Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog ini. Suka ingin Unit Kokurikulum IKRAM Musleh dan KRS Musleh maklumkan bahawa acara tahunan KRS Musleh telah kembali lagi yang namanya Mistac sebelum ini. Oleh kerana seluruh dunia sedang menjalani kehidupan norma baharu maka nama Mistac telah menjadi R-Mistac iaitu "Remote MUSLEH International Students Traditional Archery Championship". Berikut adalah maklumat untuk R-Mistac 2021 yang akan berlangsung nanti:
Monday, October 18, 2021
Pertandingan R-Mistac 2021 Kembali Lagi!
Wednesday, September 15, 2021
MAJLIS PENUTUPAN & PENGUMUMAN PEMENANG PVPIM 2021
Tuesday, September 14, 2021
Sunday, September 5, 2021
Pertandingan Melukis Poster Sempena Kempen Solidariti Keamanan Sejagat 2021
- Tempoh penjurian dan penghakiman -
Pengumuman pemenang akan dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 16 September nanti. Senarai pemenang akan dipaparkan melalui facebook rasmi KRS Musleh. Para peserta boleh melihat siapakah yang akan diumumkan sebagai pemenang melalui ruangan facebook tersebut. Senarai dijangka akan dipaparkan bermula jam 10.30 pagi.
Friday, August 13, 2021
Projek Dana Musleh - Cendawan Sinar Venture (CSV)
Thursday, July 1, 2021
PERHIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN 2021
PERHIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN 2021
10 JUN 2021 bersamaan 29 SYAWAL 1442H
9.00 MALAM
Alhamdulillah, Perhimpunan Solidariti Palestin (Dalam Talian) melalui Youtube LIVE KRS Media dan Facebook LIVE KRS Musleh berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan ucapan aluan daripada moderator yang bersemangat iaitu Kapten KRSM Rofazlin Jusoh. Beliau mengimbau kembali bagaimana sejarah Palestin satu tika dulu. Kesemua pemidato yang dijemput terdiri daripada Saudara Nadir Al-Nuri (Gaza), Dr Sukro Muhab (Indonesia), Saudari Nur Heliza Helmi (Selebriti/Aktivis), Prof Madya Mazlan Muhammad (Thailand) dan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor (Malaysia) menghangatkan suasana dengan penyampaian pidato berkisar isu Palestin yang kita cintai.
Setinggi kesyukuran juga kerna sumbangan yang dibuka dan ditutup pada hari program ini berlangsung mencapai kutipan sebanyak RM95,964.00, Allahuakbar! Alhamdulillah dan setinggi kesyukuran kepada semua penyumbang.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa Qunut Nazilah oleh Kapten KRSM Rofazlin Jusoh. Semoga Palestin bebas dan pihak Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu menjayakan Majlis ini secara langsung atau tidak langsung.
Bertemu lagi di ruangan yang lain.
ππΌSalam Ukhuwwah untuk SemuaππΌ
Monday, June 7, 2021
Daurah Khas Jurulatih KRS Musleh
Daurah Khas Jurulatih (DKJ) KRS Musleh Siri Dua untuk sesi 2021 telah berlangsung pada 3 Jun 2021 sehingga 6 Jun 2021. Daurah ini merupakan salah satu syarat bagi peserta kenaikan pangkat Leftenan Muda.
Tuesday, June 1, 2021
KURSUS ASAS KAWAD KAKI KRS Musleh (Siri 2)
Kursus asas kawad kaki ini adalah untuk pegawai dan jurulatih KRS Musleh yang terpilih. Kursus ini bermula 29 Mei 2021 sehingga 19 Jun 2021.
Friday, April 9, 2021
Bengkel Dokumentasi KRS MUSLEH (Siri Kedua)
Telah berlangsung Bengkel Dokumentasi KRS MUSLEH Siri Kedua bertempat di Kuala Kubu Bharu bermula 28/3/2021 sehingga 30/3/2021. Turut hadir pada siri kali ini adalah wakil daripada KRS Negeri Selangor.




















