Thursday, June 8, 2017

ZIARAH SUSULAN PERKAMPUNGAN ORANG ASLI




ZIARAH SUSULAN AWAL RAMADHAN 

Seri Kembangan, 1 Jun 2017 (Khamis) - Ziarah Susulan Awal Ramadhan di Perkampungan Orang Asli Kampung Air Bah, Grik pada 29-30 Mei 2017 berjaya dilaksanakan. Pengerusi KRS Musleh, Mejar KRSM Abd Rahaim b. Md Isa mengetuai trip ziarah kali ini. Seramai 40 orang pelajar dan guru turut ikut serta menjayakan aktiviti yang dirancang bersama penduduk kampung seperti

Wednesday, June 7, 2017

KEMBARA EDUTRIP SIRI 1: Aceh (30 Mei hingga 3 Jun 2017)



KEMBARA EDUTRIP SIRI 1

ACEH: SEJARAH JIHAD DAN PENDIDIKAN


Seri Kembangan, 6 Jun 2017 (Selasa) – Alhamdulillah, Kembara Edutrip Siri 1 ke Aceh anjuran KRS Musleh dan Unit KoKurikulum IKRAM Musleh pada 30 Mei hingga 3 Jun 2017 berjaya dilaksanakan di bawah bimbingan PM Dr.Hafidzi b. Mohd Noor. Seramai 22 orang termasuk wakil Sekretariat KRS Musleh, Kapten KRSM Rofazlin b. Jusoh sebagai ketua rombongan menziarahi beberapa tempat bersejarah umat Islam berjuang berjihad menentang penjajah (Belanda dan Portugis). Antara tempat yang dilawati adalah Inong Balee, Indrapatra Indrapuri, Masjid Tuhaa, Tanoh Abee, Makam Sultan Iskandar Muda, Kuburan Massal, Aceh Tsunami Museum dan Kapal PLTD Agong I. Tiga orang serikandi Islam yang terkenal di Aceh adalah Laksamana Tengku Keumala Hayati, Tengku Fakinah dan Cut Nyak Dien. PM Dr Hafidzi banyak menekankan kesedaran umat Islam di Aceh yang sebenarnya jihad adalah sewajibnya melalui pendidikan. Jihad tanpa pendidikan tidak ke mana.