Thursday, August 28, 2008
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 51 tanah air kita daripada penjajah. Sebagai ahli KRS MUSLEH adakah kita memahami erti sebenar kemerdekaan. Adakah kita merdeka apabila tanah air kita bebas daripada penjajah, bermakna kita telah merdeka. tetapi hakikatnya minda dan cara fikir kita masih lagi dijajah. Oleh itu kita haruslah mempunyai pengertian yang sebenar apakah itu kemerdekaan? Marilah kita bersama-sama membebaskan diri kita daripada sebarang bentuk penjajahan.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Pihak sekretariat KRS MUSLEH mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga MUSLEH terutamanya para pegawai dan kadet yang telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh sekretariat. Di doakan semoga kita beroleh keberkatan daripada bulan yang mulia ini. Walaupun berpuasa adalah diharapkan aktiviti KRS pun tidaklah berpuasa juga. Perkemaskan pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Jangan lupa baca Al-Quran, solat tarawikh, qiamullail dan amalan-amalan lain yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.
PERKHEMAHAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Insya Allah pada pada 16 - 20 Disember 2008 KRS MUSLEH akan menganjurkan Perkhemahan Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan, tempat yang khusus akan dimaklumkan kemudian. Penyertaan hanya untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Pelajar lain insya Allah tahun depan. Kena beri keutamaan kepada yang tua dulu. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Minta para pegawai, leftenan, leftenan muda, staf sarjan dan sarjan membuat persiapan yang sewajarnya.
Sunday, August 24, 2008
KURSUS KENAIKAN PANGKAT KRSMUSLEH
Alhamdulillah pada 17 - 21 Ogos 2008 yang lalu kursus kenaikan pangkat KRSMUSLEH telah berjaya diadakan di D'Amir Chalet, Kg. Baharu, Sitiawan, Perak. Seramai 60 pegawai ditauliahkan pangkat leftenan muda, 50 kadet ditauliahkan pangkat staf sarjan dan 150 ditauliahkan pangkat sarjan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah ditauliahkan. Semoga dengan pentauliahan tersebut akan mengaktifkan lagi aktiviti krsmusleh di sekolah-sekolah rangkaian musleh. Terima kasih diucapkan kepada semua jurulatih, pembantu jurulatih dan fasilitator yang menjayakan kursus tersebut. Segala jasa, pengorbanan masa dan tenaga yang diberikan akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah s.w.t. Insya Allah.
Tuesday, June 24, 2008
KONTINJEN KRS MUSLEH KE JAKARTA
Selamat datang kepada semua sekolah yang telah menghantar wakil sekolah untuk menyertai kontinjen Malaysia sebagai wakil tunggal penyertaan negara asia pasifik. Program akan bermula pada 8 Julai 2008 di Kompleks Rakan Muda Sementa Klang sebelum berangkat ke Jakarta pada 10 Julai 2008.
Monday, June 23, 2008
Kursus Pemeringkatan Pangkat Sarjan, Staf Sarjan dan Leftenan Muda
Insya allah pada 17 - 21 Ogos ini akan ada kursus pemeringkatan pangkat untuk sarjan, staf sarjan dan leftenan muda. Kursus sarjan dan leftenan muda akan diadakan di D'Amir Chalet, Setiawan, Perak, manakala kursus staf sarjan akan diadakan di Pulau Pangkor. Semua pendaftaran adalah di D'Amir Chalet. Makluman lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Diharap pihak sekolah telah membuat pemilihan calon yang akan mengikuti kursus ini.
Jambore JSIT, Cibubur, Indonesia
Insya allah, seramai 5 orang pegawai dan 30 orang kadet akan mewakili KRSMUSLEH untuk menyertai jambore JSIT yang akan diadakan pada 10 hingga 13 Julai 2008 di Cibubur, Indonesia. Didoakan semoga mereka beroleh ilmu, nilai, kemahiran dan pengalaman yang berguna untuk dimanfaatkan oleh kita bersama, Insya allah. Semoga selamat pergi dan pulang.
Kursus Pentauliahan Pegawai dan Kadet
Alhamdulillah pada 25 - 28 Mei yang lalu seramai 266 peserta telah mengikuti kursus pentauliahan pegawai dan kadet. 16 orang guru telah ditauliahkan pangkat leftenan dan 54 orang berpangkat leftenan muda, manakala 30 orang telah ditauliahkan pangkat staf sarjan, 161 sarjan dan 5 orang kopral. Diharapkan semua para pegawai dan kadet yang telah ditauliahkan ini akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya.
Sunday, June 22, 2008
PENGENALAN KRS MUSLEH
Sejarah KRS MUSLEH
Pada tahun 2007, penasihat PSFM MGBSIM telah mengesyorkan supaya MUSLEH mengambil Kadet Remaja Sekolah Malaysia sebagai aktiviti kokurikulum. Ini adalah disebabkan bahawa:
a. PSFM tidak dibenarkan berdaftar secara rasmi dengan kerajaan
b. KRS Malaysia adalah sebuah badan rasmi dan berdaftar dengan KPM
c. Imej KRS Malaysia yang sejahtera
d. KRS MUSLEH (KRSM) dibenarkan mengekalkan perkara-perkara asas PSFM
Subscribe to:
Posts (Atom)
