
Kontinjen KRS MUSLEH seramai 36 orang anggota dan 3 orang pegawai telah
menyertai Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Kebangsaan di Pusat
Kokurikulum Malangang, Kiulu, Tuaran, Sabah. Kontinjen KRS MUSLEH telah
bergabung dengan 15 kontinjen negeri/wilayah lagi yang turut sama dalam
perkhemahan ini menjadikan jumlah penyer
taan
lebih 700 orang. Mereka bermula di SMI Al Amin Bangi pada 12 Julai 2012
dan berlepas ke Kota Kinabalu pada 13 Julai 2012.
Program telah
berlangsung sehingga 18 Julai 2012. Walaupun tidak mendapat hadiah
dalam pertandingan kawad yang hanya satu2nya pertandingan antara
kontinjen negeri tetapi mereka telah memberi komitmen dalam pasukan
integrasi antara kontinjen dan memenangi berbagai hadiah dalam kategori
putera dan puteri. Pengalaman berinteraksi dengan kaum2 lain khususnya
dari Sabah dan Sarawak menjadi satu kenangan yg sukar dilupakan.
Lebih
mengembirakan apabila dalam ucapan aluan Ketua Sektor Pengurusan dan
Pembangunan Kemanusiaan JPN Sabah dalam majlis perasmian penutup, beliau
melahirkan rasa gembira kerana Perkhemahan Perdana KRS kali ini dapat dilaksanakan
buat kali pertama di Malaysia Timur dan lebih bermakna dengan penyertaan
KRS MUSLEH, dan beliau meminta semua hadirin memberikan satu tepukan
gemuruh untuk KRS MUSLEH. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan
oleh Pengarah JPN Sabah, selaku Pengarah KRS Sabah dan turut dihadiri
oleh Ketua Penolong Pengarah KRS Malaysia KPM, Penolong Pengarah KRS
Malaysia serta tetamu jemputan.
Tahniah
kpd wakil2 anggota KRS MUSLEH drpd SMART Tok Bedu, SMI Islah Sg Petani,
SMAlHidayah Ipoh, SMI Hira' Jeram, SMIAAmin Gombak. SMIAAmin Bangi,
MTAsSaidiyah Seremban, SMI Hidayah Johor, SMI Irsyad Kuantan, SMIAAmin
Kemaman dan SMI Aman Kota Bharu. Terima kasih juga kpd Tuan
Abd Rahaim Md Isa, Tuan
Shahrinizam B. Mohd Amin dan Puan Sholihah Md Nor (SMIAman KB) yg turut serta menjayakan program ini.
Pertandingan antara kontinjen hanya kawad kaki, yang lain adalah
pertandingan antara platun integrasi negeri2 spt ikatan, gajet, kembara,
permainan tradisional, orienteering, ikhtiar hidup. Selain itu ialah
lawatan ke muzium sabah, 1 borneo dan pasar kraftangan di Kota Kinabalu.
Banyak pengalaman yang dapat diambil utk dibawa balik. Sebahagiannya
utk diaplikasi, diubahsuai dan sebahagiannya perlu dibuat perubahan bagi
memantapkan kredibiliti KRS sebagai wadah pembentukan peribadi dan
kepimpinan pelajar.
Gambar kenangan