Tuesday, April 21, 2009

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Monday, March 23, 2009

KURSUS KEMAHIRAN KAWAD & ILMU PERKHEMAHAN

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada semua peserta Kursus Ilmu Kemahiran Kawad dan Ilmu Perkhemahan. Pada 17 - 20 Mac yang lalu seramai 124 orang peserta telah mengikuti Kursus Kemahiran Kawad dan 38 orang peserta telah mengikuti Kursus Kemahiran Ilmu Perkhemahan. Kursus Kemahiran kawad telah diadakan di Kompleks Rakan Muda, Sementa Klang manakala ilmu perkhemahan pula telah diadakan di Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam.
Para peserta kemahiran telah didedahkan dengan pelbagai kaedah dan ilmu untuk memantapkan segala ilmu yang ada dalam kedua-dua kemahiran tersebut


Pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih, Jazakallahu Khairan Kathira kepadaTuan Mohd Shah yang telah membantu mendapatkan jurulatih KRS Selangor yang dijemput khas seperti Tuan Wahi, Tuan As'aari, Tuan Zaidi, dan Tuan Zurani yang telah bersama-sama menjayakan kursus tersebut. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Komandan kerana telah memberi keizinan kepada para pegawai untuk menghadiri kursus ini. Kejayaan kursus ini ialah apabila para peserta dapat melaksanakan segala ilmu yang diperolehi di sekolah masing-masing. Antara kemahiran yang telah disampaikan ialah:
a. Ilmu Perkhemahan
1. membina khemah dan pengkalan
2. ikhtiar hidup (berkhemah di hutan)
3. tali temali
4. jerangkap dan jerat
5.memanah
6. kerohanian
7. orienteering
8. memasak di hutan
b. Ilmu Kawad
1. kawad statik
2. kawad dinamik
3. kawad formasi
Semoga semua peserta beroleh manfaat daripada ilmu yang disampaikan dan diamalkan untuk kebaikan para pelajar di sekolah Insya Allah. TAHNIAH DAN SYABAS sekali lagi daripada pihak sekretariat kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini.

JANGAN LUPA UNTUK HADIR DALAM KURSUS YANG LAIN PULA, INSYA ALLAH

Tuesday, February 17, 2009

KURSUS JURULATIH BASED KEBANGSAAN

Tahniah dan syabas. Alhamdulillah pada 13 - 15 Februari 2009 baru-baru ini seramai 11 orang telah ditauliahkan sebagai gurulatih dan jurulatih BaSeD dengan dianugerahkan bengkung oleh Penasihat & Choreographer BaSeD, Cikgu Mohd Khairi b Ab. Rahman, PPN. Kursus tersebut telah diadakan di Pusat Latihan Bina Jago, Jalan Meru Klang. Cikgu Khairi bersama beberapa orang gurulatih BaSed yang telah mengendalikan kursus ini.


Ketika kursus ini dijalankan, terdapat kumpulan pesilat berbangsa Cina daripada Persatuan Buddish Klang turut mengadakan latihan bersama(tetapi bukan latihan BaSeD). Mereka akan mengadakan latihan untuk persembahan seni silat melayu di pertunjukkan seni mempertahankan diri di Jepun pada bulan Mei nanti. Sekiranya ada rezeki, BaSeD juga akan keperingkat antara bangsa. INSYA ALLAH.


Thursday, February 12, 2009

KURSUS KEMAHIRAN KAWAD & PERKHEMAHAAN




Insya Allah pada 17 - 20 Mac (cuti sekolah) pihak Majlis Jurulatih akan menganjurkan kursus kemahiran kawad & perkhemahan. Kursus Kawad Kaki akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Sementa Klang sementara Kursus Ilmu Perkhemahan akan diadakan di Taman Botani Negara (Bukit Cherakah) Seksyen 8 Shah Alam. Peserta perlu sampai ke tapak kursus sebelum pukul 10 pagi, 17/3/09.
Penyertaan dibuka kepada pegawai berpangkat leftenan muda dan leftenan bagi Kemahiran Kawad dan Perkhemahan). Namun begitu bagi sekolah yang belum mempunyai pegawai latihan bertauliah maka boleh menghantar pegawai kadet yang bersesuaian. Bagi pelajar pula, penyertaan hanya dibuka untuk Kursus Kawad Kaki sahaja. Peserta boleh terdiri daripada sarjan dan staf sarjan dan koperal yang berwibawa untuk menjadi jurukawad. Maklumat lanjut akan dihantar terus ke sekolah.

