PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KESUNAS
SMI 2019
Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Nasional (KESUNAS) SMI
2019 , menjemput semua pelajar dan alumni IKRAM Musleh untuk menyertai
Pertandingan Mencipta Logo yang menjadi identiti serta tanda pengenalan untuk diguna
pakai dalam segala aktiviti yang melibatkan KESUNAS SMI tahun 2019 dan
seterusnya.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
- Penyertaan adalah percuma
dan terbuka kepada semua pelajar dan alumni IKRAM Musleh
- Tiada had dalam bilangan
penyertaan bagi setiap peserta, walau bagaimanapun, hanya satu logo yang akan
dipilih sebagai pemenang.
- Bukti penghantaran bukan
bererti bukti penerimaan.
- Semua penyertaan yang
diterima oleh Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Nasional (KESUNAS) SMI 2019
adalah hak milik Unit Kokurikulum IKRAM Musleh. Unit Kokurikulum berhak ke atas
logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk
digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak.
SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO
- Ciptaan dan reka bentuk
mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh
dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan
bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
- Penyertaan akan terbatal
sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ditiru dari
mana-mana karya tempatan mahupun dari luar negara.
- Reka bentuk hendaklah
dihasilkan menggunakan ukuran 29cm x 29cm berlatar belakang berwarna putih
dalam computer grafik dan juga disediakan dalam bentuk ‘soft copy’ dan ianya
hendaklah disimpan menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi
minimum 1280 x 960 atau menggunakan ‘software’ terkini yang bersesuaian.
- Pereka hendaklah memberi
keterangan atau penjelasan yang ringkas dan rasional ke atas setiap reka bentuk
seperti logo, simbol dan warna yang digunakan.
- Reka cipta hendaklah
mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi lima(5) warna.
BORANG PENYERTAAN
- Penyertaan hendaklah dihantar
dalam bentuk ‘soft copy’ melalui email (‘soft copy’ dalam format .ai dan jpeg.)
- Isi kandungan emel tersebut
perlu mengandungi:
- Nama
- Sekolah / Alumni Sekolah
- No. Kad Pengenalan
- Alamat
- Alamat Emel
- No. Telefon
- Kepilan (attachment) :
- Logo beserta penerangan
- Borang penyertaan yang telah ditandatangan
- Tarikh tutup penyertaan
ialah pada 23 Jun 2019.
- Setiap penyertaan hendaklah
dihantar emel berikut:
- Emel :
krsmedia17@gmail.com
- No. tel
: 013-5199518
·
Maklumat lanjut lawati blog
KRS Musleh.
·
Segala kos untuk menyertai
pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
PANEL PENILAI
- Penyertaan adalah tertakluk
kepada keputusan MUKTAMAD oleh panel penilai. Panel penilai berhak untuk
membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati
peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
- Logo yang terpilih akan
diguna pakai dan menjadi hak milik Unit Kokurikulum IKRAM Musleh.
- Bagi penyertaan yang
dihantar, para peserta hendahklah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah
ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur.
- Penganjur berhak mengguna
semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau
medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa notis atau pembayaran kepada
para peserta.
HADIAH PERTANDINGAN
Hanya SATU (1) reka bentuk logo saja akan dipilih untuk
memenangi pertandingan ini. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM200.00
beserta sijil kemenangan. Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan
pada majlis penutup KESUNAS SMI 2019.
Twitter: kesunas19
Instagram: kesunas19