Monday, December 2, 2013

PERTANDINGAN BASED SMI KRS MUSLEH PERNAS' 13

PEKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS 2013)
KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH (KRS MUSLEH)


PERKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS) KRS MUSLEH 2013

KEDA RESORT AND HOLIDAYS, KG. BENDANG MAN, SIK, KEDAH
21 – 24 DISEMBER 2013

SYARAT PERTANDINGAN Basic Self Defend (BaSeD)
(MENENGAH)

1. PENYERTAAN

1.1. Terbuka kepada pasukan-pasukan pakaian seragam KRSM di sekolah-sekolah menengah IKRAM-MUSLEH
1.2. Hanya DUA pasukan sahaja  iaitu satu pasukan syabab dan satu pasukan fatayat  mewakili sesebuah sekolah.

2. PENDAFTARAN

2.1. Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah 12 orang termasuk seorang ketua pasukan dan dua orang anggota simpanan
2.2. Setiap Pasukan yang didaftarkan  mestilah terdiri daripada jantina yang sama sahaja, anggota dalam Platun yang bercampur syabab dan fatayat tidak dibenarkan.
2.3. Setiap pasukan diwajibkan mengisi borang Pendaftaran dan disahkan oleh Pengetua atau wakilnya. 

3. BILANGAN PESERTA
3.1. Satu pasukan  terdiri daripada 12 orang peserta termasuk Ketua pasukan 
3.2. Setiap pasukan boleh menghantar dua orang peserta simpanan

4. PENGGANTIAN PESERTA
4.1. Semasa pertandingan dijalankan setiap pasukan mestilah dianggotai oleh 10  peserta termasuk ketua pasukan. Pasukan yang kurang atau lebih daripada 10 ahli tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan @ markah akan ditolak.
4.2. Jika ada peserta yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan peserta kurang daripada yang ditetapkan (10 orang), lima markah akan ditolak bagi setiap anggota yang kurang dan juga kepada setiap anggota yang lebih daripada 10 peserta
4.3. Tiada sebarang penggantian peserta ketika pertandingan BaSeD sedang dijalankan. Penggantian anggota hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan  BaSeD dijalankan.

5. MASA
5.1. Masa persembahan sepenuhnya bagi setiap pasukan mestilah tidak kurang dari 12 minit dan tidak melebihi 15 minit sahaja . Pemberian markah bermula apabila pasukan bergerak masuk ke gelanggang dan berdasarkan persembahan dalam tempoh masa yang ditetapkan
5.2. Masa pertandingan diambil kira bermula dari hukuman “HORMAT”.
5.3. Persembahan terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian 1: Pergerakan asas, elak guna dan patern (persembahan patern hendaklah tanpa suara/arahan). Bahagian 2: Persembahan pentas. Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului oleh Bahagian 1.
5.4. Sekiranya masa persembahan kurang dari 12 minit  atau melebihi 15 minit,  5 markah akan dipotong dan perbuatan selepas 15 minit itu tidak lagi diberi markah.
5.5. Wisel sekali dibunyikan untuk isyarat bermulanya masa pertandingan. Wisel dua kali dibunyikan untuk isyarat 12 minit masa pertandingan. Wisel tiga kali dibunyikan untuk isyarat 15 minit atau tamat masa pertandingan.

6. PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1. BaSeD (Level 1 dan 2)

6.1.1. Pasukan dibawa masuk oleh ketua pasukan ke gelanggang dalam satu barisan dan berhenti di hadapan Ketua Hakim. 

6.1.2. Melapor – Ketua Pasukan melapor kepada Ketua Hakim. (Bahasa hukuman : ”Assalamualaikum tuan ! Saya.............Ketua pasukan BaSeD sekolah ............................siap untuk diuji, tuan! Selepas mendapat arahan/isyarat ketua hakim. Terima kasih, tuan!).

6.1.3. Arahan hormat ( hukuman : Syabab…..Hormat!)

6.1.4. Pasukan diwajibkan melakukan  pergerakan asas BaSeD berikut:
i. 2 asas pergerakan tangan level 1
ii. 2 asas pergerakan kaki level 1
iii. 2 asas pergerakan tangan level 2
iv. 2 asas pergerakan kaki level 2
v. 3 elak guna level 1
vi. 3 elak guna level 2
vii. Patern level 1 dan 2 (tanpa arahan/suara)

6.1.5. Persembahan pentas
i. Menggunakan sekurang-kurangnya 5 kemahiran elak guna level 1 atau 2.
ii. Melibatkan semua peserta (10 orang)
iii. Tidak menggunakan sebarang senjata.
iv. Ada penutup persembahan (Pergerakan identiti pasukan)

6.1.6. Penalti akan dikenakan atas kesalahan berikut:
i. Keluar gelanggang
ii. Memberi isyarat
iii. Tidak ikut urutan
iv. Tambah gerakan kecuali persembahan pentas

7. PENGHAKIMAN    
7.1. Hakim terdiri daripada 3 orang yang dilantik dari Jurulatih BaSeD kebangsaan.
7.2. Sekiranya berlaku persamaan markah di antara pasukan-pasukan markah persembahan pentas akan menjadi penentu..
7.3. Keputusan hakim adalah muktamat.

      8 PEMARKAHAN
8.1 Persediaan                        20 markah

i. Kekemasan diri dan pakaian 10 markah
ii. Keseragaman                 10 markah
  8.2 Pergerakan BaSeD        90 markah

i. 2 asas pergerakan tangan level 1 10 markah
ii. 2 asas pergerakan kaki level 1 10 markah
iii. 2 asas pergerakan tangan level 2 10 markah
iv. 2 asas pergerakan kaki level 2 10 markah
v. 3 elak guna level 1          15 markah
vi. 3 elak guna level 2         15 markah
vii. Patern level 1 dan 2 (tanpa arahan/suara) 20 markah

8.3 Pemarkahan Persembahan Pentas   50 markah

i. Unsur gerak                 20 markah
ii. Unsur Penghayatan 10 markah
iii. Unsur suara                 10 markah
iv. Pergerakan penutup 10 markah

8.4 Kreativiti         10 markah
 MARKAH PENUH         170 markah

9.   BANTAHAN
9.1 Keputusan jawatankuasa adalah muktamad.

10. PEMBATALAN
10.1 Tidak memenuhi syarat/peraturan pertandingan
10.2 Jika didapati pasukan melakukan sebarang penipuan

11. PERKARA YANG TIDAK DISEBUT
Perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan atau syarat pertandingan ini boleh diputuskan oleh jawatan kuasa Pengelola dan hakim.


Disediakan Jawatankuasa Pertandingan

No comments: