Wednesday, March 24, 2010

KURSUS KENAIKAN PANGKAT 2010 ~ Laporan Kursus Staf Sarjan

Assalamu'alaikum ...
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana KRS MUSLEH telah berjaya mengadakan 4 kursus pemeringkatan pada 14 - 18 Mac yang lalu. Kursus Kenaikkan Pangkat Leftenan Muda, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan. Semua kursus tersebut telah berjaya mencapai objektif yang digariskan, walaupun ada yang agak rendah dari segi pencapaiannya. Dalam postmortem yang dibuat menunjukkan bahawa peserta kursus sarjan kurang dari segi kemahiran. Jadi diharap pada tahun-tahun akan datang pihak sekolah perlu membuat persedian lebih awal.

Monday, March 1, 2010

PERUBAHAN TEMPAT PENDAFTARAN UNTUK PESERTA PEGAWAI WARAN KRS MUSLEH

Untuk makluman para peserta kursus kenaikan pangkat PEGAWAI WARAN KRS MUSLEH yang akan mengikutinya dalam bulan Mac ini, tempat pendaftaran berubah dari Bukit Cerakah ke Sekolah Menengah Hira' Jeram. Masa dan tarikh adalah seperti biasa. Jika terdapat sebarang kemusykilan sila hubungi tuan Abd. Rahaim b. Mat Isa: 0132296552

Monday, February 15, 2010

KURSUS KENAIKAN PANGKAT

Apa khabar sahabat semua? Bagaimana perjalanan aktiviti krs di sekolah? Diharapkan para pimpinan krs sekolah telah menggerakkan ahli di bawahnya. Semoga pada tahun 2010 ini akan membawa lembaran baru kepada kita, Insya Allah.

Pihak sekretariat baru sahaja memutuskan bahawa kursus kenaikan pangkat untuk pegawai dan kadet akan dibuat pada cuti sekolah bulan Mac ini. Pada tahun ini kursus kenaikan pangkat pegawai waran akan diadakan untuk memberi peluang kepada para staf sarjan meningkatkan ilmu, kemahiran, nilai serta pengalaman dalam membina diri yang berketrampilan. Berikut adalah kursus yang akan diadakan pada cuti sekolah bulan Mac ini:

a. Kursus Kenaikan Pangkat Leftenan Muda KRS MUSLEH
Tarikh: 14 - 18 Mac 2010
Tempat: D'Amir Chalet, Kg. Baharu, Setiawan, Perak

b. Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waran KRS MUSLEH
Tarikh: 14 - 18 Mac 2010
Tempat: Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor


c. Kursus Kenaikan Pangkat Staf Sarjan KRS MUSLEH
Tarikh: 14 - 18 Mac 2010
Tempat: D'Amir Chalet & Pulau Pangkor, Perak

d. Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan KRS MUSLEH
Tarikh: 14 - 18 Mac 2010
Tempat: D'Amir Chalet, Kg. Baharu, Setiawan, Perak

Semua surat dan maklumat lengkap telah di e-mailkan kepada semua guru besar dan pengetua dan Insya Allah akan diposkan.

Kepada semua peserta yang akan mengikut kursus ini diharap dapat membuat persediaan diri dari sudut fizikal, mental dan emosi. Tidak lupa juga buat ulangkaji segala ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari di sekolah. Di sana anda akan diuji berdasarkan konstruk yang terdapat dalam modul penilaian KRS MUSLEH. Jangan lupa segala dokumen yang diperlukan, nanti ada yang disuruh balik begitu je....ok jumpa di sana

daripada sekretariat KRS MUSLEH

Wednesday, January 13, 2010

KITA HANYA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN






Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana sepanjang perjalanan PRINT 09 baru-baru ini berada dalam peliharaan Allah s.w.t. Apa yang dirisaukan oleh kebanyakan peserta dan ibu bapa serta urusetia ialah keselamatan peserta terutamanya yang melibatkan aktiviti di air. Urusetia telah membuat beberapa langkah keselamatan untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini.

Thursday, December 24, 2009

PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH - PRINT 2009





HULU YAM (Selangor), 22 Disember - Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah-Musleh 2009 (PRINT ’ 09) di The Woods Resort dekat sini berjaya menghimpunkan 1200 orang pelajar dari negara-negara serantau. Perkhemahan yang berlangsung dari 21 hingga 24 Disember ini bertujuan merapatkan ukhuwah dan membina kemahiran serta ketahanan jati diri pelajar dalam usaha membangunkan modal insan yang seimbang dan berperibadi mulia seperti dituntut oleh agama Islam, demikian menurut satu siaran media yang dikeluarkan oleh Musleh.

Sunday, October 25, 2009

PERKEMBANGAN PRINT'09

Alhamdulillah persediaan sedang berjalan di mana baru-baru ini JK Pelaksana PRINT'09 telah mengadakan mesyuarat kali kedua yang turut dihadiri oleh kedua-dua Penasihat KRS MUSLEH iaitu Pengerusi JK Tarbiah MUSLEH dan Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) di The Woods Ulu Yam. Semua sekolah SRI-SMI MUSLEH sudah mula membuat pendaftaran peserta. Sekolah-sekolah di bawah Rangkaian Pendidikan Islam (RAPI) dan Internasional Centre for Excellence Education (ICEE) juga dijemput untuk menjayakan program kali ini. Mudah2an segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan mendapat pertolongan Allah SWT. Semua sekolah yang belum menghantar senarai peserta dikehendaki mengambil tindakan segera sebelum 15 November 2009. Senarai tersebut hendaklah diemail ke krsmusleh@yahoo.com dan satu senarai ke pejabat MUSLEH bersama bank in slip pembayaran yuran. Marilah kita jayakan program yang gilang gemilang ini. Maklumat lanjut perkembangan PRINT'09 akan dipaparkan di dalam blog PRINT'09 (sedang dikemaskini).
~ Satu Rumpun Satu Matlamat ~

Tuesday, September 15, 2009

MENCARI LAILATUL QADAR


"Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)

Wednesday, September 2, 2009





RAMADHAN


Salam semua saudara saudara ku

apa khabar ramadhan kita?
apa khabar iman kita?
apa khabar taqwa kita?
bagaimanakah perjalanan ramadhan kita pada tahun ini? adakah sama pada tahun lepas?

11 hari sudah berlalu...bagaimana perlumbaan dalam mengerjakan ibadah? bagaimana kita melayan tetamu Allah yang bernama ramdhan ini?

Di manakah kedudukan puasa kita?