[BERITA]
Yala, 2 Julai 2022 - Satu program “Training of Trainers” telah diadakan di Phattana Witya School Yala, Thailand selama satu hari. Para peserta seramai 42 orang terdiri daripada guru-guru rangkaian Assalam Smart School Association (ASSA)Thailand. Sebanyak 30 buah sekolah dari wilayah Pattani, Yala, Naratiwat, Songkla, Satun dan Phanga terlibat. Kursus dikendalikan oleh pasukan jurulatih diketuai oleh Mejar KRSM Abd Rahaim bin Md Isa, Ketua Sektor Kokurikulum Bahagian Pembangunan dan Perkembangan Pendidikan IKRAM Musleh.
Menurut Abd Rahaim, tujuan program ialah untuk memberi latihan praktikal kepada wakil-wakil sekolah tatacara pengendalian, pengurusan dan pentadbiran program-program yang dianjurkan.
Antara program yang dibentangkan adalah International Eco Nature Virtual Run (IENR) , Remote Musleh International Students Traditional Archery Championship (R-MISTAC), Pertandingan Video Pendek IKRAM Musleh (PVPIM) dan Program Pengantarabangsaan Silang Budaya (PPSB).
Semoga dengan penganjuran program TOT ini dapat memberi kefahaman yang jelas kepada para peserta.
Selesai kursus TOT, keesokan harinya, pasukan jurulatih telah dibawa berkunjung ke tiga buah sekolah rangkaian ASSA dalam wilayah Yala sebelum bertolak pulang ke Malaysia.