Thursday, October 12, 2017

LAWATAN KERJA KE WAMY MALAYSIA

Perbincangan KRS MUSLEH bersama WAMY Malaysia ke arah MoU WAMY-IKRAM MUSLEH untuk menjayakan beberapa projek strategik Pembangunan anak muda. Insya Allah.

Saturday, October 7, 2017

KEJOHANAN MEMANAH SUNNAH 2017


TARIKH: 7 OKTOBER 2017
TEMPAT: LAPANG SASAR MEMANAH UUM
PENYERTAAN: 2 PEGAWAI KRS MUSLEH (Tn. Kamaruzaman Che Ya dan Tn. Rubaei Abd Rahaim)

Monday, October 2, 2017

Tahniah


Kapten KRSM Rofazlin Jusoh, beraksi di Bromo Marathon, Surabaya. Top 15 katanya. Tahniah Tuan Rofa.

Saturday, September 30, 2017

MESYUARAT AJK INDUK PRINT '17



KUALA KUBU BHARU, 30 September - Seramai 32 Pegawai KRS MUSLEH telah menghadiri Mesyuarat JK Induk Perkhemahan International KRS MUSLEH (PRINT '17) kali ketiga di Kem Bina Semangat, Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu. Selain dari membuat perbincangan mengikut bahagian tugas masing-masing, semua pegawai turut membuat lawatan tapak sambil diberi penerangan perancangan kawasan aktiviti oleh Mejar KRSM Zaini, Mejar KRSM Soleh dan Mejar KRSM Abd Rahaim. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Mejar KRSM Abd Rahaim, Pengerusi KRS MUSLEH.

Saturday, September 23, 2017

KURSUS SUKAN ORIENTEERING


KUALA KUBU BHARU, 23 September - KRS MUSLEH telah menganjurkan Kursus Sukan Orienteering di Kem Bina Semangat, Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu. Seramai 52 Pegawai KRS MUSLEH dari 29 buah sekolah telah menyertai kursus ini. Barisan jurulatih terdiri daripada 3 orang Pegawai dari KRS Malaysia dibantu oleh 4 Pegawai KRS MUSLEH.