Thursday, February 17, 2022
Lawatan Muhibbah KRS Musleh ke Persekutuan Pengakap Malaysia
Friday, February 11, 2022
Kursus Kemahiran Asas (KurKem) KRSM 2022
Monday, January 10, 2022
50KM KRS RUNNING CHALLENGE (50KM KRC) MELABUH TIRAI
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah pada 9 Januari 2022, 50KM KRC telah melabuh tirai dengan acara pengumuman cabutan bertuah. Turut diumukan juga senarai pemenang mengikut kategori.
Berikut adalah pemenang untuk cabutan bertuah yang merupakan pakej penginapan dan penerbangan ke Pulau Langkawi (3 hari 2 malam) untuk dua orang dan juga pakej penginapan di D'Amir Chalet & Fishing Corner (3 hari 2 malam) untuk dua orang:
Monday, January 3, 2022
MISI BANTUAN BANJIR
TAHUN BARU DI MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE BUKIT CHANGGANG, RTB BUKIT CHANGGANG DAN LABOHAN DAGANG, SEPANG
Alhamdulillah seramai 21 orang sukarelawan yang terdiri daripada sukarelawan KRS Musleh, Persatuan Khidmat Rakan Setia Malaysia dan Majlis Jurulatih KRS Musleh telah bergabung tenaga dalam Misi Bantuan Pasca Banjir di Sepang, Selangor pada 1 hingga 3 Januari 2022.
Pengarah Pasukan Sukarelawan Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh), Mejar KRSM Soleh bin Senafi memaklumkan bahawa misi utama pasukan adalah bertujuan untuk menggerakkan barisan jurulatih dari seluruh negara dalam melakukan kerja - kerja amal dan juga menyantuni masyarakat yang terlibat. Antara kerja yang dilakukan ialah pembersihan beberapa buah rumah penduduk yang dilanda banjir luar biasa. Kerj-kerja pembersihan ini dapat dilakukan dengan sempurna hasil dari kerjasama dengan sukarelawan i-Bantu IKRAM Kuala Langat dan Sepang.
Turut juga dijalankan dalam misi ini adalah penyampaian barangan sumbangan rakyat Malaysia yang dibuat melalui MyCARE. Barang-barang tersebut telah dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda para sukarelawan. Antara barang yang disumbangkan adalah set dapur, tikar, bantal, toto, periuk nasi elektrik dan cerek elektrik. Dalam pemberian sumbangan ini, pihak KRS MUSLEH telah dibantu oleh sukarelawan i-Bantu Kuala Langat dan Pulau Pinang. Lebih dari 60 buah rumah telah mendapat sumbangan sekitar Labohan Dagang dan Bukit Changgang.
Wednesday, December 1, 2021
SENARAI PENUH "LUCKY DRAW" IENVR 2021
Salam sejahtera. Pada 28 November 2021 International Eco Nature Virtual Run 2021 (IENVR 21) telah melabuhkan tirai dengan acara penutup iaitu cabutan bertuah hadiah-hadiah utama yang di langsungkan secara maya. Berikut adalah video penuh senarai pemenang cabutan bertuah kategori peserta teramai (peringkat sekolah) dan individu. Saksikan:
Langkah - langkah untuk mendaftar 50KM KRS Running Challenge 2021
Berikut cara-cara atau langkah-langkah untuk mendaftar sebagai peserta larian 50KM KRS Challenge.
Langkah 1 - Isikan semua maklumat yang dikehendaki
Langkah 2- Setelah selesai mengisi semua maklumat dan pilih pakej baju, seterusnya:
>> klik petak pink (BAYAR) di bahagian bawah
>> Semak tempahan anda - tekan BAYAR sekali lagi
>> Klik petak biru (Continue Checkout) jika semakan item yang dipaparkan telah dipastikan betul
>> Dapatkan nombor TAC yang dihantar telefon bimbit anda dan masukkannya ke ruangan berkenaan (no TAC hanya sah untuk tempoh 5 minit sahaja)
>> Pilih shipping method (Semenanjung / Sabah Sarawak) DAN Klik Petak Biru (Save Shipping Method)
>> Klik PAY NOW
>> dan teruskan langkah - langkah perbankan dalam talian seperti biasa hingga selesai..
>> Setelah PEMBAYARAN dibuat atas nama YEZZA TECH SDN BHD, anda akan menerima ayat "THANK YOU FOR YOUR PURCHASE!" dan diikuti dengan Nombor Order di BAWAHNYA yang menunjukkan bahawa pendaftaran dan pembayaran anda telah berjaya . PASTIKAN ANDA INGAT NO ORDER (Juga disebut nombor Resit atau nombor Rujukan) untuk sebarang rujukan.
Resit juga boleh disimpan dan dicetak sendiri oleh anda apabila anda klik petak VIEW YOUR RECEIPT..
>> SELESAI
Tahniah atas pendaftaran dan pembelian anda..
Nota : Pengeposan baju atau kit larian akan dibuat bermula 10 JANUARI 2022..
Tuesday, November 23, 2021
SURAT KEBENARAN PENGLIBATAN PEGAWAI MENYERTAI 50KM KRS RUNNING CHALLENGE
Berikut dilampirkan surat kebenaran penglibatan pegawai pendidikan / guru pasukan beruniform sekolah-sekolah KPM untuk program 50KM KRS RUNNING CHALLENGE.
SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN 50KM KRS RUNNING CHALLENGE
KONSEP LARIAN
Larian 50 KM KRS RUNNING CHALLENGE ini ialah larian maya yang boleh dibuat secara bertahap atau sekaligus dalam masa yang ditetapkan sama ada secara individu atau berkumpulan di tempat masing - masing.
