Sunday, September 5, 2021

 Pertandingan Melukis Poster Sempena Kempen Solidariti Keamanan Sejagat 2021

                                    - Tempoh penjurian dan penghakiman -

Alhamdulillah, tempoh penghantaran poster ( Ralat: bukan video seperti yang dimaklumkan dalam poster) telah pun berkahir pada 31 Ogos yang lalu. Sekarang sudah sampai masanya untuk pihak hakim dan para juri membuat penelitian dan penilaian bagi setiap poster yang dihantar. Kita yakin semua poster ini akan dinilai dengan adil dan saksama. 

Pengumuman pemenang akan dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 16 September nanti. Senarai pemenang akan dipaparkan melalui facebook rasmi KRS Musleh. Para peserta boleh melihat siapakah yang akan diumumkan sebagai pemenang melalui ruangan facebook tersebut. Senarai dijangka akan dipaparkan bermula jam 10.30 pagi.




No comments: