Monday, December 6, 2010

LAWATAN KERJA WAKIL SEKRETRIAT KRS MUSLEH

30 Zulhijjah 1431 bersamaan 6 Disember 2010, 3 orang wakil sekretariat KRS MUSLEH, telah mengadakan lawatan kerja ke Unit Pakaian Uniform, Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kehadiran kami disambut oleh ketua unit, En. Mohd Rashid b. Mean, K.M.N.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk menyerahkan buku rujukan TKRS dan perbincangan program-program terdekat serta perancangan 2011. Beliau amat mengalu-alukan perancangan program yang dirancang oleh KRS MUSLEH dan sedia memberi sokongan serta kerjasama untuk menjayakannya. Kami juga berkesempatan mendapat nasihat supaya melaksanakan segala aktiviti ko-kurikulum di sekolah bagi membantu meritokrasi kemasukan pelajar ke IPT.

Pihak KRS MUSLEH mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan selama ini.

Sunday, December 5, 2010

PERLU BANTUAN SEGERA !!!


Bekas anggota KRS MUSLEH (Staf Sarjan KRSM Zubair-Hidayah JB) dan Amir Latihan Kader Duat 1 yang banyak terlibat dalam membawa panji KRS MUSLEH di persada antarabangsa dan peringkat nasional telah ditimpa musibah kemalangan di lebuhraya Utara-Selatan, 5 km dari R&R Tapah pada 24/11/2010 sekitar jam 7.00 mlm, selepas menjadi ahli panel Forum Nadwah Kepimpinan Pelajar 2010 di Islah Sg Petani.

Akibat kemalangan tersebut, kereta yang dipandunya mengalami kerosakan teruk (total lost). Kereta tersebut dipinjamkan oleh saudara Sufian (Shah Alam). Beliau bersama 2 orang sahabatnya, Abd Rahman (Al Amin Bangi) dan Rashid (Al Amin Gombak) yang merupakan bekas petugas di pejabat METC. Namun kita bersyukur kerana mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Tapah.

Dengan itu pihak Sekretariat KRS MUSLEH memohon simpati semua anggota untuk menghulurkan sumbangan ikhlas melalui akaun Pengerusi KRS MUSLEH (Bank Muamalat : No: 14030057307728, Abd Rahaim bin Md Isa). Kami memohon supaya sumbangan dapat disampaikan sebelum Konvensyen Tahunan MUSLEH (18/12/2010). Pada hari KTM juga kami akan lancarkan satu Tabung Sumbangan Musibah berkaitan beliau. Jumlah sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun dan kutipan tabung akan diserahkan kepada beliau untuk membantu beliau dan meringankan beban saudara Sufian pada hari KTM tersebut.

Monday, November 15, 2010

TINJAUAN KEMBARA LKD KE SABAH

Projek kembara LKD ke Malaysia Timur di kembangkan dari Sarawak ke Sabah. Wakil KRS MUSLEH telah membuat tinjauan beberapa kampong yang berpotensi untuk dijadikan destinasi kembara 2011. Antara kampong yang diziarahi ialah Kg. Tibabar, Ulu Bongawan, Papar dan Kg. Kota Belut. Kg. Tibabar mempunyai 9 kampong kecil yang terdiri daripada 40 keluarga muslim (200 orang) daripada 2000 orang penduduk kampong dan selebihnya adalah beragama kristian dan tiada agama. Satu perjumpaan dengan Ketua Anak Negeri kg. tersebut telah diadakan. Kampong tersebut tidak mempunyai surau dan masjid, yang ada hanyalah sebuah balairaya yang boleh dijadikan sebagai pusat aktiviti. Seorang anak tempatan (peserta HTC) pernah memberi khidmat pendidikan agama kepada penduduk kampong yang beragama Islam setahun setengah yang lalu. Sejak itu tiada aktiviti keagamaan dijalankan oleh penduduk kampong. Projek ini bertujuan untuk latihan amali pengkaderan dakwah kepada peserta Latihan Kader Du'at (LKD; kumpulan 2) yang akan dilaksanakan pada Mac 2011, Insya Allah.

KRS MUSLEH BERSAMA DAI'E MUDA HTC SABAH

Pada 12 - 14 November 2010, 3 orang pegawai KRS MUSLEH, Mejar KRSM Rahaim, Mejar KRSM Soleh dan Mejar KRSM Nizam, telah diamanahkan untuk mengendalikan perkhemahan untuk bakal dai'e muda anjuran Hidayah Training Center (HTC), Sabah. Perkhemahan ini telah diadakan di KK Advantures, Sg. Beringgis, Papar, Sabah. Seramah 20 orang peserta, 14 lelaki dan 6 perempuan telah menghadiri perkhemahan ini. Objektif perkhemahan ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dan kerja berpasukan peserta sebagai bekalan di jalan dakwah. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah team quest, wall climbing, high rope, flying fox, kayak dan trecking. Pengisian kerohanian juga diadakan seperti solat berjamaah, bacaan ma'thurat, tazkirah, pengisian fikrah, ceramah palestine, hirasah dan qiamullail. Beberapa orang kuat HTC seperti Tuan Hj. Abd. Rahman (Pengarah HTC Sabah), Dr. Zainal (YDP Ikram Sabah), Mohammad Nicholas(JK Ikram Pusat), Us. Ismail Anam (Pengerusi Tarbiyah Ikram) dan Us. Firdaus (HTC) turut hadir memberi sokongan kepada peserta.

