Friday, December 15, 2017

Sekilas di PRINT'17


Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Allah SWT Perkhemahan Internasional (PRINT'17) KRS Musleh dengan Jemputan Antarabangsa (Indonesia dan Thailand) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Banyak kenangan, pengalaman dan semestinya kenalan yang diperoleh sepanjang 5 hari para peserta berkhemah. Pada PRINT'17 kali ini, dengan mengambil tema "BERBEKAL UKHUWWAH MEMBINA QUWWAH MERAIH CINTA ILAHI" segala aktiviti yang dirancang berbentuk ikatan ukhuwwah dan kerjasama dipraktikkan dengan baik oleh para Peserta.
         
           Majlis Perasmian Pembukaan yang diadakan pada hari ke-2 bersamaan 11 Disember 2017 dirasmikan oleh En. Noorulanuar bin Baharudin (Penolong Pengarah Bahagian KoKurikulum dan Kesenian). Majlis pembukaan ini diserikan dengan Perbarisan Kehormat KRSM, Persembahan Memanah Tradisional, Persembahan Asas Seni Bela Diri Musleh (BaSeD), dan Persembahan Brass band dari SMK Seri Garing, Rawang, Selangor.
Manakala, pada hari terakhir iaitu bersamaan dengan 14 Disember 2017 diadakan Majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh YB Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan (Timb Menteri Pendidikan 1). Majlis penutup ini dimeriahkan lagi dengan pelancaran Persatuan Alumni KRS IKRAM Musleh (PAKIM), pelancaran Persatuan Asas Seni Bela Diri (BaSeD), pelancaran Persatuan Memanah Tradisional Musleh (MeTra), Persembahan Gendang 24 Musim SM Sin Min, Sungai Petani serta pelancaran Majalah 10 Tahun KRS Musleh.

        Program kerohanian juga ditekankan dengan Qiyamulail pada setiap pagi dan dimantapkan dengan Qiyamulail Perdana pada pagi terakhir. Setiap kali sesi solat berjemaah Subuh dan Maghrib, Al-Ma'thurat dibacakan secara beramai-ramai. Semoga segala dapatan dan pengalaman yang diperoleh daripada PRINT'17 kali ini dapat memantapkan jati diri peserta seterusnya ikatan ukhuwwah berkekalan hingga ke akhirnya.

Lagi gambar serta info di FB KRS Musleh: Page FB KRS Musleh

Monday, October 23, 2017

LAWATAN PENANDA ARAS KE THAILAND

LAWATAN PENANDA ARAS KE PATTANI
23 & 24 OKTOBER 2017
3 SEKRETARIAT KRS MUSLEH:
- Tn. Abd Rahaim Md Isa
- Tn. Soleh Senafi
- Tn. Harun Yaakob

Sunday, October 22, 2017

PERTEMUAN KELAB MEMANAH TRADISIONAL

22 Oktober 2017 - Pertemuan pertama kali 15 kelab memanah tradisional dari seluruh negara termasuk dari Thailand dengan Okcula Vakfi, sebuah yayasan di bawah anak PM Turki, Bilal Erdogan bagi mengembangkan kebudayaan Othmaniyah (Ottoman) ke seluruh dunia. Khusus berkaitan memanah tradisional, mereka menyediakan perkhidmatan bimbingan kpd jurulatih archers dari segi teknik melatih, pembuatan peralatan memanah dan persiapan utk pertandingan.

Friday, October 20, 2017

MUSLEH NATIONAL STUDENT TRADITIONAL ARCHERY CHAMPIONSHIP 2017 (MuNSTAC'17)

ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM MUSLEH DAN KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH
TARIKH: 18 OKTOBER 2017
HARI : RABU
MASA 7.30 PAGI – 2.00 PETANG

LAPORAN AKTIVITI:
Sebagaimana yang telah dirancang, MUSLEH NATIONAL STUDENT TRADITIONAL ARCHERY CHAMPIONSHIP 2017 (MuNSTAC'17) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kejohanan yang melibatkan peserta peringkat remaja seantero Malaysia ini telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru, Ipoh.