Tuesday, November 2, 2021

TAHNIAH PEMENANG R-MISTAC 2021

      Alhamdulillah R-Mistac 2021 telah tamat dengan jayanya pada 30 Oktober 2021 jam 8 malam. Dan keputusan rasmi telah dikeluarkan.

    Ditayangkan nama-nama pemenang Pertandingan R-Mistac 2021 yang telah berlangsung secara maya dengan penglibatan dari empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.


Video juga boleh ditonton disini

    Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat. Semoga kita terus berentap dan bersaing dalam acara memanah tradisional ini pada masa akan datang.     Berikut beberapa foto sepanjang pertandingan dijalankan yang telah dikongsikan oleh peserta R-Mistac 2021










    Turut boleh ditonton montaj pembukaan dan perasmian R-Mistac 2021 disini. Juga boleh tonton kembali video Majlis Pembukaan dan Perasmian R-MIstac 2021di Youtube Channel KRSMedia. Ketahui aktiviti-aktiviti MeTra akan datang di FACEBOOK PAGE rasmi.

Monday, October 18, 2021

Pertandingan R-Mistac 2021 Kembali Lagi!

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog ini. Suka ingin Unit Kokurikulum IKRAM Musleh dan KRS Musleh maklumkan bahawa acara tahunan KRS Musleh telah kembali lagi yang namanya Mistac sebelum ini. Oleh kerana seluruh dunia sedang menjalani kehidupan norma baharu maka nama Mistac telah menjadi R-Mistac iaitu "Remote MUSLEH International Students Traditional Archery Championship".  Berikut adalah maklumat untuk R-Mistac 2021 yang akan berlangsung nanti:





    Acara ini akan dijalankan secara atas talian pada 30 Oktober 2021 nanti yang akan dimulakan dengan acara pembukaan dan perasmian pertandingan. Ayuh saksikan teaser yang memaparkan maklumat pada 30 Oktober 2021 nanti:


Acara pembukaan ini boleh ditontonsecara langsung di channel youtube KRSMedia, facebook KRS Musleh dan facebook Metra pada 30 Oktober 2021 nanti.

Wednesday, September 15, 2021

MAJLIS PENUTUPAN & PENGUMUMAN PEMENANG PVPIM 2021

Ayuh saksikan, Majlis Penutupan & Pengumuman Pemenang , Pertandingan Video Pendek IKRAM Musleh 2021 [PVPIM’21] dgn Jemputan Sekolah KPM & Antarabangsa yang akan bersiar secara langsung seperti berikut:

Tarikh : 16 September 2021 (Khamis)
Masa  : 3.00 petang (MYT UTC +8)



Klik pautan untuk menonton.




Terus ikuti kami untuk mengetahu aktiviti-aktiviti yang dijalankan di FACEBOOK, INSTAGRAM dan YOUTUBE

Tuesday, September 14, 2021

 PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SEMPENA 

KEMPEN KEMANUSIAAN SEJAGAT 2021






Sunday, September 5, 2021

 Pertandingan Melukis Poster Sempena Kempen Solidariti Keamanan Sejagat 2021

                                    - Tempoh penjurian dan penghakiman -

Alhamdulillah, tempoh penghantaran poster ( Ralat: bukan video seperti yang dimaklumkan dalam poster) telah pun berkahir pada 31 Ogos yang lalu. Sekarang sudah sampai masanya untuk pihak hakim dan para juri membuat penelitian dan penilaian bagi setiap poster yang dihantar. Kita yakin semua poster ini akan dinilai dengan adil dan saksama. 

Pengumuman pemenang akan dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 16 September nanti. Senarai pemenang akan dipaparkan melalui facebook rasmi KRS Musleh. Para peserta boleh melihat siapakah yang akan diumumkan sebagai pemenang melalui ruangan facebook tersebut. Senarai dijangka akan dipaparkan bermula jam 10.30 pagi.




