Projek kembara LKD ke Malaysia Timur di kembangkan dari Sarawak ke Sabah. Wakil KRS MUSLEH telah membuat tinjauan beberapa kampong yang berpotensi untuk dijadikan destinasi kembara 2011. Antara kampong yang diziarahi ialah Kg. Tibabar, Ulu Bongawan, Papar dan Kg. Kota Belut. Kg. Tibabar mempunyai 9 kampong kecil yang terdiri daripada 40 keluarga muslim (200 orang) daripada 2000 orang penduduk kampong dan selebihnya adalah beragama kristian dan tiada agama. Satu perjumpaan dengan Ketua Anak Negeri kg. tersebut telah diadakan. Kampong tersebut tidak mempunyai surau dan masjid, yang ada hanyalah sebuah
balairaya yang boleh 

dijadikan sebagai pusat aktiviti. Seorang anak tempatan (peserta HTC) pernah memberi khidmat pendidikan agama kepada penduduk kampong yang beragama Islam setahun setengah yang lalu. Sejak itu tiada aktiviti keagamaan dijalankan oleh penduduk kampong. Projek ini bertujuan untuk latihan amali pengkaderan dakwah kepada peserta Latihan Kader Du'at (LKD; kumpulan 2) yang akan dilaksanakan pada Mac 2011, Insya Allah.
Monday, November 15, 2010
KRS MUSLEH BERSAMA DAI'E MUDA HTC SABAH
Pada 12 - 14 November 2010, 3 orang pegawai KRS MUSLEH, Mejar KRSM Rahaim, Mejar KRSM Soleh dan
Mejar KRSM Nizam, telah diamanahkan untuk 
mengendalikan perkhemahan untuk bakal dai'e muda anjuran Hidayah Training Center (HTC), Sabah. Perkhemahan ini telah diadakan di KK Advantures, Sg. Beringgis, Papar, Sabah. Seramah 20 orang peserta, 14 lelaki dan 6 perempuan telah menghadiri perkhemahan ini. Objektif perkhemahan ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dan kerja berpasukan peserta sebagai bekalan di jalan dakwah. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah team quest, wall climbing, high rope, flying fox, kayak dan trecking. Pengisian kerohanian juga diadakan seperti solat berjamaah, bacaan ma'thurat, tazkirah, pengisia
n fikrah, ceramah palestine, hirasah dan qiamullail. Beberapa orang kuat HTC seperti
Tuan Hj. Abd. Rahman (Pengarah HTC Sabah), Dr. Zainal (YDP Ikram Sabah), Mohammad Nicholas(JK Ikram Pusat), Us. Ismail Anam (Pengerusi Tarbiyah Ikram) dan Us. Firdaus (HTC) turut hadir memberi sokongan kepada peserta.
KEMAHIRAN MENEMBAK JURULATIH KRSMUSLEH
Alhamdulillah, pada 7 Oktober 2010, seramai 5 orang pegawai atasan krs musleh telah hadir dalam latihan menembak yang diadakan di Lapang Sasar, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah. Latihan tersebut dikendalikan oleh Kolej Tentera Udara, Kepala Batas yang diketuai oleh Mejar Zulhelmi. Turut hadir dalam latihan tersebut ialah unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Jabatan Pengangkutan Jalan, Pulau Pinang.
Friday, November 5, 2010
KRS MUSLEH BERSAMA PERKHEMAHAN TAHUNAN SEKOLAH ISLAM ADNI AMPANG
Sekretariat KRS MUSLEH telah bersama-sama menjayakan Perkhemahan Tahunan KRS MUSLEH Sekolah Islam Adni pada 1 - 3 Nov 2010 bertempat di Nur Laman Bestari Ulu Yam Selangor. Seramai 129 orang pelajar telah menyertai perkhemahan kali ini. Pengendalian perkhemahan ini berkonsepkan Training Of Trainers (TOT) di mana pihak jurulatih menjadi mentor kepada M-Team ADNI yang terdiri drpd Komandan Kem dan mentor selain mengendalikan aktiviti kemahiran yang tertentu. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Laili selaku Pengarah ADNI. Turut hadir ialah Vice Principal ADNI dan Pengetua Sekolah Menengah ADNI. Berbagai aktiviti diadakan tetapi yang paling menyeronokkan dan menguja ialah memasak nasi dan ayam dalam buluh sampai ada peserta yang menangis kerana selama ini tidak diberi peluang memasak sendiri di rumah dan dia sendiri dapat lihat hasil masakannya di depan mata. Tahniah buat para guru yang hadir menjayakan perkhemahan ini. Semoga memberi makna dalam kisah perjalanan hidup antum sebagai seorang pendidik.
