Wednesday, June 15, 2022

Majlis “Sulong” Alumni Sekolah Musleh

Pada 12 Jun 2022, buat julung kalinya telah berlangsung program sulong buat para alumni sekolah-sekolah Musleh iaitu Majlis Hi-Tea Tautan Ukhuwwah Musleh.


Tahniah kepada penganjur dan terima kasih kepada pihak Hotel Mardhiyyah serta Yayasan Abadi.

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi dalam masa akan datang.

Berita penuh baca disini

Untuk gambar lain boleh lihat disini

Antara alumni yang hadir memeriahkan Majlis Tautan Ukhuwah.



Friday, June 10, 2022

Kursus Asas Jurulatih dan Pemantapan Kemahiran KRSM 2022

Pada 5-7 Jun 2022 bertempat di Sekolah Menengah Islam Tahfiz Hira Jeram telah berlangsung Kursus Asas Jurulatih bagi pegawai KRSM yang telah mempunyai kemahiran asas & Pemantapan Kemahiran bagi kadet berpangkat yang mempunyai potensi untuk membantu jurulatih di sekolah masing-masing.

Peserta dan jurulatih bersama Ustaz Isharudding (Pengerusi MPGBSIM) dan Cikgu Khairi (jurulatih BaSed)


Tahniah dan syabas buat mereka yang telah sertai kursus pada kali ini




 





Untuk melihat montaj penuh sila klik disini


Saturday, March 19, 2022

Kursus Pembinaan Pasukan @ Team Building Course (TBC)

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 12-14 Mac 2022, telah berlangsung program sulung Team Building Course (TBC) buat warga kerja Akademi Al-Amin Cheras Selatan (AAACS) @ BTR di Bayou Lagoon, Melaka manakala pada 15-17 Mac 2022 pula telah belangsung TBC di SR Integrasi Hira Rawang.











    Program ini digerakkan oleh pasukan daripada Bahagian Latihan & Kejurulatihan Perunding KRS Musleh Sdn Bhd. Seramai 37 orang peserta bagi AAACS dan 20 orang di SR Integrasi Hira Rawang di bawah bimbingan 5 orang jurulatih yang terlibat dalam program ini.







Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam TBC iaitu program sulung KRS Musleh ini.





Tuesday, March 15, 2022

Kursus Induksi dan Pemantapan Kemahiran TKRS/KRS Musleh di Kemaman

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 10-12 Mac 2022 dan 13-14 Mac 2022 telah berlangsung dua kursus buat guru TKRS/KRS Musleh iaitu kursus induksi dan kursus pemantapan kemahiran. Kedua kursus ini dibuat di dua tempat iaitu Pusat Tahfiz Raudhatul Hijrah Kemaman (10-12 Mac) dan SRI-SMI Al Amin Kemaman (13-14 Mac).


Jurulatih KRS Musleh bersama peserta kursus Pusat Tahfiz Raudhatul Hijrah (atas) dan SRI-SMI Al-Amin Kemaman (bawah)

    Kedua kursus ini dilaksanankan adalah untuk memberi pengenalan dan penekaan mengenai kepentingan KRS Musleh serta memantapkan lagi ilmu asas kemahiran buat guru terutama kepada guru baharu.

    Antara kursus kemahiran yang dijalankan adalah bantu mula, tali temali, kawad kaki, ilmu perkhemahan dan Based. Seramai lima orang pegawai dan jurulatih dari KRSM yang terlibat dalam kedua dua kursus ini.


FOTO PUSAT TAHFIZ RAUDHATUL HIJRAH KEMAMAN










FOTO SRI-SMI AL-AMIN KEMAMAN