Friday, August 13, 2021

Projek Dana Musleh - Cendawan Sinar Venture (CSV)

 


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Bersua kembali ke projek seterusnya, Projek Dana Musleh iaitu Jualan Cendawan Tiram dengan kerjasama Cendawan Sinar Venture (CSV). Beberapa siri pertemuan dilakukan dan akhirnya projek ini dapat dijalankan dengan kerjasama semua Sekolah rangkaian IKRAM Musleh kepada PIBG sekolah masing-masing. Pihak Syarikat CSV juga membuat beberapa poster dan link pembelian terus agar setiap pembelian masuk melalui sekolah masing-masing.

Contoh poster👇




Setiap minggu juga, pihak CSV mengemaskini jualan tertinggi (3 sekolah dengan jualan terbanyak) sepanjang harga promosi yang ditawarkan.



Dan, berita baik untuk semua, harga promosi iaitu RM20.50 per starter kit DIKEKALKAN sehingga 31/8/2021.
Jom hubungi pihak Sekolah bagi mendapatkan tawaran ini
                                                                                       đź‘‡đź‘‡









Thursday, July 1, 2021

PERHIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN 2021

PERHIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN 2021

10 JUN 2021 bersamaan 29 SYAWAL 1442H

9.00 MALAM


Alhamdulillah, Perhimpunan Solidariti Palestin (Dalam Talian) melalui Youtube LIVE KRS Media dan Facebook LIVE KRS Musleh berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan ucapan aluan daripada moderator yang bersemangat iaitu Kapten KRSM Rofazlin Jusoh. Beliau mengimbau kembali bagaimana sejarah Palestin satu tika dulu. Kesemua pemidato yang dijemput terdiri daripada Saudara Nadir Al-Nuri (Gaza), Dr Sukro Muhab (Indonesia), Saudari Nur Heliza Helmi (Selebriti/Aktivis), Prof Madya Mazlan Muhammad (Thailand) dan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor (Malaysia) menghangatkan suasana dengan penyampaian pidato berkisar isu Palestin yang kita cintai. 






Suasana terus dihangatkan dengan persembahan nasyid semangat daripada Kumpulan Izzatul Islam. Suasana malam yang sejuk tidak dirasakan. Masing-masing ingin sahaja mengangkat senjata untuk membantu sahabat-sahabat di Palestin sana.

Setinggi kesyukuran juga kerna sumbangan yang dibuka dan ditutup pada hari program ini berlangsung mencapai kutipan sebanyak RM95,964.00, Allahuakbar! Alhamdulillah dan setinggi kesyukuran kepada semua penyumbang.


Majlis diakhiri dengan bacaan doa Qunut Nazilah oleh Kapten KRSM Rofazlin Jusoh. Semoga Palestin bebas dan pihak Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu menjayakan Majlis ini secara langsung atau tidak langsung.

Bertemu lagi di ruangan yang lain.

👍🏼Salam Ukhuwwah untuk Semua👍🏼 

Monday, June 7, 2021

Daurah Khas Jurulatih KRS Musleh

    Daurah Khas Jurulatih (DKJ) KRS Musleh Siri Dua untuk sesi 2021 telah berlangsung pada 3 Jun 2021 sehingga 6 Jun 2021. Daurah ini merupakan salah satu syarat bagi peserta kenaikan pangkat Leftenan Muda.



    Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat dan juga jutaan terima kasih kepada jawatan kuasa yang mengendalikan daurah ini.

Ikuti Kami di: FacebookInstagram dan Youtube

Tuesday, June 1, 2021

KURSUS ASAS KAWAD KAKI KRS Musleh (Siri 2)

Kursus asas kawad kaki ini adalah untuk pegawai dan jurulatih KRS Musleh yang terpilih. Kursus ini bermula 29 Mei 2021 sehingga 19 Jun 2021.




    Tahniah kepada semua pegawai yang terlibat dalam menyertai kursus asas kawad kaki. Terima kasih kepada jurulatih yang menyumbang tenaga.


Ikuti Kami di: FacebookInstagram dan Youtube