Monday, September 27, 2010
AKTIVITI KRS MUSLEH OKTOBER - DISEMBER 2010
Pihak sekretariat telah merancang akan mengadakan beberapa aktiviti sepanjang bulan Oktober - Disember 2010. Diantaranya ialah:
a. Kursus Kemahiran Menembak di Lapang Sasar Kepala Batas, Alor Setar bersama dengan Pelatih Kolej Tentera Udara pada 7 & 8 Oktober 2010. Pegawai terpilih sahaja.
b. Bengkel Pemurnian Sukatan KRSM (Sekolah Menengah) di Pusat Pendidikan Al-Irsyad, Balok, Pahang pada 15 - 17 Oktober 2010. Peserta yang terlibat ialah semua ahli sekretariat krs musleh.
c. Kursus Kenaikan Pangkat Leftenan Muda dan Amali Khas SPIM di Laman Nur Bistari, Ulu Yam, Selangor pada 22 - 26 November 2010. Peserta yang terlibat ialah:
1. semua pegawai yang belum ditauliahkan
2. peserta Syahadah Perguruan Islam Musleh (SPIM)
e. Kursus Pembangunan Jurulatih BaSeD (Level 3) di Pusat Latihan BaSeD, Meru, Kelang pada 4 - 8 Disember 2010. Semua jurulatih BaSeD peringkat kebangsaan yang telah ditauliahkan terlibat dalam kursus ini.
f. Kursus Kemahiran Air (Bronze Medal) & Radio Amatur di Pusat Latihan Belia dan Sukan, Alor Setar pada 13 - 17 Disember 2010. Minimum seorang wakil dari setiap sekolah di kalangan pegawai dan semua jurulatih kebangsaan yang terpilih.
g. Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH di Udara (PENARA 10) di Lembah Kelang pada 27 - 30 Disember 2010. Terbuka kepada semua pelajar SMI (tingkatan 1 - 5) minimum 30 orang satu sekolah (15 lelaki 15 perempuan)
h. Tinjauan Program KEMBARA 2011.
1. tinjauan ke Sabah, 4 - 6 Oktober 2010
2. tinjauan ke Sarawak, 23 - 26 Oktober 2010
Doakan semoga semua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik, insya allah.

PELANCARAN BUKU RUJUKAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
Monday, September 20, 2010
WAKIL KRS MUSLEH KE GAZA
Alhamdulillah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, seorang jurulatih krs musleh Tuan Rofazlin b. Jusoh dari Sekolah Rendah Hidayah Johor Baharu, telah terpilih mewakili Aqsa Syarif dalam konvoi Viva Palestina 5, Misi Kemanusiaan ke Gaza. Untuk makluman lanjut sila layari aqsa2gaza.blogspot.com. Marilah kita sama-sama doakan semoga wakil kita selamat dalam perjalanan pergi ke Gaza dan selamat kembali ke tanah air. Diharapkan pengalaman yang diperolehi dapat kita kongsikan bersama, Insya Allah.Tuesday, July 6, 2010
LAPORAN KONTINJEN KRS MUSLEH KE PERKHEMAHAN PERDANA KRS 2010
Wednesday, June 23, 2010
KURSUS KEMAHIRAN BaSeD 2010
Oleh: Mejar(KRS) Azrul Fazli Bin Abdul Azis
-->
Pertamanya saya merakamkan tahniah buat semua yang telah terlibat dengan majlis pelancaran IKRAM baru-baru ini. Terutama barisan anggota KRSM dan Sakateriat yang segak tampil dengan penuh yakin dan bergaya.
-->
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, kursus kemahiran BaSeD telah selamat dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram. Saya merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua rakan-rakan perjuangan yang berkorban tenaga dan masa bagi menjayakan kursus yang dilakukan serentak ini. Semoga jasa dan pengorbanan kalian dibalas dengan limpahan kerahmatan dari Allah S.W.T. Tahniah juga buat semua peserta peserta kursus yang hadir terutama peserta BaSeD yang cukup bersemangat. Seramai 35 orang peserta BaSed pelajar dan 28 peserta BaSed yang terdiri dari kalangan mualim dan mualimah telah mengikuti kursus kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)