Friday, January 2, 2009

TAQWEEM AKTIVITI TKRS/KRS MUSLEH 2009

Assalamualaikum wbr, pihak Sekretariat memohon maaf kerana ada sedikit perubahan kepada tarikh dan tempat program yang telah dimaklumkan sebelum ini. Berikut ini adalah maklumat terkini. Surat jemputan ke program dan perubahan tarikh/tempat telah/sedang diposkan ke SRI-SMI mulai 1/3/2009.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Setiausaha, Mejar KRS Shahrinizam di talian 013-4818252.


1.0 KURSUS KEMAHIRAN DAN KEJURULATIHAN KRS MUSLEH



Tarikh: 17 – 20 Mac 2009.Tempat:

1. Kompleks Rakan Muda Sementa Klang Selangor - Kursus Kawad Kaki
2. Taman Botani Negara (Bukit Cerakah) Seksyen 8 Shah Alam Selangor - Ilmu Perkhemahan
Kemahiran:
1. Kawad (anggaran peserta: 30 orang) . Guru dan Pelajar
2. Ilmu perkhemahan (30 orang) . Guru sahaja.

Peserta:
1. Leftenan dan Leftenan Muda(kawad & ilmu perkhemahan). Sekolah yang tidak mempunyai Pegawai Latihan Bertauliah boleh menghantar Pegawai Kadet yang bersesuaian.
2. Sarjan & Staf Sarjan &Koperal yang berpotensi dalam kawad (kawad).


Pengarah Kursus Kawad : Mejar KRS Saiful Jamsyir
Pengarah Kursus Ilmu Perkhemahan : Mejar KRS Soleh Senafi

2.0 PEMANTAUAN
Sepanjang bulan April dan Oktober 2009
a. Zon Utara: SRI SMI Azhar Jitra, SRI SMI Islah SP, SRI SMI Islah T. Bedu,

SRI SMI Itqan, T. Kumbar, SRI Furqan K. Kangsar, SRI SMI Hidayah Ipoh,
SRI Hidayah Sri Iskandar,
Tindakan:Penyelia Zon (Tuan Zulkifli Ismail dan Tuan Azrul Fazli)

b. Zon Timur: SRI SMI Aman KB, SRI Amin K.Terengganu, SRI Amin, Kerteh,

SRI Amin Dungun, SRI SMI Kemaman, SRI Irsyad Balok, SRI SMI Irsyad Kuantan.

Tindakan: Penyelia Zon (Kamaruzaman Che Ya, Soleh Senafi, Harun Yaakob)

c. Zon Selatan: SRI SMI Hidayah JB, SRI SMI Saidiyah Srbn

Tindakan: Penyelia Zon (Abd Rahaim Md Isa)

d. Zon Tengah: SMI Hira’ Jeram, SRI Hira’ Kelang, SRI SMI Hira’ SA,

SRI SMI Amin Gombak,SRI Amin KL, SRI SMI Amin Bangi

Tindakan: Penyelia Zon (Shahrinizam Mohd Amin, Azrul Fazli Abd Azis,

Saiful Jamsyir Mohd Hakim)

3.0 KURSUS PENGESAHAN DAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN TKRS KEBANGSAAN


Tarikh: 1 – 5 Jun 2009.Tempat: Pendang, Kedah
Peserta : Murid Tahun 5/6(Ketua Kompeni @ Platun) yang berpotensi
Pengarah: Mejar KRS Soleh Senapi

4.0 KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN/STAF SARJAN & LEFT MUDA KRS

PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh: 7 – 11 Jun 2009.
Tempat: Amir Chalet, Setiawan Perak dan Pulau Pangkor
Peserta : Koperal (Sarjan), Sarjan (Staf Sarjan), Pegawai Kadet (Left Muda)
Pengarah: Mejar KRS Abd Rahaim Md Isa

Timbalan Pengarah Kursus KP LM : Mejar KRS Ust Zolkifli
Timbalan Pengarah Kursus KP SSjn: Mejar KRS Shahrinizam

5.0 PERKHEMAHAN NASIONAL KRS/TKRS MUSLEH 2009

Tarikh: 14 – 17 Disember 2009.
Tempat: Zon Tengah (Selangor / Perak)
Peserta : Pelbagai pangkat
(diutamakan anggota yang mengikuti Modul Tahap 2 dan 3 SRI-SMI)
Pengarah: Mejar KRS Zolkifli b. Ismail
Timbalan Pengarah: Mejar KRS Zaini b. Abd. Rahman,

* Insya Allah pada tahun ini kita menjemput rakan-rakan kita daripada Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunai bagi memeriahkan lagi ukhuwwah fillah di kalangan pecinta penggerak pendidikan Islam.