KEMAHIRAN MENEMBAK JURULATIH KRSMUSLEH



Alhamdulillah, pada 7 Oktober 2010, seramai 5 orang pegawai atasan krs musleh telah hadir dalam latihan menembak yang diadakan di Lapang Sasar, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah. Latihan tersebut dikendalikan oleh Kolej Tentera Udara, Kepala Batas yang diketuai oleh Mejar Zulhelmi. Turut hadir dalam latihan tersebut ialah unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Jabatan Pengangkutan Jalan, Pulau Pinang.

Friday, November 5, 2010

KRS MUSLEH BERSAMA PERKHEMAHAN TAHUNAN SEKOLAH ISLAM ADNI AMPANG

Sekretariat KRS MUSLEH telah bersama-sama menjayakan Perkhemahan Tahunan KRS MUSLEH Sekolah Islam Adni pada 1 - 3 Nov 2010 bertempat di Nur Laman Bestari Ulu Yam Selangor. Seramai 129 orang pelajar telah menyertai perkhemahan kali ini. Pengendalian perkhemahan ini berkonsepkan Training Of Trainers (TOT) di mana pihak jurulatih menjadi mentor kepada M-Team ADNI yang terdiri drpd Komandan Kem dan mentor selain mengendalikan aktiviti kemahiran yang tertentu. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Laili selaku Pengarah ADNI. Turut hadir ialah Vice Principal ADNI dan Pengetua Sekolah Menengah ADNI. Berbagai aktiviti diadakan tetapi yang paling menyeronokkan dan menguja ialah memasak nasi dan ayam dalam buluh sampai ada peserta yang menangis kerana selama ini tidak diberi peluang memasak sendiri di rumah dan dia sendiri dapat lihat hasil masakannya di depan mata. Tahniah buat para guru yang hadir menjayakan perkhemahan ini. Semoga memberi makna dalam kisah perjalanan hidup antum sebagai seorang pendidik.











Monday, September 27, 2010

AKTIVITI KRS MUSLEH OKTOBER - DISEMBER 2010

Pihak sekretariat telah merancang akan mengadakan beberapa aktiviti sepanjang bulan Oktober - Disember 2010. Diantaranya ialah:


a. Kursus Kemahiran Menembak di Lapang Sasar Kepala Batas, Alor Setar bersama dengan Pelatih Kolej Tentera Udara pada 7 & 8 Oktober 2010. Pegawai terpilih sahaja.


b. Bengkel Pemurnian Sukatan KRSM (Sekolah Menengah) di Pusat Pendidikan Al-Irsyad, Balok, Pahang pada 15 - 17 Oktober 2010. Peserta yang terlibat ialah semua ahli sekretariat krs musleh.


c. Kursus Kenaikan Pangkat Leftenan Muda dan Amali Khas SPIM di Laman Nur Bistari, Ulu Yam, Selangor pada 22 - 26 November 2010. Peserta yang terlibat ialah:
1. semua pegawai yang belum ditauliahkan
2. peserta Syahadah Perguruan Islam Musleh (SPIM)


e. Kursus Pembangunan Jurulatih BaSeD (Level 3) di Pusat Latihan BaSeD, Meru, Kelang pada 4 - 8 Disember 2010. Semua jurulatih BaSeD peringkat kebangsaan yang telah ditauliahkan terlibat dalam kursus ini.


f. Kursus Kemahiran Air (Bronze Medal) & Radio Amatur di Pusat Latihan Belia dan Sukan, Alor Setar pada 13 - 17 Disember 2010. Minimum seorang wakil dari setiap sekolah di kalangan pegawai dan semua jurulatih kebangsaan yang terpilih.


g. Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH di Udara (PENARA 10) di Lembah Kelang pada 27 - 30 Disember 2010. Terbuka kepada semua pelajar SMI (tingkatan 1 - 5) minimum 30 orang satu sekolah (15 lelaki 15 perempuan)


h. Tinjauan Program KEMBARA 2011.
1. tinjauan ke Sabah, 4 - 6 Oktober 2010
2. tinjauan ke Sarawak, 23 - 26 Oktober 2010

Doakan semoga semua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik, insya allah.

PELANCARAN BUKU RUJUKAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Alhamdulillah buku rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah akan dilancarkan insya Allah pada April 2011 di PWTC sempena Pameran Buku Kebangsaan 2011. Borang tempahan telah diedarkan ke seluruh sekolah rendah rangkaian musleh. Jika ada sekolah yang belum memperolehi borang tersebut sila hubungi tuan Abd. Rahaim (013-2296552). Buku rujukan ini akan diguna pakai pada tahun 2011 di sekolah rendah rangkaian musleh. Buku log juga akan dijual untuk kegunaan aktiviti sepanjang tahun di SRI dan SMI. Sesi taklimat penggunaan buku rujukan akan diadakan pada bulan Disember ini (tarikh akan dimaklumkan kemudian). Semoga dengan adanya buku rujukan ini akan melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Monday, September 20, 2010

WAKIL KRS MUSLEH KE GAZA


Alhamdulillah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, seorang jurulatih krs musleh Tuan Rofazlin b. Jusoh dari Sekolah Rendah Hidayah Johor Baharu, telah terpilih mewakili Aqsa Syarif dalam konvoi Viva Palestina 5, Misi Kemanusiaan ke Gaza. Untuk makluman lanjut sila layari aqsa2gaza.blogspot.com. Marilah kita sama-sama doakan semoga wakil kita selamat dalam perjalanan pergi ke Gaza dan selamat kembali ke tanah air. Diharapkan pengalaman yang diperolehi dapat kita kongsikan bersama, Insya Allah.