Monday, November 15, 2010

TINJAUAN KEMBARA LKD KE SABAH

Projek kembara LKD ke Malaysia Timur di kembangkan dari Sarawak ke Sabah. Wakil KRS MUSLEH telah membuat tinjauan beberapa kampong yang berpotensi untuk dijadikan destinasi kembara 2011. Antara kampong yang diziarahi ialah Kg. Tibabar, Ulu Bongawan, Papar dan Kg. Kota Belut. Kg. Tibabar mempunyai 9 kampong kecil yang terdiri daripada 40 keluarga muslim (200 orang) daripada 2000 orang penduduk kampong dan selebihnya adalah beragama kristian dan tiada agama. Satu perjumpaan dengan Ketua Anak Negeri kg. tersebut telah diadakan. Kampong tersebut tidak mempunyai surau dan masjid, yang ada hanyalah sebuah balairaya yang boleh dijadikan sebagai pusat aktiviti. Seorang anak tempatan (peserta HTC) pernah memberi khidmat pendidikan agama kepada penduduk kampong yang beragama Islam setahun setengah yang lalu. Sejak itu tiada aktiviti keagamaan dijalankan oleh penduduk kampong. Projek ini bertujuan untuk latihan amali pengkaderan dakwah kepada peserta Latihan Kader Du'at (LKD; kumpulan 2) yang akan dilaksanakan pada Mac 2011, Insya Allah.

KRS MUSLEH BERSAMA DAI'E MUDA HTC SABAH

Pada 12 - 14 November 2010, 3 orang pegawai KRS MUSLEH, Mejar KRSM Rahaim, Mejar KRSM Soleh dan Mejar KRSM Nizam, telah diamanahkan untuk mengendalikan perkhemahan untuk bakal dai'e muda anjuran Hidayah Training Center (HTC), Sabah. Perkhemahan ini telah diadakan di KK Advantures, Sg. Beringgis, Papar, Sabah. Seramah 20 orang peserta, 14 lelaki dan 6 perempuan telah menghadiri perkhemahan ini. Objektif perkhemahan ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dan kerja berpasukan peserta sebagai bekalan di jalan dakwah. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah team quest, wall climbing, high rope, flying fox, kayak dan trecking. Pengisian kerohanian juga diadakan seperti solat berjamaah, bacaan ma'thurat, tazkirah, pengisian fikrah, ceramah palestine, hirasah dan qiamullail. Beberapa orang kuat HTC seperti Tuan Hj. Abd. Rahman (Pengarah HTC Sabah), Dr. Zainal (YDP Ikram Sabah), Mohammad Nicholas(JK Ikram Pusat), Us. Ismail Anam (Pengerusi Tarbiyah Ikram) dan Us. Firdaus (HTC) turut hadir memberi sokongan kepada peserta.

KEMAHIRAN MENEMBAK JURULATIH KRSMUSLEH



Alhamdulillah, pada 7 Oktober 2010, seramai 5 orang pegawai atasan krs musleh telah hadir dalam latihan menembak yang diadakan di Lapang Sasar, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah. Latihan tersebut dikendalikan oleh Kolej Tentera Udara, Kepala Batas yang diketuai oleh Mejar Zulhelmi. Turut hadir dalam latihan tersebut ialah unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Jabatan Pengangkutan Jalan, Pulau Pinang.

Friday, November 5, 2010

KRS MUSLEH BERSAMA PERKHEMAHAN TAHUNAN SEKOLAH ISLAM ADNI AMPANG

Sekretariat KRS MUSLEH telah bersama-sama menjayakan Perkhemahan Tahunan KRS MUSLEH Sekolah Islam Adni pada 1 - 3 Nov 2010 bertempat di Nur Laman Bestari Ulu Yam Selangor. Seramai 129 orang pelajar telah menyertai perkhemahan kali ini. Pengendalian perkhemahan ini berkonsepkan Training Of Trainers (TOT) di mana pihak jurulatih menjadi mentor kepada M-Team ADNI yang terdiri drpd Komandan Kem dan mentor selain mengendalikan aktiviti kemahiran yang tertentu. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Laili selaku Pengarah ADNI. Turut hadir ialah Vice Principal ADNI dan Pengetua Sekolah Menengah ADNI. Berbagai aktiviti diadakan tetapi yang paling menyeronokkan dan menguja ialah memasak nasi dan ayam dalam buluh sampai ada peserta yang menangis kerana selama ini tidak diberi peluang memasak sendiri di rumah dan dia sendiri dapat lihat hasil masakannya di depan mata. Tahniah buat para guru yang hadir menjayakan perkhemahan ini. Semoga memberi makna dalam kisah perjalanan hidup antum sebagai seorang pendidik.