Thursday, July 1, 2021

PERHIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN 2021

PERHIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN 2021

10 JUN 2021 bersamaan 29 SYAWAL 1442H

9.00 MALAM


Alhamdulillah, Perhimpunan Solidariti Palestin (Dalam Talian) melalui Youtube LIVE KRS Media dan Facebook LIVE KRS Musleh berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan ucapan aluan daripada moderator yang bersemangat iaitu Kapten KRSM Rofazlin Jusoh. Beliau mengimbau kembali bagaimana sejarah Palestin satu tika dulu. Kesemua pemidato yang dijemput terdiri daripada Saudara Nadir Al-Nuri (Gaza), Dr Sukro Muhab (Indonesia), Saudari Nur Heliza Helmi (Selebriti/Aktivis), Prof Madya Mazlan Muhammad (Thailand) dan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor (Malaysia) menghangatkan suasana dengan penyampaian pidato berkisar isu Palestin yang kita cintai. 






Suasana terus dihangatkan dengan persembahan nasyid semangat daripada Kumpulan Izzatul Islam. Suasana malam yang sejuk tidak dirasakan. Masing-masing ingin sahaja mengangkat senjata untuk membantu sahabat-sahabat di Palestin sana.

Setinggi kesyukuran juga kerna sumbangan yang dibuka dan ditutup pada hari program ini berlangsung mencapai kutipan sebanyak RM95,964.00, Allahuakbar! Alhamdulillah dan setinggi kesyukuran kepada semua penyumbang.


Majlis diakhiri dengan bacaan doa Qunut Nazilah oleh Kapten KRSM Rofazlin Jusoh. Semoga Palestin bebas dan pihak Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu menjayakan Majlis ini secara langsung atau tidak langsung.

Bertemu lagi di ruangan yang lain.

👍🏼Salam Ukhuwwah untuk Semua👍🏼