SYARAT - SYARAT LARIAN
1. Semua larian hendaklah direkod menggunakan aplikasi STRAVA. Bagi peserta yang belum mempunyai aplikasi tersebut hendaklah muat turun ke dalam telefon bimbit masing masing. Hanya PAUTAN STRAVA (link) bagi setiap larian yang dibuat sahaja yang perlu dihantar, bukan TANGKAPAN SKRIN (Screen Shot)
2. Masa maksimum yang ditetapkan ialah selama 10 hari (Dalam tempoh 20 - 29 Disember 2021 sahaja)
3. Peserta yang tidak dapat menghabiskan jarak larian dalam tempoh yang ditetapkan dikira sebagai tidak menghabiskan larian (DNF = Did Not Finished) dan dikategorikan sebagai TIDAK BERJAYA.
5. Peserta yang membuat larian sama ada lebih awal atau lebih lewat (di luar) dari tempoh yang ditetapkan juga akan dikira sebagai Tidak Memulakan Larian ( DNS = Did Not Started) dan dikategorikan sebagai TIDAK BERJAYA.
6. Pemenang dikira berdasarkan jumlah masa terpantas yang diambil untuk keseluruhan jarak 50KM bagi setiap kategori.
7. Larian menggunakan treadmill adalah TIDAK DIBENARKAN.
8. Jarak minimum larian yang diterima bagi setiap Link yang dihantar adalah 3KM. Jarak yang kurang tidak akan dikira atau dimasukkan ke dalam sistem pengiraan.
9. Semua rekod yang dihantar melalui Strava tidak boleh di edit sama sekali. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan dengan serta merta jika didapati berbuat demikian.
10. Hanya rekod larian sendiri sahaja yang dihantar, bukan menghantar / menggunakan rekod larian orang lain. Pembatalan. penyertaan juga akan dibuat jika didapati peserta melakukan perkara tersebut
SYARAT PENYERTAAN BERKUMPULAN
1. Bagi kategori berkumpulan, satu kumpulan WAJIB terdiri dari 3 ORANG yang sama jantina. Jarak 50KM perlu dihabiskan dalam tempoh yang sama dan boleh berkongsi pembahagian jarak tersebut sesama ahli dalam kumpulan mengikut strategi kumpulan masing – masing.
2. Sila cipta satu nama kumpulan bagi memudahkan pihak penganjur membuat kiraan KM dan jumlah masa bagi setiap ahli dalam kumpulan tersebut. Pastikan juga nama ini adalah sama dengan ahli kumpulan masing masing semasa membuat pendaftaran.
3. DIGALAKKAN setiap kumpulan terdiri dari pegawai dalam pasukan beruniform yang sama.
4. Nama kumpulan yang dicipta hendaklah tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan politik serta tidak menggambarkan sebarang nama berbentuk ekstrimis.
5. Penganjur berhak minta peserta untuk mengubah jika terdapat nama yang sama dengan kumpulan lain.
Monday, November 15, 2021
50KM KRS RUNNING CHALLENGE
"ANDA BERUSIA 25 TAHUN KEATAS YANG SUKA LARIAN?"
"ANDA PENDIDIK ATAU ANGGOTA BADAN BERUNIFORM YANG MINAT LARIAN?"
"ANDA BOSAN LARIAN TREK PENDEK?"
"ANDA MINAT BERLARI TREK PANJANG TAPI TAK MAMPU BUAT SECARA INDIVIDU?"
-BACA POSTING NI SAMPAI HABIS!-
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog kami. Berita menarik buat peminat acara larian trek panjang! Kali ini istimewa buat pasukan badan beruniform. Samada anda Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Malaysia, ST John Ambulance, Kadet Bomba, mana-mana Persatuan Seni Bela Diri atau apa sahaja badan beruniform di Malaysia larian ini TERBUKA UNTUK ANDA!
Sekretariat KRS Musleh dengan kerjasama PERSATUAN KHIDMAT RAKAN SETIA MALAYSIA (PKRSM) menganjurkan 50KM KRS RUNNING CHALLENGE buat anda yang bergelar pegawai di dalam mana-mana badan beruniform di seluruh negara. Larian ini boleh dibuat secara individu ataupun secara berkumpulan (wajib 3 orang satu kumpulan).
Syarat larian adalah perlu habiskan dalam tempoh 10 hari samada secara individu ataupun berkumpulan. Jika secara berkumpulan, anda boleh bahagikan diantara ahli untuk tamatkan 50km/kumpulan.
Hadiah menarik buat peserta paling pantas tamatkan larian akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah KESELURUHAN RM6,800.
Apa lagi yang menarik selain hadiah? Larian ini dapat sokongan dari KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Bahagian Sukan, Kesenian dan Kokurikulum). Menarik kan?! Nantikan tarikh pendaftaran pada 1 Disember 2021 ini. Tapi sekarang ni nak buat apa selain tunggu tarikh pendaftaran? Sebarkan dan ajak kawan-kawan satu pasukan untuk sertai.
Berikut adalah maklumat-maklumat mengenai larian ini.
UNTUK BERDAFTAR SILA KLIK DISINI (akan dibuka pada 1 Disember 2021). Sebarang pertanyaan sila hubungi Kapten Rofazlin bin Jusoh (011-32065873)
Ayuh sertai dan ajak pasukan anda!
IMBAS QR CODE UNTUK MAKLUMAT LAIN ATAU KLIK PAUTAN:















