Monday, May 21, 2018

Program Susulan Kembara Dakwah 2018

Program Susulan Kembara Dakwah 2018
(Ziarah dan Ifthar Perdana)
18 hingga 19 Mei 2018
Perkampungan Orang Asli Kg Sarok & Kg Sg Urat, Pos Dala, Grik, Perak. 

Penyertaan: 
a. 26 peserta LKD9
b. Pegawai pengiring: 2 Sekretariat dan 1 muallimah

Antara aktiviti:
  • Berbuka Puasa (ifthar)
  • Solat Tarawih
  • Amali Solat Wanita
  • Sumbangan 90 telekung, 200 pelikat + kopiah dan 90 sajadah
 












Tuesday, May 1, 2018

DAURAH JURULATIH SIRI 1/2018


DAURAH KHAS JURULATIH SIRI 1
20-21 Januari 2018
Dewan IKRAM Seri Kembangan

Anjuran
Sekretariat Kadet Remaja Sekolah MUSLEH
dan JK Tarbiah IKRAM Musleh


PENGENALAN

Sepertimana kita sedia  maklum bahawa KRS MUSLEH adalah salah satu badan yang diujudkan untuk melaksanakan dan memantapkan proses tarbiah dan dakwah di sekolah. Ia adalah satu wadah tarbiah khususnya dalam pembinaan kepimpinan pelajar secara sistematik. Pembinaan kepimpinan pelajar berkait rapat dengan kepimpinan para pegawai di sekolah. Sementara kepimpinan pegawai di sekolah berkaitan rapat dengan marhalah tarbiah yang mereka lalui.

Faktor kekuatan tarbiah para pegawai sangat kritikal dan perlu diberi perhatian khusus supaya segala perancangan dan pelaksanaan aktivisme KRS MUSLEH di sekolah mendapat sentuhan tarbawi. Ini akan memberi impak yang besar dalam membina tasawur dan fikrah yang mantap mengenai hadaf bagi setiap kemahiran yang diajar dan pentaksiran yang dijalankan.

Jestru itu, pihak sekretariat telah mengambil inisiatif untuk mengadakan daurah khas ini supaya para pegawai yang menjadi jurulatih KRS MUSLEH bukan sekadar hebat dari sudut kemahiran sebagai seorang jurulatih tetapi mantap dari sudut tarbiah fardhiah dan memenuhi muwasofat (ciri-ciri) kepimpinan yang terkandung dalam arkanul baiah. Maka daurah pada kali ini akan memberi fokus kepada pemahaman yang mantap tentang ciri-ciri kepimpinan pasukan. Semoga ianya dapat diaplikasikan di dalam perancangan aktiviti dan kemahiran KRS MUSLEH di sekolah dan peringkat nasional.

1.       Melahirkan pegawai yang bersifat murobbi yang faham tuntutan harakiyah.
2.       Memudahkan pembentukan mutarobbi di sekolah.
3.       Memahami tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah di sekolah.

Friday, December 15, 2017

Sekilas di PRINT'17


Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Allah SWT Perkhemahan Internasional (PRINT'17) KRS Musleh dengan Jemputan Antarabangsa (Indonesia dan Thailand) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Banyak kenangan, pengalaman dan semestinya kenalan yang diperoleh sepanjang 5 hari para peserta berkhemah. Pada PRINT'17 kali ini, dengan mengambil tema "BERBEKAL UKHUWWAH MEMBINA QUWWAH MERAIH CINTA ILAHI" segala aktiviti yang dirancang berbentuk ikatan ukhuwwah dan kerjasama dipraktikkan dengan baik oleh para Peserta.
         
           Majlis Perasmian Pembukaan yang diadakan pada hari ke-2 bersamaan 11 Disember 2017 dirasmikan oleh En. Noorulanuar bin Baharudin (Penolong Pengarah Bahagian KoKurikulum dan Kesenian). Majlis pembukaan ini diserikan dengan Perbarisan Kehormat KRSM, Persembahan Memanah Tradisional, Persembahan Asas Seni Bela Diri Musleh (BaSeD), dan Persembahan Brass band dari SMK Seri Garing, Rawang, Selangor.
Manakala, pada hari terakhir iaitu bersamaan dengan 14 Disember 2017 diadakan Majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh YB Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan (Timb Menteri Pendidikan 1). Majlis penutup ini dimeriahkan lagi dengan pelancaran Persatuan Alumni KRS IKRAM Musleh (PAKIM), pelancaran Persatuan Asas Seni Bela Diri (BaSeD), pelancaran Persatuan Memanah Tradisional Musleh (MeTra), Persembahan Gendang 24 Musim SM Sin Min, Sungai Petani serta pelancaran Majalah 10 Tahun KRS Musleh.

        Program kerohanian juga ditekankan dengan Qiyamulail pada setiap pagi dan dimantapkan dengan Qiyamulail Perdana pada pagi terakhir. Setiap kali sesi solat berjemaah Subuh dan Maghrib, Al-Ma'thurat dibacakan secara beramai-ramai. Semoga segala dapatan dan pengalaman yang diperoleh daripada PRINT'17 kali ini dapat memantapkan jati diri peserta seterusnya ikatan ukhuwwah berkekalan hingga ke akhirnya.

Lagi gambar serta info di FB KRS Musleh: Page FB KRS Musleh