Thursday, July 14, 2022

Program Qurban Perdana 2022

Pada 11 Zulhijjah 1443/11 Julai 2022, Seramai 20 orang pelajar LKD batch 12 dari SM Al-Islah Sg. Petani turut serta telah menyertai Program Qurban Perdana di Kg. Lima, Sg. Untung, Pos Dala, Gerik, Perak. Mereka adalah pelajar alumni yang sedang menunggu panggilan sambung pengajian di IPTA/IPTS 

Pegawai yg turut serta: 

1. Mejar KRSM Abd Rahaim

2. Kapten KRSM Sukri

3. Left KRSM Nabil Fikri

4. Left Muda KRSM Mohd Hafizudin

5. Left Muda KRSM Ainur Rafeeqah

Dengan pelaksanaan program ini, masyarakat Islam orang Asli dapat melihat secara terus bagaimana urusan ibadah qurban dilaksanakan.

Program ini telah diadakan secara tahunan dan berhenti 2 tahun semasa PKP. Alhamdulillah, kini dapat disambung semula.

 

Untuk melihat foto lain, boleh klik DISINI

#krsmusleh #QurbanPerdanaPosDala #LKD13 #ikrammusleh #krsmedia

Tuesday, July 5, 2022

TOT KRS Musleh di Thailand

[BERITA]

Yala, 2 Julai 2022 - Satu program “Training of Trainers” telah diadakan di Phattana Witya School Yala, Thailand selama satu hari.  Para peserta seramai 42 orang terdiri daripada guru-guru rangkaian Assalam Smart School Association (ASSA)Thailand. Sebanyak 30 buah sekolah dari wilayah Pattani, Yala, Naratiwat, Songkla, Satun dan Phanga terlibat. Kursus dikendalikan oleh pasukan jurulatih diketuai oleh Mejar KRSM Abd Rahaim bin Md Isa, Ketua Sektor Kokurikulum Bahagian Pembangunan dan Perkembangan Pendidikan IKRAM Musleh.

Menurut Abd Rahaim, tujuan program ialah untuk memberi latihan praktikal kepada wakil-wakil sekolah tatacara pengendalian, pengurusan dan pentadbiran program-program yang dianjurkan. 

Antara program yang dibentangkan adalah International Eco Nature Virtual Run (IENR) , Remote Musleh International Students Traditional Archery Championship (R-MISTAC), Pertandingan Video Pendek IKRAM Musleh (PVPIM) dan Program  Pengantarabangsaan Silang Budaya (PPSB).

Semoga dengan penganjuran program TOT ini dapat memberi kefahaman yang jelas kepada para peserta. 

Selesai kursus TOT, keesokan harinya, pasukan jurulatih telah dibawa berkunjung ke tiga buah sekolah rangkaian ASSA dalam wilayah Yala sebelum bertolak pulang ke Malaysia.




Berita asal klik DISINI