Disediakan oleh : Sekretariat KRS MUSLEH

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Kami dari sekretariat KRS MUSLEH mengucapkan selamat tahun baru kepada semua ahli KRS MUSLEH.
Setelah setahun kita menggerakkan KRS MUSLEH ini, banyak aktiviti yang telah kita jayakan. Terima kasih dan tahniah kerana andalah yang menjayakannya. Tanpa anda siapalah KRS MUSLEH.
Bagaimana pula dengan tahun 2009 ini?
Adakah anda telah bersedia untuk menggerakkannya di peringkat sekolah ataupun di peringkat kebangsaan?
Adalah diharapkan semua pihak sama ada para pegawai dan kadet telah membuat persediaan yang rapi. Apa yang kita harapkan pada tahun ini pihak sekolah dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pejabat pendidikan daerah atau negeri. Oleh itu, diharapkan pihak Komanden atau Timbalan Komanden dapat menghubungi PPD atau JPN untuk penglibatan dengan KRS Malaysia.
Di peringkat kebangsaan seperti biasa, pihak Sekretariat akan menganjurkan Kursus Kenaikan Pangkat untuk Sarjan TKRS MUSLEH, KRS MUSLEH, Staf Sarjan, Leftenan Muda dan Kursus Kemahiran. Semua makluman akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sila hubungi pihak Sekretariat untuk mendapatkan info berkaitan aktivisme KRS MUSLEH.

Ok selamat berjaya. ~ KRS MUSLEH MEMIMPIN ~

Monday, December 22, 2008

PERNAS 2008


Seramai 149 orang anggota KRS MUSLEH telah berkampung di Kem Rimba Ilmu Juasseh Negeri Sembilan pada 16-19 Disember 2008. Aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan ialah seperti khidmat masyarakat bersama warga emas di Kampung Terusan, membersih tanah perkuburan, merentas halangan, lawatan ke Ladang Ternak Lembu Tenusu, pertandingan rekacipta, BaSeD, pengkalan, kemkraf, pidato dalam bahasa Inggeris/Arab dan masak survival.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmG_dD30lqBgZlaj4WpgPvz2qNhlCZls8Q0IdvajEX2dvXSnN41_hAY13TgYcGaXuLPH_X-zK7x51RjVaHcHUSl-P4ma2wlPf1zC_aWLQRQdu5sOVe4k4fD2pKY8B77_Nzy144rgX9Bh9h/s1600/pernas+2033.jpg
Sebanyak lima (5)negeri yang diwakili oleh SMI yang berkenaan. SMI Al Hidayah Ipoh dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan (Lelaki)PERNAS 2008 dan SMI Al Amin Kemaman sebagai Juara Keseluruhan (Perempuan). Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Penaung KRS MUSLEH, Ust Megat Mohd Amin. Sekalung penghargaan kepada para pegawai KRS Negeri Sembilan yang telah membantu menjayakan PERNAS pada kali ini, khususnya Tuan Mejar KRS Tuah dan Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Wednesday, December 3, 2008

KURSUS PEMANTAPAN & KEJURULATIHAN ~ SIAP KE GELANGGANG BASED

Alhamdulillah seramai 91 orang ahli KRS MUSLEH yang terdiri drpd guru dan pelajar telah berjaya mengharungi latihan BaSeD yang begitu ketat siang dan malam mulai 17-20 November 2008.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL2_2XXZvpdNlThexini78XIho1FoeuHVG8-WkJ8N3sRkrTaVew9PJM3BLWH2J-mHcxCNV2RP-1X2iU8Ohtoo6juqS4FMh6y-QszfzB3xl-lA35yfvawKHNWkwCUY7koGt7yPi6K4sZO38/s1600/DSC02418.JPG
Kursus itu dirasmikan oleh Penaung KRS MUSLEH, Ust Megat Mohd Amin dan acara penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengerusi KRS MUSLEH, Tuan Abd Rahaim. Hari akhir mereka telah diuji dengan asas pergerakan tangan/kaki, elak guna dan pattern. Yang paling mencabar ialah ujian micro teaching dalam menyampaikan pelajaran BaSeD secara teori dan praktikal. Anugerah cemerlang, kepujian dan lulus diberikan berdasarkan prestasi mereka sepanjang 4 hari tersebut. Tahniah kepada yang berjaya, buat pelatih dan penganjur.

PENGGUBALAN SOALAN BERTULIS TKRS 09





Pada 2-4 Dis 2008, satu bengkel penggubalan soalan bertulis TKRS utk Tahun 6 2009 telah diadakan di Pejabat MUSLEH. Seramai 5 orang wakil pegawai KRSM iaitu Tuan Abd Rahaim, Tuan Harun, Tuan Kamaruzaman dan Puan Ainun serta Tuan Saiful telah hadir. Bengkel ini berjalan serentak dengan penggubalan soalan bagi subjek2 SPPM Bertulis yang lain.