Monday, December 2, 2013

KAWAD KAKI SRI TKRS MUSLEH PERNAS' 13

SYARAT-SYARAT  PERTANDINGAN KAWAD
(SEKOLAH RENDAH)

1.0 PENYERTAAN
1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (Rendah) yang menyertai Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH 2013.
1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah iaitu:
1.2.1 Kategori Syabab
1.2.2 Kategori Fatayat
1.3 Semua kontinjen  sekolah boleh menghantar 2 pasukan sahaja (satu pasukan Syabab dan satu pasukan Fatayat).
1.4 Semua anggota pasukan yang bertanding hendaklah terdiri daripada peserta Perkhemahan Nasional KRS Musleh 2013.


2.0 PENDAFTARAN
2.1 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah  16 orang termasuk Ketua   Pasukan (tidak termasuk anggota simpanan)
2.2 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada pasukan yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Pasukan campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

3.0 PAKAIAN
3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Pasukan hendaklah pakaian rasmi pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah - pakaian No: 3 – pakaian kawad dan aksesori yang dibenarkan sahaja (pelapik beret, hakel, mafla, lencana poket, kolar dot, tanda nama dan sarung tangan sahaja).
3.2 Setiap satu item yang tiada pada kedudukannya ketika kawad statik dan  dinamik tolak 1 markah bagi satu item.

4.0 PADANG KAWAD
4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 10m. (bukan saiz rasmi)

5.0 JANGKA MASA PESEMBAHAN
5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 10 minit. Pemberian markah bermula apabila pasukan mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 10 minit, markah persembahan tidak akan diberi.
5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’ sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad statik dan dinamik sahaja.
5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad statik.
5.4 Isyarat akan dibunyikan:
5.4.1 Pada minit ke 8, 
5.4.2 Masa tamat, pada minit ke 10

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1 Semua pergerakan kawad statik mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.
6.2 Bilangan Anggota:
6.2.1 Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 16 orang termasuk Ketua Pasukan ketika bertanding.
6.2.2 Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak. (Ditolak 5 markah  bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan.
6.2.3 Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad dijalankan untuk setiap pasukan dengan kebenaran pihak penganjur atas alasan yang munasabah.
6.2.4 Pemeriksaan kekemasan Pakaian: Semua pasukan akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran pertandingan. (15 minit sebelum masuk ke padang kawad)
6.3  Kawad Statik:
a. Pasukan di bawa masuk oleh Ketua Pasukan ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan ditolak 5 markah pasukan.
b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan, kanan....pusing”.
c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”. (masa mula dikira)
d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”.
e. Melapor. Ketua Pasukan melapor ‘siap untuk diuji’ kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Pasukan melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor, contoh; “Assalamulaikum Tuan, Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah L3 siap untuk diuji tuan, terima kasih tuan”.
f. Selepas melapor, tutup barisan. Bahasa hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.
g. Memulakan kawad statik selepas tutup barisan. Pasukan diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:
g.1. Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: “ke kanan...lurus.”  “pandang....depan”.
g.2. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.
g.3. Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, belakang.....pusing”
g.4. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang, kanan....pusing”.
g.5. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “menghadap ke hadapan, belakang....pusing”.
h. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.
i. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’.  Bahasa hukuman: “Dari kanan, cepat jalan”.
j. Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang....pusing”.
k. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang....pusing”.
l. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.
m. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.
n. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.
o. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat”.
p. Berhenti di tengah litar. Bahasa hukuman, “skuad ..... henti”.
q. Perlahan jalan. Bahasa hukuman: “dari kanan, perlahan.....jalan”.
r. Berhenti di hujung litar.  Bahasa hukuman: ‘skuad ....... henti”.
s. Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang....pusing”.
t. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’.  Bahasa hukuman: “Dari kiri, cepat jalan”.
u. Berhenti di tengah litar.  Bahasa hukuman: ‘skuad ....... henti”.
v. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan, kiri......pusing”. 
w. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
x. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
y. Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Pasukan akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap – 7 langkah)
z. Tamat bahagian kawad statik dan dinamik. 
aa. Ketua Pasukan dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad. (Bahasa hukuman : Assalamualaikum tuan. Mohon kebenaran menjalankan tugas lain … tuan. Terima kasih ..tuan)
Catatan (1):
Semasa kawad statik, tidak ada suara dari anggota pasukan, hanya hukuman Ketua Pasukan sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri adalah TIDAK DIBENARKAN)
Ketua Pasukan memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad statik. Semasa mara mengadap Ketua Pasukan akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama pasukannya.
Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkan membawa sebarang alatan.
Isyarat tamat masa pertandingan akan diberikan oleh penjaga masa.

No comments: