Sekretariat KRS MUSLEH telah bersama-sama menjayakan Perkhemahan Tahunan KRS MUSLEH Sekolah Islam Adni pada 1 - 3 Nov 2010 bertempat di Nur Laman Bestari Ulu Yam Selangor. Seramai 129 orang pelajar telah menyertai perkhemahan kali ini. Pengendalian perkhemahan ini berkonsepkan Training Of Trainers (TOT) di mana pihak jurulatih menjadi mentor kepada M-Team ADNI yang terdiri drpd Komandan Kem dan mentor selain mengendalikan aktiviti kemahiran yang tertentu. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Laili selaku Pengarah ADNI. Turut hadir ialah Vice Principal ADNI dan Pengetua Sekolah Menengah ADNI. Berbagai aktiviti diadakan tetapi yang paling menyeronokkan dan menguja ialah memasak nasi dan ayam dalam buluh sampai ada peserta yang menangis kerana selama ini tidak diberi peluang memasak sendiri di rumah dan dia sendiri dapat lihat hasil masakannya di depan mata. Tahniah buat para guru yang hadir menjayakan perkhemahan ini. Semoga memberi makna dalam kisah perjalanan hidup antum sebagai seorang pendidik.
Friday, November 5, 2010
Monday, September 27, 2010
AKTIVITI KRS MUSLEH OKTOBER - DISEMBER 2010
Pihak sekretariat telah merancang akan mengadakan beberapa aktiviti sepanjang bulan Oktober - Disember 2010. Diantaranya ialah:
a. Kursus Kemahiran Menembak di Lapang Sasar Kepala Batas, Alor Setar bersama dengan Pelatih Kolej Tentera Udara pada 7 & 8 Oktober 2010. Pegawai terpilih sahaja.
b. Bengkel Pemurnian Sukatan KRSM (Sekolah Menengah) di Pusat Pendidikan Al-Irsyad, Balok, Pahang pada 15 - 17 Oktober 2010. Peserta yang terlibat ialah semua ahli sekretariat krs musleh.
c. Kursus Kenaikan Pangkat Leftenan Muda dan Amali Khas SPIM di Laman Nur Bistari, Ulu Yam, Selangor pada 22 - 26 November 2010. Peserta yang terlibat ialah:
1. semua pegawai yang belum ditauliahkan
2. peserta Syahadah Perguruan Islam Musleh (SPIM)
e. Kursus Pembangunan Jurulatih BaSeD (Level 3) di Pusat Latihan BaSeD, Meru, Kelang pada 4 - 8 Disember 2010. Semua jurulatih BaSeD peringkat kebangsaan yang telah ditauliahkan terlibat dalam kursus ini.
f. Kursus Kemahiran Air (Bronze Medal) & Radio Amatur di Pusat Latihan Belia dan Sukan, Alor Setar pada 13 - 17 Disember 2010. Minimum seorang wakil dari setiap sekolah di kalangan pegawai dan semua jurulatih kebangsaan yang terpilih.
g. Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH di Udara (PENARA 10) di Lembah Kelang pada 27 - 30 Disember 2010. Terbuka kepada semua pelajar SMI (tingkatan 1 - 5) minimum 30 orang satu sekolah (15 lelaki 15 perempuan)
h. Tinjauan Program KEMBARA 2011.
1. tinjauan ke Sabah, 4 - 6 Oktober 2010
2. tinjauan ke Sarawak, 23 - 26 Oktober 2010
Doakan semoga semua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik, insya allah.

PELANCARAN BUKU RUJUKAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
Monday, September 20, 2010
WAKIL KRS MUSLEH KE GAZA
Alhamdulillah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, seorang jurulatih krs musleh Tuan Rofazlin b. Jusoh dari Sekolah Rendah Hidayah Johor Baharu, telah terpilih mewakili Aqsa Syarif dalam konvoi Viva Palestina 5, Misi Kemanusiaan ke Gaza. Untuk makluman lanjut sila layari aqsa2gaza.blogspot.com. Marilah kita sama-sama doakan semoga wakil kita selamat dalam perjalanan pergi ke Gaza dan selamat kembali ke tanah air. Diharapkan pengalaman yang diperolehi dapat kita kongsikan bersama, Insya Allah.Tuesday, July 6, 2010
LAPORAN KONTINJEN KRS MUSLEH KE PERKHEMAHAN PERDANA KRS 2010
Wednesday, June 23, 2010
KURSUS KEMAHIRAN BaSeD 2010
Oleh: Mejar(KRS) Azrul Fazli Bin Abdul Azis
-->
Pertamanya saya merakamkan tahniah buat semua yang telah terlibat dengan majlis pelancaran IKRAM baru-baru ini. Terutama barisan anggota KRSM dan Sakateriat yang segak tampil dengan penuh yakin dan bergaya.
-->
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, kursus kemahiran BaSeD telah selamat dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram. Saya merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua rakan-rakan perjuangan yang berkorban tenaga dan masa bagi menjayakan kursus yang dilakukan serentak ini. Semoga jasa dan pengorbanan kalian dibalas dengan limpahan kerahmatan dari Allah S.W.T. Tahniah juga buat semua peserta peserta kursus yang hadir terutama peserta BaSeD yang cukup bersemangat. Seramai 35 orang peserta BaSed pelajar dan 28 peserta BaSed yang terdiri dari kalangan mualim dan mualimah telah mengikuti kursus kali ini.
Monday, June 21, 2010
PENYERTAAN KONTINJEN KRS MUSLEH KE PERKHEMAHAN PERDANA 2010
Buat pertama kalinya KRS MUSLEH dijemput untuk menyertai program peringkat kebangsaan ini yang turut dihadiri oleh anggota KRS seluruh Malaysia. Jesteru itu penyertaan kita adalah merupakan satu yang amat besar ertinya dalam konteks membina kepimpinan dan pengalaman serta penghayatan amal Islami dan dakwah bil hal selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif perjuangan KRS MUSLEH.
KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN KRS MUSLEH
PADA 11 - 13 JUN 2010, SERAMAI 14 ORANG KOMANDEN DAN TIMBALAN KOMANDEN SERTA SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH TELAH MENGHADIRI KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN KRS
KURSUS KEMAHIRAN: ILMU PERKHEMAHAN TAHAP 2 2010
ALHAMDULILLAH, PADA 10 - 13 JUN 2010, SERAMAI 22 ORANG PEGAWAI (10 LELAKI 12 PEREMPUAN) TELAH MENYERTAI KURSUS ILMU PERKHEMAHAN TAHAP 2 YANG DIADAKAN DI D'PUNCAK BRIS, SIK, KEDAH DARUL AMAN. FOKUS UTAMA DALAM PERKHEMAHAN KALI INI IALAH KURSUS ASAS KESELAMATAN DI AIR & PEMANTAPAN ILMU ASAS PERKHEMAHAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)