hutan. Peserta membina kekuatan dalaman bagi menghadapi cabaran hari-hari berikutnya dengan tilawah, hafazan dan zikrullah. Sesi refleksi akan dikendalikan oleh Pra Kapten untuk bermuhasabah membina kekuatan dan membaiki kelemahan diri dan pasukan.
Kesimpulannya, semua peserta dilibatkan secara aktif dalam kursus ini, sebagai pemimpin dan pengikut bagi memantapkan pengurusan organisasi di samping membina kekuatan dan menerima kelemahan dengan sewajarnya. Tahniah KRS MUSLEH dan peserta Pra Leftenan dan Pra Kapten!
Monday, June 21, 2010
KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN KRS MUSLEH
PADA 11 - 13 JUN 2010, SERAMAI 14 ORANG KOMANDEN DAN TIMBALAN KOMANDEN SERTA SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH TELAH MENGHADIRI KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN KRS
Tuesday, May 18, 2010
UJIAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN TKRS MUSLEH
1. yuran penyertaan adalah RM 80.00 seorang
2. yuran guru pengiring adalah RM 50.00 seorang
senarai nama hendaklah dihantar sebelum atau pada 31 MEI 2010 melalui pos atau e-mailkan kepada sma_71@yahoo.com atau krsmusleh@yahoo.com.
wassalam
Friday, April 9, 2010
KURSUS PEGAWAI WARAN KALI 1 2010
Wednesday, April 7, 2010
KURSUS KENAIKAN PANGKAT (SJN KRSM, SS, PW, & LM)
Wednesday, March 24, 2010
KURSUS KENAIKAN PANGKAT 2010 ~ Laporan Kursus Staf Sarjan
Assalamu'alaikum ...Monday, March 1, 2010
PERUBAHAN TEMPAT PENDAFTARAN UNTUK PESERTA PEGAWAI WARAN KRS MUSLEH
Monday, February 15, 2010
KURSUS KENAIKAN PANGKAT
Tarikh: 14 - 18 Mac 2010















