Showing posts with label RMistac21. Show all posts
Showing posts with label RMistac21. Show all posts

Tuesday, November 2, 2021

TAHNIAH PEMENANG R-MISTAC 2021

      Alhamdulillah R-Mistac 2021 telah tamat dengan jayanya pada 30 Oktober 2021 jam 8 malam. Dan keputusan rasmi telah dikeluarkan.

    Ditayangkan nama-nama pemenang Pertandingan R-Mistac 2021 yang telah berlangsung secara maya dengan penglibatan dari empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.


Video juga boleh ditonton disini

    Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat. Semoga kita terus berentap dan bersaing dalam acara memanah tradisional ini pada masa akan datang.     Berikut beberapa foto sepanjang pertandingan dijalankan yang telah dikongsikan oleh peserta R-Mistac 2021










    Turut boleh ditonton montaj pembukaan dan perasmian R-Mistac 2021 disini. Juga boleh tonton kembali video Majlis Pembukaan dan Perasmian R-MIstac 2021di Youtube Channel KRSMedia. Ketahui aktiviti-aktiviti MeTra akan datang di FACEBOOK PAGE rasmi.

Monday, October 18, 2021

Pertandingan R-Mistac 2021 Kembali Lagi!

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog ini. Suka ingin Unit Kokurikulum IKRAM Musleh dan KRS Musleh maklumkan bahawa acara tahunan KRS Musleh telah kembali lagi yang namanya Mistac sebelum ini. Oleh kerana seluruh dunia sedang menjalani kehidupan norma baharu maka nama Mistac telah menjadi R-Mistac iaitu "Remote MUSLEH International Students Traditional Archery Championship".  Berikut adalah maklumat untuk R-Mistac 2021 yang akan berlangsung nanti:





    Acara ini akan dijalankan secara atas talian pada 30 Oktober 2021 nanti yang akan dimulakan dengan acara pembukaan dan perasmian pertandingan. Ayuh saksikan teaser yang memaparkan maklumat pada 30 Oktober 2021 nanti:


Acara pembukaan ini boleh ditontonsecara langsung di channel youtube KRSMedia, facebook KRS Musleh dan facebook Metra pada 30 Oktober 2021 nanti.